READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Bermula tahun lepas, banyak pembangun-pembangun aplikasi dari Malaysia muncul dengan aplikasi yang menarik untuk peranti mudah alih anda. Malahan MSC Malaysia juga telah memainkan peranan yang aktif dengan kewujudan program ICON 2 yang membantu pembangun untuk membangunkan aplikasi yang mempunyai kandungan tempatan. Kewujudan banyak aplikasi sebegini semestinya memeriahkan pasaran kandungan tempatan dan sekaligus menaikkan martabat para pembangun ke taraf antarabangsa.

Walaubagaimanapun disebalik kemeriahan atas kewujudan banyak aplikasi tersebut, wujud satu sindrom dikalangan umum yang rata-rata mahukan kebanyakan aplikasi ini secara percuma. Sekiranya aplikasi tersebut merupakan aplikasi berbayar, ramai yang mahu memanipulasi peranti mereka supaya penggunaan perisian cetak rompak boleh beroperasi. Tidak kurang juga pengguna yang menempelak apabila pembangun aplikasi hanya membangunkan aplikasi tersebut untuk platform iOS berbanding platform Android.

Kenapa iOS menjadi pilihan pembangun ?

Terdapat banyak faktor pembangun memilih untu membangunkan aplikasi untuk iOS. Dari segi teknikal, membangunkan untuk iOS mudah kerana tiada isu perbezaan spesifikasi antara peranti, paparan yang sama saiznya (kecuali faktor Retina Display) malahan aplikasi untuk iPhone boleh digunakan pada iPad.

Dari segi keuntungan pula, iOS menjadi pilihan utama kerana ramai pelanggan berbayar yang menggunakan kad kredit. Kebanyakan pengguna iOS perlu mendaftarkan akaun mereka beserta kad kredit. Bagi mereka yang tidak mempunyai kad kredit, kad debit juga boleh digunakan (seperti Kad Debit Maybank Visa yang mempunyai gambar buah ceri). Perkara sebegini memudahkan proses pembelian aplikasi. Meskipun pembahagian keuntungan sebanyak 30% akan diberikan kepada Apple, perkara ini bukanlah satu isu yang besar memandangkan Apple mempunyai 400 juta pengguna berbayar yang boleh membeli aplikasi dengan satu klik.

Malahan, ramai pembangun mempunyai pendapat sekiranya ingin mencari keuntungan, gunakan iOS, dan sekiranya ingin mencari populariti, gunakan Android. Keuntungan melalui aplikasi yang dibangunkan untuk peranti Android adalah berdasarkan kaedah pengiklanan.

Kaedah pengiklanan pada aplikasi – Adakah ianya memberi pulangan yang lumayan?

Banyak aplikasi yang percuma yang akan memaparkan iklan pada aplikasi mereka. Pengiklanan disini merupakan satu cara untuk pembangun memperoleh keuntungan dari penggunaan aplikasi tersebut. Statistik klik dan kuantiti iklan terpapar menjadi paras ukuran keuntungan iklan tersebut.

Kaedah pengiklanan mungkin memberi manfaat sekiranya pembangun memasarkan aplikasi mereka di negara yang mempunyai ramai pengguna peranti tersebut seperti Indonesia dan Amerika Syarikat. Cabaran yang dihadapi disini adalah dari segi variasi bahasa. Terdapat juga aplikasi yang membolehkan anda membeli sekaligus, membuang iklan dari aplikasi tersebut.


Gambar : Mike Smith

Mahal sangatkah USD 0.99?

Disini saya ingin cuba berbincang, apakah nilai USD 0.99 merupakan nilai yang tinggi jika dibandingkan dengan usaha dan penat lelah para pembangun? Gambar diatas menunjukkan hampir 40% pengguna yang memuat-turun aplikasi permainan, tidak mahu berbelanja untuk permainan tersebut. Pada artikel terdahulu yang memaparkan pengguna Malaysia tidak gemar membeli aplikasi permainan mudah-alih, banyak pendapat telah diterima antaranya

  1. Aplikasi tersebut sudah tersedia didalam peranti (kes penjual memuatkan aplikasi didalam peranti mereka sebelum pembelian).
  2. Pengguna tempatan masih tidak aktif menggunakan kad kredit/debit dalam melaksanakan pembelian atas talian atas sebab umur
  3. Budaya semua perkara di internet haruslah percuma tertanam pada minda pengguna secara amnya.

Sebab-musabab pertama dan kedua boleh diselesaikan dengan cara penguatkuasaan dan juga pendedahan am mengenai pembelian atas talian. Cabaran adalah kepada faktor ketiga, yang mana bukan sahaja untuk aplikasi untuk peranti mudah alih, bahkan untuk kebanyakan produk berasaskan komputer.

USD 0.99 ataupun sekiranya dibundarkan secara mudah, RM 3.00 merupakan harga yang sangat murah. Kita ambil contoh permainan Where’s My Chicken yang telah dimuatturun lebih dari 50,000 kali. Sekiranya ia didarabkan, pembangun tersebut boleh mengaut keuntungan sebanyak RM 150,000 secara kasar. Dengan wang sebanyak itu, mereka boleh membangunkan aplikasi lain sekaligus mengembangkan syarikat mereka dan boleh mengupah pembangun tambahan.

Sekiranya dengan kuantiti yang sama, 50,000 muat turun dikalikan dengan purata 10 paparan pengiklanan setiap pengguna, akan berjumlah 500,000 dan didarabkan dengan RM 10 untuk setiap CPM (cost per metric, 1 CPM = 1000) maka 500 x RM 10  hanya bernilai RM5,000. Sekiranya pembangun tersebut mahu menjana pendapatan, mereka perlu memastikan yang aplikasi mereka sentiasa dimainkan pada kadar yang sama atau perlu mempunyai aplikasi alternatif yang mampu mendapat kuantiti paparan pengiklanan yang sama.

Pada pendapat anda, cara yang manakah yang memberi pulangan buat para pembangun, yang pada masa sama, mengembangkan industri ICT di Malaysia ini? Jangan kerana berjimat RM 3, kita tidak membantu industri ICT yang sedang membangun ini.

Kami harap rencana ini sedikit sebanyak mendedahkan hakikat kepada anda kenapa pembangun memilih untuk membangunkan aplikasi untuk platform iOS atau sebab musabab pembangun mengenakan caj sebanyak RM3.00 untuk aplikasi mereka. Bayangkan syarikat yang mempunyai 3 pembangun, yang berkongsi pendapatan sebanyak RM5,000 setiap bulan.

Sokonglah para pembangun, baik buatan Malaysia atau buatan luar negara.

Terdapat 171 komen
Komen Popular
  1. bukan masalah harga apps yang mahal. proses pembelian yang leceh seperti memerlukan maklumat kredit yang membantutkan orang-orang seperti saya yang tidak punya kad kredit. satu mekanisma baru untuk pembayaran seperti bayaran terus menggunakan kredit masa berbual perlu diwujudkan seperti yang telah lama diaplikasikan semasa zaman symbian berkuasa

Keseluruhan Komen
  1. bukan masalah harga apps yang mahal. proses pembelian yang leceh seperti memerlukan maklumat kredit yang membantutkan orang-orang seperti saya yang tidak punya kad kredit. satu mekanisma baru untuk pembayaran seperti bayaran terus menggunakan kredit masa berbual perlu diwujudkan seperti yang telah lama diaplikasikan semasa zaman symbian berkuasa

    • kalau x ada kad kredit boleh pakai debit card. selama ni saya beli pakai debit card jugak… :) mana2 application USD 0.99 yg best mmg akan beli.. :)

    • +1 kalau tolak dkt kredit masa berbual lebih memudahkan kita mengawal perbelanjaan

    • guna debit card, mol point, paypal (us only)… lgpun kalo rasa susah sgt bli itunes gift card je tp kena akaun us br buleh claim (x sure…)

    • paling senang, pakai debit card. Google Play Store, Apple AppStore dijamin selamat, takkan ade yang curi2 pakai. tak susah pun. mostly ini semua alasan, dan alasan yang paling baik ialah, membazir. well, kalau beli device mahal2 pun, tapi tak mampu/ tak nak beli apps, boleh juga dikategorigan bahawa membeli device/gadgets itu sendiri ialah pembaziran.

    • @Akulah Hero

      Oh, boleh ke, sebab aku pun ada kad yang ada visa debit CIMB pun, nak guna takleh, nak paypal pun takleh, physical swap jer boleh.

      End up guna Maybank jer..

      • Boleh x sesiapa bagitahu cara untuk membeli aplikasi berbayar ipad, aku ada kad visa maybank, tpi xdapat beli lah. Knp ek?

    • yola..dah beli device mahal2. pastu kena ikat perut. sebab tu tak mampu kot nak beli apps/games. LOL

    • bkn x mampu tp x dpt bli… rmi bdk2 iOS aku jmpe diorg xde online bankin (maybank2u, paypal, cimb & etc)… debit kad xde, credit card xde… tiap kali aku ajak share bli apps diorg kena bankin manual untk bankin kt aku… kalo apps nie bleh dibli cash mmg dh lme kot diorg bli…

  2. Pada pendapat aku la.. 0.99 tak mahal kalo dapat kualiti game yg memuaskan. Contoh cam angry bird.
    Tapi kalo apps cam tadak berfaedah ..terasa rugi je USD 0.99 tu…
    Lagi satu apps ni kalo yg berkualiti..sebenarnya menjimatkan..contoh apps cam Garmin navigation,
    Kalo beli devicenya mahal beb..mau dekat rm400 to rm600.. tapi kalo ada iphone..then just download, berapa la sangat
    Cuma kira2 harga apps tu dalam rm50 to 80 je.. (ni pada pendapat aku je la).

    • bace la review dulu sebelum membeli. tengok rating berapa bintang. buat research sebelum membeli.

      jadilah pengguna bijak.

    • garmin apps iPhone mhal… dlm rm200 kalo convert duit malaysia… apps gps sume gitu… tp ari tu ada promosi & cuma rm60 je… sib baek aku dpt bli masa promosi ari tu… apa2pun bli apps yg berguna je…

    • Kalau nk berbaloi utk apps GPS Navigator, guna phone Lumia je.. Nokia Lumia ada apps HERE Drive dgn HERE maps.. Offline GPS navigator dan sgt2 ohsem.. cuma mula2 tu download je maps katakan Malaysia, cuma ~136MB camtu je.. pastu guna GPS secara offline, xpayah perlu online atau bli GPS dah.. siap ada suara Bahasa Melayu lg dlm navigator tu.. Kalau phone yg ada HERE Drive+, bleh guna GPS kat negara2 lain.. lesen Drive+ adalah Global license.. cuma maps je perlu download terlebih dahulu

      Dgn yg best pasai Windows Phone 8 OS, apps yg berbayar kebanyakkan boleh Try dulu sebelum beli.. kalau rasa dah yakin, baru beli.. currency dlm Windows Store ikut region.. Kalau Malaysia standard harga RM2.99.. caj harga Malaysia.. so lebih yakin.. Dan Windows Phone xde apps yg tipu sbb setiap apps dlm Windows mesti kena verify dan review dr Microsoft dulu.. Dan windows phone xde apps yg crack, semua ori.. sbb hanya boleh install dr Windows Store saja…

      • sama la… semua yg best aku download… semua boleh try… masalahnya apps dengan game tak boleh simpan dalam memory card… kejap ja penuh… kebanyakan download tapi tak pernah main pon

        • yup, tu yg best sbb bleh try dulu.. aku pnya phone pun slalu penuh memory.. tiap kali nk install apps lain mesti kena clean up temporary files dulu atau uninstall apps yg x guna..

          tggu la nnt Windows Phone 8.1 akan keluar bulan Mei atau Jun 2014.. Dgr WP8.1 nnt bleh install apps kat SD card.. excited nk tggu update GDR3 (Lumia Black) dgn WP8.1 nnt.. byk features akan tambah lg.. ^^

    • a’ah mmg gitu pun sbb kt appstore xde trial version so nk xnk pirate dlu la br bli…

      • tapi ada jua yang versi lite version or ad version kan.mana2 la labu..janji ko beli apps yang berbaloi dan sesuai dengan kehendak nafsu serakah masing2.

  3. Zaman symbian dulu boleh jer beli apps pakai kredit/masuk bill..sekarang x boleh buat ker? Takut margin jd kecik sebab Telco ambil persen yer? Kalau dibuat pada Android/IOS/etc mesti lagi mudah..

    • Symbian masih mengamalkannya. Bukan setakat boleh tolak kredit untuk beli aplikasi, malah mempunyai cara lain juga. Cara yang mudah membeli juga turut membantu peningkatan pembelian.

  4. Apa yang susah nya..? Kalau kita tidak ada CC/DC, pinjam lah Apple ID pada kawan kita yang punya CC/DC dan bayar secara tunai pada dia. Asalkan beli aplikasi dan sokong pembangun aplikasi. Masalah selesai.

        • Bila nak kemaskini aplikasi tu guna Apple ID sendiri pun boleh kan? Cuma masa beli tu guna Apple ID kawan yang ada CC/DC..

          • Yes its possible. You just send it as a gift

            Bayar kat member , suruh member hantar sebagai gift
            kat account you and you can update normally

          • rasanya tak boleh. sebab setiap purchase dah assign Apple ID dengan App yang dibeli.
            So kalau nak update tu kena login dengan Apple ID yang sama dengan waktu beli.

          • ramlan,
            kau jangan nak melawan prasys boleh tak?
            aku debik kang

          • @hehe

            call 0341414141

            geng adidas pekida 3 lori dah ready. THIS IS SPARTAAAA!

    • yup true… kalo diberi pilihan apps sme tp 1 berbayar 1 lg free mmg org amek free… sume org sme je…

  5. org skang pikir orang IT ini sampah…hanya wujud untuk melayan, menjadi cacai dan menghiburkan umum… kerja susah, tapi bayar nak ciput

    Creative content tidak dihargai…boleh diciplak oleh orang yang pentingkan diri dan opportunist

    ramai talent IT kita keluar dari malaysia kerana ini…orang Malaysia sendiri tak pernah bangga dengan buatan tempatan

    sedihnya, MLM penipu diagungkan…apps developer di anak tirikan, abang aku jual botol tipu lagi banyak duit dari aku buat sistem CMS dan sharepoint. nak jual kat enteprise pun susah, orang gomen semua nak open source.

    apalah nasib app developer..tak jual apps, tadak duit, tak leh kawen, gi kerja naik motor, buat loan pun susah pasal kerja sendrik

    last-last, makan gaji juga…end

    • emosi nampak bro..hehe
      masalah kat Malaysia ni orang dah terbiasa dengan pirate/open source/freemium, sebagai web developer aku rasa gak tempiasnya, ada ke logik nak setup whole website bajet cuma ratus, hosting pun dah separuh dari tu. Aku dah banyak kali kena macam ni so sekarang aku ambik projek outsource dari Aus/UK je, duit ok client pun profesional.

      Mana-mana app developer aku sarankan try belek-belek startupmalaysia.org atau untuk peluang funding, aku pitch aku punya web app last time tapi since aku takde business model so aku tak dapat teruskan. Aku kenal ramai developer lain melalui event diorang macam dari voucheres/secQme/tablefour.us. Ko akan terkejut bila tengok berapa ramai Malaysian developer kerja kat Microsoft/Twitter etc.

      Untuk direct funding lak boleh try angel.co(aku baru perasan amanz.my pun ada kat situ)

  6. Assalamualaikum..sesiapa yang tahu macamana nak register akaun debit card kat itunes leh ajarkan x?..sebab xpernah tahu mcmna nak buat..atau mungkin amanz leh buat tutorial ke.. :)

  7. Aku cukup puas hati pakai Gravity, so aku beli bila trial tamat dengan harga RM20. Beli melalui Nokia Store & pakai kad debit maybank. Mudah je prosesnya. Kalau takut no kad kena hack ke apa, lepas lakukan pembelian, delete aje details berkenaan dari akaun, next time, masukan balik.

  8. Tak ramai yang mempunyai kad kredit terutamanya pengguna muda/pelajar di mana kebanyakkan pengguna telefon pintar dari golongan ini. Juga ada yang tidak sedar boleh menggunakan debit kad.

    Apa-apa pun, yang paling penting adalah mentaliti. Mereka perlu sedar, tak semua benda boleh di beri percuma. Bergantung kepada berapa pentingnya sesuatu aplikasi, bukan?

    Oh, jangan di lupakan faktor sentimen agama yang tak munasabah sama sekali. Pernah ternampak di ruangan komen dan Facebook page Amanz. Meluat.

  9. Simple cam kat Australia dan kat US , harap2 Apple jual prepaid iTunes card kat Malaysia jerk. Senang la kalau nak beli , pergi kat kedai cam 7-11 , beli topup cam RM 10 , RM 30 , RM 100 , lps tu orang pun boleh muat turun app dgn senang

    kat malaysia ramai orang suke guna prepaid sangat bukan cam amerika dan negara maju yg lain

    • currency. RM tak diiktiraf oleh Apple. so kalau nak guna prepaid kene register US account. Beli card dekat forum vijandren ramadass.

    • iyeah. topup tu cara paling senang kalau ikut keadaan kat malaysia sekarang. berapa orang sangat la yg sedar pasal debit card / credit card semua ni.. ramai yg anggap, orang ada kedit kad orang kaya je.. beza debit ngan kedit pun ramai tak tahu lagi. haha
      kalau tengok game2 byk buat, beli topup untuk beli item dalam game.. kenapa untuk android tak boleh buat? currency bukan alasan, kalau ikut semua akan convert.. cuma service je tak ada..

      • Memang palehotak aku. Amanz tanya mahal ke murah, jawapannya memang mahal.
        Jangan jadi bangang hero… buat apps semudah ABC ke sesusah XYZ bukan isunya.
        Ia mahal sebab kadar tukaran asing. Untuk negara yang menggunakan USD dalam kehidupan
        hariannya, USD 0.99 adalah murah (sperti Singapore), tapi ia mahal pada orang Malaysia.
        Jangan jadi bangang, hero konon…. kah kah kah

          • tu lah pasal. orang pun nak carik makan jugak. ko pernah bayangkan tak, bila xde org support developer, last2 semua berhenti keje, so whats the meaning of smartphone? memang pikiran sempit.

      • Marah betul Hero, macamlah dia tu dev.
        Entah-entah dekat phone penuh dengan pirate software and cracked game.

        • ya, aku bukan dev. tapi aku support diorang. sbb diorang dah buat byk apps yg byk bantu orang susah. org buta, kanak2 india. pi tgk kat blog aku.

          sorry bro, aku pakai iphone & jailbreak. apps mahal mmg x sanggup since masih student, tp apps $0.99, xde masalah. U jelly? sebab you pakai samsung, bila beli, tokey dah masukkn apps pirate dlm tu. kah3

          • aku suruh kau buka mata. sebab kau perkecilkan developer2 di luar sana.
            “Marah betul Hero, macamlah dia tu dev.”
            aku suruh kau tgk bukti susah payah dev buat apps.
            dan aku rasa dalam phone kau takde apps, since ko pandang rendah dev2 nih. kasihan kau.

          • Please drag my word of any, mana satukah hujahan aku yg memperrkecilkan kebolehan Dev?

  10. bagi aku tak ada masalah aku rasa benda masih murah…
    aku bahkan ada beli apps berharga $24.99..
    itu apps paling mahal aku beli..

  11. We are just cheapskates like that. Beli phone mahal2 boleh. Beli apps tak sampai puluhan ringgit tiba2 tak mampu. pfft

  12. +1 jgk ntuk pembelian apps menggunakan kredit berbual.
    Aku jenis tak suke CC/DC dan smpai skarang pn takde benda alah tu.
    Kad ATM banyak la. Hahaha!

    So segala apps tu pakai yg free je la skarang ni.

  13. Dari developer POV,

    Android punya development macam tahi. emulator sucks dan jauh ketinggalan dari iOS sumulator. market/store ecosystem juga berbeza. Pengguna AppStore tidak kisah membayar jika satu satu app itu berguna. Pengguna Android Market pula lebih mahu app yang percuma. So ini adalah sebab saya memilih untuk develop dekat iOS sahaja.

    Revenue agak susah. (sila letak kisah instagram ketepi). Persaingan antara app agak padat. Ya 600 000 app telah ada di app store. kalau anda release kan satu app. app anda adalah 0.000166666667% dari jumlah kesemua app yang ada di app store. Kena bersaing dengan ramai company/developer lain. Sebab inilah ramai developer baru keluarkan app free. Free with ads / free with in app purchase. Matlamatnya untuk menarik ramai pengguna dalam masa singkat. Lain cerita kalau company/developer yang sudah mempunyai nama(ngmoco, rovio, ea, Marco Arment) di app store. Mereka boleh setkan harga app dan pasti akan ada pembeli.

    Yang penting design app kena cantik dan app tu selesaikan problem. confirm ada orang guna.

    Apa yang saya lihat, kualiti design dan user experience app yang dikeluarkan oleh developer tempatan masih jauh ketinggalan dari developer negara lain. Macam tahi, susah nak guna.

    freetards, sampai bila nak suap?

    ***

    Aman, boleh pindah rumah baru. asyik resource limit je.

  14. sedih kawan aku gelakkan aku bila aku apps yang aku memang suka and dah pakai lama. beli apps dianggap bangang bagi sesetengah semata-mata sebab boleh crack benda tu

  15. ape la korg dok susahkn sgt…. byk care nk bli apps dari itunes…. kalo xnk debit credit yg pakai bank ni… ade care dgn bli gift card… kalo pandai cari mura la dpt…. usd20 =rm30+-
    pastu redeem la dpt usd20 yg takkan expired.. pandai bli smartphone kne la jadi smart user pulak…

  16. USD0.99 tu bukan mahal mana pun. Orang Malaysia kebanyakannya jenis berkira. Bayar parking majlis perbandaran pun kedekut.

    • tandas pun kena bayar sekarang. cuma mentaliti kita yang mahukan segalanya percuma
      bak kata adam smith ‘there’s no such thing as a free lunch’

      • orang malaysia terpaksa berkira sbb orang bumiputera majoritinya pendapatannya cukup makan je sbb tu kalau tak kira nanti tak makan nasik lah maknanya….
        cuma selera orang malaysia ni mcm orang barat nak pakai the best tapi income tak setanding orang barat, so kalau nak ikut kemajuan global terpaksa cari alternative benda-benda pirate ni. Bukan suka, tapi terpaksa, tu yg sedey.

  17. Developer kena bayar US$99, end user bayar US$ 0.99 jer, rasanya murah sikit la tu, cuma depend pada apps la, kalo setakat apps whack-a-mole nak kena beli, baik takyah..

    • Tapi rasenya ada jugak developer yang hack xcode untuk melepasi bayaran $99 tu utk mendapat percuma..tp xkan lps kat apps store..diorang selalunya mengiklan di tempat2 lain…

      • Yes. Bypass Xcode. Deploy tanpa perlu menggunakan Developer Certificate. Mereka boleh release app tersebut. Tetapi bukan pada App Store. Pada Cydia boleh. So di sini wujud konfrantasi antara Dara dan Janda.

  18. semua nak free, semua nk jadi “hacker” sbb pkai apps berbayar secara free. /truestory

  19. Agak-agak kalau Majlis Fatwa Kebangsaan keluar fatwa download apps secara haram adalah haram, ramai yang rage tak?

  20. Aku pakai debit card Tune2Big je sebab aku pakai CIMB bank , dalam cimbclicks ada tersedia tuk topup berapa banyak yg perlu di isi dalam card debit Tune2Big tu.. then aku aplikasikan terus ke Paypal.. bila paypal dah di sahkan aku link kan pula dekat Google Wallet aku punya debit card.. senang nak buat pembayaran bila nk beli apps dari Google Play Store..

  21. apa2 hal pun, kita perlu akui, industri IT kt malaysia berkembang maju spt skrg disebabkan sumbangan tauke2 cd pirate awal 2000 dulu, disamping admin2 blog yg bg free link utk download software.

    Jadi “budaya” ini berterusan sampai skrg.. lalu ramai anggap nak download 1 apps simple kena bayar rm3 tak berbaloi sbb dia banding dulu beli cd RM5 dapat berpuluh/beratus software dlm sekeping cd.

    jadi kita perlu tau bagaimana “budaya” IT di malaysia. tak perlu melatah.

  22. aku mmg dah tak jailbreak iphone atau ipad dah skrg.. kalau rasa app tue berbaloi utk beli.. aku akan beli..

    • jailbreak tu boleh. most of the app yang direject oleh apple masih dijual di cydia store.

      download cracked app tu yang tak boleh.

  23. setakat ni kalo premium app beli pki topup jer… joyah ade bli app kat nokia store…rm4 kau tau .lol

  24. saya cadangkan penulis sila tulis psal cara pembayaran atas talian tuk Malaysian agar semua orang tahu cara untuk mggunakannya.

  25. Salam,

    Mungkin sebab orang x tahu, sama ada berbaloi atau tidak. Perlu cuba full version for a few days.

    Wallahualam

  26. rasanya sebab online shopping x terlalu meluas kat malaysia. Bukan semua org ada debit atau credit card jadi bli apps dalam talian jadi satu masalah. Kat uk contoh sapa buka akaun bank dpt debit card trus jdi sng buat online shopping

  27. so ape yg dpt dlihat permasalahan adlah dtgnya dri access pembelian sesuatu aplikasi tersebut…n lagi satu mentaliti owg mesia ni bla da lkat ngan 1 issue tu mmg forever la…btw aq rsa debit kad plg mudah..n then marketing strategi tuk apps perlu ada…e.g cara pnjualn ble gna topup ke…so ni kna ada kolaborasi antara local network service provider ngn vendor or apple or android etc..wlpun aq ska gna pirate tuk pc tp tuk gdaget cam iphne or android aq lbih suke “pure experience”….no need to jailbreaking…

  28. Admin, wt tutorial mengenai kad debit, pembelian online menggunakan kad debit boleh x? Kalau ada sesiapa yg ada link mengenai benda 2 mohon share pada aku.

  29. Murah je USD0.99 ni. App paling mahal utk iPad2 saya beli harga USD9.99. Kalau harga berbaloi memang rasanya sapa2 pun akan beli dengan syarat cara bayaran semuanya mudah. Kalau syarikat telco boleh charge terus ke bil postpaid atau pemotongan kredit prepaid lagi ramai sanggup membeli.

  30. Secara jujur kalau ada duit sy akan beli apps walaupun $0.99,masalahnya jika tak berduit hanya mampu lihat je.Itulah yg mendorong rakyat tempatan memasang blackmart dan sbgnya….student mau kena jimat duit…kalau beli apps at least rm3…dah boleh beli sepinggan nasi.rsa tak berbaloi keluar duit utk digitalware…

  31. Disebabkan kedua dua market (ios n android) dan terlalu banyak aplikasi, so kemungkinan nak jumpa aplikasi dari developer Malaysia tu susah sikit….mesti berada jauh ke belakang.

    Taktahu, mungkin patut ada review mingguan dari pihak blogger tempatan untuk naikkan apps buatan malaysia ni…

    so far, kalau saya nak cari apps buatan Malaysia, just taip Malaysia jer kat apps search…kalau menarik download lah..

  32. Saya rasa ini berpunca dari harga perkakas yang mahal serta rintangan bahasa. PRU nanti, janji undi betul-betul, barulah negara kita jadi kaya dan makmur, bahasa kita pun martabat. Fahamlah maksud saya nak undi parti yang mana

    • Nampaknya dalam komen yang lalu saya tidak begitu faham isi rencana ini dengan menyeluruh. Huhuhu… ya, tapi ‘tesis’ rintangan bahasa saya masih boleh pakai gak. Masa nak bayar online, kena isi borang, baca syarat2 dlm BI. Kesianlah kalau tak fasih. Sedangkan negara lain boleh isi borang dlm bahasa ibunda.

  33. Byk kat sini recommend debit card Maybank. Aku nak recommend Al-Rahji Bank. 100% ikut sistem syariah, senang, MEPS pun support. Dengan RM10 dah boleh bukak akaun. Kad ATM yg kita dapat tu mmg debit card yg boleh diguna.

    Byk gak website yg boleh guna kad ni. So far aku pakai utk bayar MTG Online aku, xde masalah. Aku beli PSN ngan Apple Gift Card pun pakai debit kad ni jugak. Puas hati.

  34. public bank debit card pun ok,
    utk apps berbayar, 0.99-9.99 rasanye tak mahal, tgk pada function

  35. Aku berpendapat, harga apps sedia ada dah murah, cuma mungkin method pembayaran tu kena kasi orang lain celik sikit cara penggunaannya. Aku juga nampak satu point yang jelas kat sini iaitu pilihan kita selaku pengguna berhemah cuma beli kalau mampu & kalau tak mampu jangan pakai yang cracked punya. Ramai yang aku tengok pakai smartphone ni main masukan je apps dalam phone mereka, tak pertimbangkan langsung kehendak & keperluan. Akibatnya, apps yang nak pakai banyak, tapi tak mampu, end up pakai yang cracked punya.

  36. Personally, aku masih kurang percayakan tahap sekuriti (maklumat peribadi pengguna) yang digunakan secara online.

    • agak hairan, sbg seorang yg ada blog mengenai teknologi komunikasi, ko masih kurang percaya terhadap sekuriti online. Sedangkan secara logik sepatutnya ko confirm tau tips & cara utk ber transaksi secara online.

  37. Kalau tak silap, nanti Digi nak perkenalkan pembelian Apps melalui pemotongan kredit /caj ke dalam bil. Rasanya ini yang terbaik.

  38. download software cetak rompak ni bukan orang malaysia saja, tapi negara-negara lain termasuk negara-negara barat sendiri pon download cracked apps ni. Aku tak salahkan orang malaysia sepenuhnya, especially yg below average income spt student U misalnya. Ada pendapat mereka nak cuba dulu software, ada orang setuju dan ada orang tak setuju dengan pendapat ni. Tapi dari experience aku selepas aku download beberapa apps tertentu dari google store, hp android aku tiba-tiba bermasalah spt cth bateri cepat kong tanpa sebab, scrolling jadi lembab misalnya, membuat aku percaya rumor-rumor yg mengatakan ada byk android apps install malware atau adware tertentu yg menjejaskan prestasi hp aku. Lepas uninstall pon masalah masih menghantui, so terpaksa reset factory default. Jadi aku sekarang lebih berhati-hati dan memilih apps utk install dlm hp ni. Kalau nak bayar, aku akn pastikan software tersebut betul2 berbaloi dan selamat, maklumlah terdapat begitu byk apps kat google appstore.

  39. hehe aku masa android market buat promosi 0.10usd per apps/game memang sakan aku beli aritu.. bagi aku kalo apps tu berkualiti memang setakat 3 ke 5 hinggit tak terasa sangat.. aku dok makan tengah hari pun lagi mahal rasanya huhu..

  40. play store even dh 2 tahun (kalau tak silap) masih tak support jual bli dlam RM..
    bila ntah nk boleh
    app. dev nk jual pn paling2 kne buat acc bank singapore.
    :(

  41. assalamualaikum…

    menarik betul perbincangan kat atas semua ni ( siap ada maki hamun bagai )….akak pun pengguna apple tapi setakat ipad iphone dan ipod jerlahhh….akak guna apps yg free jer tapi okay jugak kalo nak beli jika nak2 sangat apps tu….apapun guna/beli ikut kehendak dan keperluan bukan sebab nak menunjuk-nunjuk atau setakat nak jadi osemmm…

    bak kata suami akak….org yg guna produk apple mesti kena bersedia dan semestinya kena mampu sebab hanya org yg mampu jer boleh beli apps yg harganya $0.99….kikikiki

  42. Assalamualaikum.ada cara lain tak guna krdit telefon.topup byk2 beli game.senang sikit rasa.pakai kad bank susah..

  43. OH jap. Sorry ganggu. Nak tanya, app whatsapp for iphone kan kene bayar kan sekarang? SO kita beli app tu dngan harga RM3 en. Bila ada noti suruh update, ada charge jugak ke? Ke free?

  44. Sy pengguna iphone sejak zaman iphone4. Now using iphone 5. Iphone kalau jailbreak mmg best. Sy byk beli app kat appstore. Paling mahal beli numbers and pages app kot. Dlu banyak pakai cracked app tp kekadang cracked app byk problem. Original app is the best sbb bole update dgn cpt. Semoga byk lg app yg berkualiti yg dideveloped.

  45. I’m already purchase with my visa, It’s worth enough rather than free apps…I’m not have problem to spend my entertainment more on iOS apps

  46. Its okay if u puirchase iOS Apps, its pretty enough in term of Processor, More security rather than Android, I’ll feel happy using Apple product, not problem too much, rather than android still slow … not efficient,

    bandingkan TAB 7.0 RM 1300 VS iPad Mini RM 1,099
    Card Slot – Not secure Vs No Card Slot (Secure)
    Play Store VS iTunes (virus/spyware filter)
    1 GB Ram VS AX6 Processor Chip
    Not Smooth VS Smooth
    Become Slow when download too many apps Vs Too Many apps but still smooth

  47. macam mana mau tukar pembelian di iphone…sekarang sy guna maybank untuk membeli app iphone ni,,tp sy mau tukar ke publick bank la..boleh ajar x….?

  48. Guys,ade mber aq cite klau beli apps via store ios ni,nnty dye akn tolak duet kita dalm bank tu senyap2..betol ke ? Sape2 ade experience ??

  49. pakai DC mastecard rhb pun ok..senang ja.klu tak de akaun, bole g buka ermm yuran stratus je.. pas tu bole da beli apps..guna dc rhb.

  50. hanya game topeleven jer yg ade pembelian tolak dr prepaid atau postpaid..klu semua app ade buat mcm tu kn senang..klu minat mst beli pnye..ni sikit2 kad kredit..yg ade kad atm jer mcm mne.. :(

  51. Salam..sy br je bli ace 3 lte wna hitam.br bjinak2 dlm android ni..spa yg gna n thu psl hp ni kngc la ckit..

  52. Kenapa saya punya debit RHB xboleh ye?
    Mula2 boleh, pstu xboleh plak.. Saya da Tukar debit lain Pon xboleh.. Lenape ke?

  53. Setakat ni la, aku tgk Windows Phone ja tawar apps yg paling murah walaupun jumlah apps x brapa nk byk mcm iOS gn android.. harga standard utk apps berbayar adalah RM2.99 dan yg paling mahal aku pernah nmpk RM21.49.. yup Windows Store guna currency Malaysia sbb ikut region.. dan utk apps yg berbayar, user boleh Try dulu sblm beli.. sbb ni mmg syarat utk developer WP8 utk buat apps yg berbayar.. cara berbayar pun guna kad kredit atau debit..

    Saya pengguna Nokia Lumia 820.. setakat ni saya amat berpuas hati dgn WP8 OS.. stable gn semua apps adalah verified by MS.. Byk la juga apps yg saya bli kat Windows Store, lg2 time promotion.. GPS kat Nokia Lumia pun free.. True offline lak tu.. just pre-install map je.. siap ada suara, speedmeter bagai mcm device GPS kat pasaran.. aku rasa map dia lg up-to-date dr garmin.. apps HERE Maps siap ada GPS utk walk navigation lg.. kalau sesat kat bandar, bleh guna apps tu sambil berjalan.. xapayah nk online apa2 pun..

    • samala aku pakai 820… mmg citarasa aku pakai wp8 nih… dah try guna android, tapi tak ngam. setakat ni aku dah beli macam2 dah kat wp8 store… aku beli limit yang tak lebih dari RM10… yang mahal aku pakai trial ja… pakai kredit kad ni susah sikit… time beli sedap, dapat bil la yang penin… kalau kad debit dia potong teros kita punya duit. so takder duit tak beli la

  54. kalu dalam konteks malaysia
    org malaysia kedekut

    aku buat payment pakai credit dari Telco pon diorg komplen
    kata mahal la apa la..

  55. Kalau dah beli sekali, lama2 gian nak beli yg lain lak..takut jd boros…
    So, jailbreak@root, install cracked apps..FOC..huahuahua…(ketawa ketua lanun)

  56. Aku lagi suka ‘shopping’ dekat play store. Bukan susah pun just set-up google wallet dgn debit card. Lagi best dekat play store sbb boleh refund lepas beli apps tu kalau2 tak best or crash or apa apa dlm beberapa minit selepas pembelian. Boleh pastikn apps yg kita beli tu berbaloi or tak. ;)

  57. bkn mhl tp leceh la proses nak beli.. ramai pengguna android adalah yang muda2.. xda credit card apa bagai..

  58. Woo….hot gitu ini topik….

    mohon Amanz up kan kat Google Malaysia, mohon percepatkan sket utk masuk Google Play Store Gift Card…. senang org nak beli…

    (wa guna kat debit jer…xder masalah nak link)

  59. Komen aku mudah jer. Pembelian apps/software/lagu/video/dsbg secara atas talian (online)dalam nilai USD banyak mempengaruhi minda para pembeli. Walaupun rata-rata boleh memeriksa nilai tukaran wang dihujung jari, masih, persepsi sesuatu yg bernilai dlm USD itu mahal berlegar-legar diminda para pengguna. Jika dapat dijual sesuatu content itu dalam nilai tukaran wang tempatan (RM) mungkin sedikit sebanyak dapat mengubah persepsi pembeli utk membeli secara terus tanpa perlu berfikir panjang lagi.

  60. Asal bila nak buat pembayaran kat itunes guna maybank card mastercard x boleh?? Kenapa ye?

Komen

Nama
Web