Cari @ Amanz

OS X Mountain Lion, seperti semua sedia maklum merupakan versi terbaru sistem operasi Mac OS X yang telah diperlihatkan oleh Apple pada awal tahun ini, dan diperkenalkan kepada para pembangun sejak daripadanya. Dan hari ini pada acara WWDC 2012, mereka secara rasminya mengumumkan yang mana OS X Mountain Lion bakal dilancarkan kepada umum pada bulan Julai kelak.

Sama seperti versi sebelumnya, OS X 10.8 Mountain Lion bakal ditawarkan melalui Mac App Store pada harga $19.99. Seperti pernah diperlihatkan sebelum ini, Mountain Lion bakal membawakan integrasi bersama iCloud, dan menyertakan pelbagai sokongan seumpama iOS padanya. Mountain Lion juga bakal membawakan Dictation, membolehkan anda membacakan teks, dan ia menaip secara automatik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd