READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Mozilla Thunderbird 13 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada June 6, 2012 oleh

Bersama-sama dengan pelancaran Firefox 13, Mozilla juga turut sama mengeluarkan kemaskini kepada klien emel mereka, iaitu Thunderbird, dimana kini Thunderbird 13 sedia untuk dimuat-turun untuk Linux, Mac OS X dan juga Windows. Selain daripada kemaskini angka versi, ia turut membawakan beberapa fungsi baru bersama dengannya.

Salah satu perkara sehingga ke hari ini yang di salah erti oleh para pengguna adalah Thundebird sebagai penyedia perkhidmatan emel. Dan untuk mengatasinya, kini Thunderbird dengan kerjasama beberapa pihak, membolehkan anda terus mendaftarkan alamat emel baru padanya. Pada masa yang sama, sokogan menambah alamat emel sedia ada turut disertakan bersama-sama dengannya.

Pada masa yang sama, Thunderbird 13 turut sama memudahkan anda untuk menghantar fail bersaiz besar melalui perkhidmatan mereka. Kadang-kala ianya agak sukar untuk menghantar fail bersaiz besar, memandangkan had yang ditetapkan oleh sesuatu penyedia perkhidmatan. Untuknya, kini Mozilla bekerjasama bersama dengan YouSendIt, dimana fail yang dimuat-naik anda melalui klien Thunderbird terus akan disimpan pada YouSendIt, sekaligus memudahkan anda menghantar emel bersaiz besar melaluinya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Thunderbird untuk Windows, Mac dan juga Linux hari ini, dan mula menikmati pelbagai fungsi baru yang didatangkan bersama-sama dengannya.

Terdapat 4 komen

Komen

Nama
Web