Cari @ Amanz

Ingatkah lagi dengan video yang dikeluarkan oleh Microsoft pada tahun lepas? Nampaknya, salah satu peranti yang diperlihatkan pada video tersebut mungkin akan direalisasikan, dimana kini Microsoft telah pun memfailkan paten untuk rekabentuk telefon pintar dwi-skrin dengan kebolehan untuk ditanggalkan.

Melalui konsepm yang diperlihatkan, ia membolehkan sesuatu telefon pintar digunakan untuk dua tugasan berbeza pada sesuatu masa. Sebagai contoh, mungkin anda sedang menjawab panggilan, dan pada masa yang sama ingin melihat sesuatu dokumen. Dan melalui peranti ini, perkara ini dapat direalisasikan dengan mudah.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi pada peringkat awal, dan Microsoft hanya sekadar memfailkan paten sahaja. Namun, peratusan ianya direalisasikan masih lagi rendah, tetapi tidak mustahil ianya muncul dalam beberapa tahun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd