Cari @ Amanz

Apple telah pun memperlihatkan Mountain Lion pada WWDC yang lepas, selain membincangkan beberapa fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengannya. Kini, beberapa laporan mula mengatakan Apple mensasarkan untuk melancarkan sistem operasi generasi baru itu pada penghujung Julai kelak.

Selain daripada hanya memperkenalkan kemaskini sistem operasi, Apple juga dijangka akan memperkenalkan beberapa pembaharuan dan penambah-baikkan kepada keluarga komputer Macintosh mereka.

Pada WWDC yang lepas, Apple hanya sekadar memperkenalkan kemaskini untuk MacBook sahaja, dan ia diperkatakan Apple akan memperkenalkan kemaskini untuk iMac dan juga Mac Mini, sekaligus membawakan cip pemprosesan Ivy Bridge, serta pelbagai sokongan baru dan penambah-baikkan padanya kelak.

Pihak Apple sendiri telah mengatakan sebelum ini mereka akan melancarkannya pada bulan Julai kelak, tanpa memberikan sebarang tarikh. Dan sekiranya laporan ini benar, mungkin kita akan dapat melihatnya antara 22 Julai hingga 29 Julai kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd