READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ulasan Penuh Samsung Galaxy S3

Diterbitkan pada June 11, 2012 oleh

Samsung Galaxy S3 ialah peranti yang dinantikan peminat telefon Android seluruh dunia. Ianya telefon pintar kedua yang menggunakan cip pemprosesan empat teras selepas HTC ONE X. Persoalan kebanyakkan pengguna ialah adakah SGS3 lebih baik dari HTC One X? Yang mana harus anda beli dan berbaloikah melakukan penaik-tarafan ke SGS3 jika anda memilik SGS2 atau Galaxy Note?

Mari mulakan ulasan kita dengan melihat spesifikasi telefon pintar ini.

Di atas kertas telefon ini mempunyai spesifikasi yang cukup hebat. Dengan pemproses 1.4 Ghz empat teras Exynos ianya mampu melakukan segala tugasan yang anda mahukan dengan mudah. Muatan dalaman pula ialah diantara 16 hingga 64 Gigabyte dan ini boleh ditambah dengan menggunakan kad MikroSD sehingga 64  Gigabyte.

Kami mendapati bahagian belakang SGS3 menjadi panas selepas digunakan untuk beberapa ketika. Permasalahan bahagian belakang peranti masih belum dapat diselesaikan Samsung. Ini bukanlah masalah baru kerana ia juga ada pada SGS2 dan Note sebelum ini.

PAPARAN SKRIN

Skrin 4.8-inci Super Amoled HD dengan kepadatan pixel sebanyak 306 pixel-per-inci digunakan pada SGS3. Ini bermakna SGS3 mempunyai kepadatan pixel yang lebih tinggi daripada Note (285 ppi) maupun SGS2 (217 ppi). Sunguhpun begitu ia masih tidak setinggi yang ada pada Sony Xperia S (342 ppi), Galaxy Nexus (316 ppi) ataupun HTC One X (312 ppi) . Skrin Super Amoled memastikan gambar yang dipaparkan pada skrin nampak hidup dan terang.

Kami menyedari ada segelintir pengguna kurang menggemari paparan Super Amoled kerana penghasilan  warnanya yang terlalu garang. Di sini harus kami nyatakan pada pendapat kami Super Amoled memberikan paparan warna yang lebih bermaya berbanding skrin LCD . Skrin Super Amoled juga lebih mudah dilihat dibawah pancaran matahari. Ini adalah penting sekiranya anda kerap menggunakan peranti di luar.

Kaca Gorilla versi 2 memastikan SGS2 lebih tahan lasak dari pencabar terdekatnya One X dan SGS2. Kedua-dua peranti ini hanya menggunakan kaca Gorilla versi lama. Untuk kegunaan harian kami merasakan skrin SGS3 menghasilkan gambaran yang tajam terutamanya ketika menggunakan aplikasi bertext seperti Flipboard dan melayari web.

KEMASAN DAN BINAAN

Umum diakui kesemua peranti Samsung mempunyai sindrom “Plastik Fantastik”. Sungguhpun mepunyai rekaan serupa dengan Galaxy Nexus, Samsung tidak mennggunakan semula kerangka besi yang ada pada Galaxy Nexus pada SGS3. Akibatnya SGS3 mempunyai binaan yang terlalu plastik dab terasa agak murahan. Panel belakangnya boleh dibuka bagi memberikan akses kepada ruang bateri , Sim Mikro dan MikroSD. Antara rungutan yang kami baca berkenaan rekaan SGS3 ialah ianya terlalu bulat. Ramai pengguna lebih menyukai rekaan berkotak seperti SGS2. Rekaan ini mungkin tidak elok dipandang dari segi estetik tetapi yang penting dari segi ergonomik ianya memberikan keselesaan apabila dipegang.

Jika SGS3 mempunyai kelemahan di sinilah terletaknya kelemahan itu. Kemasan dan binaan bukanlah kekuatan utama Samsung. Awal minggu lalu kami sempat menggunakan Nokia 610. Adalah sangat memalukan bagi Samsung apabila peranti Nokia beharga RM699 ini mempunyai kualiti kemasan dan binaan yang jauh lebih baik dari SGS3. Kami ada menulis berita ura-ura Nokia bakal dibeli oleh Samsung. Jika berita ini benar, mungkin Samsung mahukan peranti mereka mempunyai kemasan yang setaraf dengan kemasan Nokia yang memang terkenal!

Saiz SGS3  pula tidak banyak bezanya dari Galaxy Nexus cuma ianya lebih panjang. Apabila diletakkan di dalam poket ianya tidak tersembul keluar seperti Galaxy Note. Penambahan pada panjang mungkin memberikan sedikit kesukaran apabila menggunakan peranti ini dengan sebelah tangan. Bahagian hujang atas skrin sesentuh agak sukar untuk digapai oleh ibu jari. Dari segi menaip pula skrin yang lebih besar memudahkan penaipan. Agak sukar untuk melakukan kesalahan menaip menggunakan papan kekunci SGS3.

KAMERA

Ketika SGS3 diumumkan hanya menggunakan kamera 8 Megapixel, ianya menjadi bualan orang ramai. Kamera yang digunakan sama dengan yang ada pada produk samsung sebelum ini. Tiada langsung penaik tarafan yang jelas di sini berbanding SGS2 dan Note. Gambar pada resolusi 8 Megapixel SGS3 adalah jelas dan terang. Ia juga mampu mengambil video pada resolusi 1080P. Seperti Note dan SGS2, video definisi tingginya mempunyai masalah rolling shutter jika anda melakukan panning pada kadar yang segera.

Beza utama yang ada ialah ia mampu mengambil 20 gambar pada kadar segera serta fungsi best shot. Ini semua adalah kerana penggunaan perisian operasi Ice Cream Sandwich.  Jika dibandingkan dengan HTC One X kami mendapati gambar dari SGS3 lebih jelas dan tajam tetapi kualiti gambar pada moda HDR pula lebih baik pada One X. Pada pendapat kami SGS3 mampu menggantikan kamera kompak sebagai kamera kegunaan harian anda.

PERISIAN – TouchWiz 4.0

Galaxy S 3 dilengkapi dengan perisian operasi Ice Cream Sandwich dengan paparan  antara muka TouchWiz 4.0. Terdapat beberapa fungsi baru yang dimasukkan ke dalam Touchwiz 4.0. Fungsi yang paling dihebahkan ialah S Voice. Ianya seakan Siri yang ada pada iPhone4S.  Seperti Siri ia juga mempunyai masalah memahami arahan yang diberikan oleh anda. Tambah menyedihkan S Voice berfungsi lebih perlahan dari aplikasi Voice Command yang digunakan Samsung sebelum ini. Samsung perlu memperbaikai kepantasan S Voice sebelum ianya boleh berfungsi dengan sempurna. Buat masa ini S Voice hanyalah sebuah aplikasi gimik yang gagal.

SGS3 juga menyokong fungsi pop up play ketika menonton video. Skrin video kecil akan muncul apabila anda menggunaan fungsi ini. Secara teorinya anda boleh menonton video sambil melayar web atau bertwitter. Fungsi baru yang lain ialah anda boleh mengambil screenshot skrin dalam posisi mendatar dengan menyapu skrin dari kiri ke kanan, kemampuna menghasilkan ritma vibrasi panggilan anda sendiri, paparan berita atau saham terkini pada skrin kekunci dan NFC S Beam.

Samsung juga measukkan fungi Smart Stay. Pada bahagian depan SGS3 diletakkan sebuah sensor yang mengesan sama ada anda melihat skrin SGS3 atau tidak. Jika anda dikesan sedang melihat skrin fungsi time-out akan dinyah-aktifkan. Ini berguna jika anda sedang membaca lama web yang panjang dan meletakkan masa time-out yang pendek. Masalah skrin termati sendiri ketika sedang membaca dapat dielakkan.

Pada bahagian galeri gambar pula terdapat fungsi Social-Tag. SGS3 akan mengesan bahagian muka individu di dalam gambar yang anda ambil. Anda kemudian boleh meng-Tag gambar ini dengan nama teman anda dan apabila foto dimuat naik ke Facebook secara automatik mereka akan di-tag. Fungi ini berguna tetapi malangnya ianya tidak automatik. Anda perlu melakukan tagging keatas semua gambar secara satu persatu kerana ianya tidak “mengingati” wajah yang sudah anda tag sebelum ini. Jika anda seorang pengguna tegar Facebook, Social-Tag ialah fungsi yang anda akan gemari.

BATERI

SGS menggunakan bateri sebesar 2100 mAh. Dengan penggunaan sederhana SGS3 mampu bertahan sehingga 20 jam. Pada penggunaan berat menggunakan Instagram, Twitter dan melayari web sepanjang masa , SGS3 kami hanya mampu bertahan selama 11 jam.Seperkara lagi bateri SGS3 mempu dicaj sepenuhnya dalam masa 2 jam. Ini adalah jangka waktu pengecasan yang pantas bagi bateri berkapasiti 2100 mAh.

PENANDA ARAS : Quadrant dan Antutu Benchmark

Di atas kertas HTC One mempunyai kelebihan pada pemproses empat teras 1.5 Ghz nya. Tetapi apabila aplikasi penanda aras digunakan kami mendapatai SGS3 secara konsisten mengalahkan One X. Aplikasi Antutu dan Quadrant digunakan dan seperti yang adan dapat lihat dibawah perbezaan markah penanda aras adalah ketara. SGS3 juag mampu menumbangkan Transformer Prime yang selama ini menjadi peranti Android paling berkuasa di pasaran.

KESIMPULAN

Samsung Galaxy S 3 ialah peranti Android paling berkuasa di pasaran sekarang. Dengan harga saranan RM2199 ianya mungkin agak mahal untuk miliki oleh kebanyakkan pengguna. Kepada yang mampu kami merasakan harga yang diletakkan memang berbaloi dengan prestasi yang mampu diberikan. Kewujudan slot MikroSD memberikan SGS3 sedikit kelebihan berbanding pencabar terdekatnya HTC One X.

Sungguhpun begitu kualiti kemasannya yang terlalu plastik mungkin membuatkan sesetengah pengguna enggan membelinya pada waktu terdekat. Permasalah lain ialah fungsi S Voice yang pra-matang serta masalah kepanasan pada bahagian bawah telefon masih wujud dan belum diselesaikan Samsung sejak dari SGS2 lagi.

Haruskan anda memilikinya? Ini persoalan utama yang sering kami dengar. Jika anda sudah memiliki SGS2 ataupun Note penaiktarafan ke SGS3 mungkin tidak diperlukan. Jika anda hanya sekadar mahukan kepantasan yang lebih serta skrin yang lebih cantik maka belilah SGS3. Jika anda tidak memerlukan kepantasan pemproses empat teras, SGS2 dan Note sudah memandai buat masa ini dan kedua-duanya dijual pada harga di bawah RM2000.

Akhir kata Samsung Galaxy S3 memang telefon Android yang terbaik dipasaran pada waktu ini. Jika anda seorang penggila peranti yang mahukan yang TERBAIK jangan befirkir panjang dan milikinya sekarang.

PRO dan Kelebihan

  • Paparan skrin 4.8″ yang cantik dengan warna yang hidup. Skrin Super Amoled HD ini juga menggunakan Kaca Gorilla terkini bagi memberikan ketahanan dari calar dan hentakkan
  • Pemproses empat teras 1.4 Ghz memastikan peranti berfungsi dengan baik sekali. Kelajuan mentatal antara skrin terasa lebih laju
  • Bateri boleh dibuka dan ini memudahkan penggantian bateri pada masa hadapan atau penggunaan bateri berkapasiti lebih tinggi jika perlu.
  • Sokongan kad MikroSD sehingga 64 Gigabyte
  • Bateri sebesar 2100 mAh memastikan SGS3 mampu bertahan seharian pada penggunaan sederhana.

KONTRA dan Kekurangan

  • Binaan dan kemasan yang masih terlalu plastik.
  • Tiada penaiktarafan pada kemampuan kemera. Menggunakan semula kamera pada SGS2 dan Note
  • Aplikasi S Voice yang diwar-warkan tidak berfungsi dengan baik. Masih terlalu perlahan
  • Tidak semua aplikasi memnggunakan sepenuhnya kemapuan pemproses empat teras. Masih ada konflik dengan beberapa aplikasi lama.
  • Dengan harga saranan RM2199 ianya agak mahal. Galaxy Note dengan skrin lebih besar dan fungsi sylus kini jauh lebih murah dan memberikan lebih nilai untuk wang anda.

Terdapat 108 komen
Komen Popular
  1. Penulis blog ini nampaknya macam skeptikal dengan keluaran Samsung Smartphone….
    Kalau nak dibandingkan dengan lain2 smartphone, ciri2 yang ada pada S3 amat hebat dan amat berbaloi berbanding produk2 lain spt. iPhone 4S, HTC One X, Nokia Lumia, Blueberry dll..

    Tahukah anda Samsung Galaxy S3 merupakan satu2nya smartphone yang telah berjaya mengatasi kehebatan smartphone keluaran Apple USA – iPhone 4S dari segi teknologi yang amat canggih dan moden (ketika ini) walaupun ada sedikit2 kelemahan yang sepatutnya dapat dimaafkan (kerana bukan mudah untuk melawan ego syarikat2 Amerika)….Hinggakan ada pengulas2 teknologi di Barat /UK mendakwa Samsung Galaxy S3 bakal menyaingi iPhone 5 yang akan dikeluarkan oleh Apple pada bulan Sept. 2012 nanti…

    Masalah plastik – dibuat drpd polikarbonat yang tahan (bukannya plastik biasa) – bertujuan untuk mengurangkan berat dan nampak lebih bersinar.

    Masalah panas – masalah biasa bagi gadget2 yang senipis 8 – 9 mm (bukannya boleh terbakar pun, iPhone4S pun mengalami masalah yang sama, tetapi tiada komen pun)

    Masalah kamera – 8 megapixel ( tidak perlu dinaikkan hingga 12 megapixel, kerana kualitinya tidak akan sebaik kamera digital, kerana dari segi sejarahnya, iPhone4 tetap digemari walaupun ketika itu Samsung mengeluarkan smartphone yang memenangi anugerah dunia dan mempunyai rekod jualan – Samsung Galaxy S2 yang telahpun memiliki 8 megapixel)

    Masalah perisian S Voice – itu adalah biasa bagi benda2 baru lagipun bukannya penting sangat atau tepat pun maklumat2 untuk kita percaya, iPhone4S pun mengalaminya walaupun lebih baik dari Samsung kerana Apple lebih berpengalaman luas dalam inovasi gadget2.

    Masalah harga – iPhone 4S yang kurang canggih, tiada slot kad memori, kamera 8 megapixel, tidak sokong perisian flash-player yang diperlukan, pun harganya teramat mahal RM2,400 – RM2,600 tiada siapa yang komen – masih ada yang sanggup membazirkan wang memilikinya.

    Masalah Ego – bukan mudah syarikat Asia untuk berada dikedudukan seperti Samsung sekarang hingga berjaya mengatasi kesombongan USA dan Barat hingga berjaya berada dikedudukan no. 1 dari segi keluaran smartphone dan TV, hingga dapat mengalahkan sayarikat Apple yang mengeluarkan iPhone 4S dan Nokia yang pernah menerajui telefon bimbit. Kita seharusnya bangga dengan kejayaan Asia mengatasi keeegoan USA & Barat.

  2. Apapun yg berlaku, no doubt Samsung telah mengatasi Apple/Iphone dengan bergaya sekali. Aku bukan benci dengan ciptaan Apple esp Iphone, tapi aku tak gemar dengan apa yg pengguna dapat drpd gadget2 mereka.. Semua die-hard fans Iphone lupa mereka cuma diberi sebiji gadget yg sangat basic, UI dan design yg kolot & ketinggalan zaman, bnyk limitation dari segi penggunaan, environment dan interface yg langsung tidak mesra pengguna.. itu yg dibangga2kan sgt oleh followers Iphone walopon mereke terpaksa membayar harga yg lebih tinggi dari hp yg sehebat Galaxy Note or GS3. Tak dinafikan Iphone punya daya stabiliti yg sedikit lebih baik dari hp2 Samsung dan lain2 androids phone tp itu sj yg dapat diharapkan. Yg lain masih jauh ketinggalan dgn apa yg lain2 smartphone Android boleh lakukan.. So pada aku jangan buang duit anda dgn phone yg hanya boleh gah pada nama, beli smartphone yg benar2 smart.. bukan memperbodohkan kita dgn idea2 kolot mereka. GS3 dan GNOte tetap terbaik di muka bumi ini so far, none can compare!

Keseluruhan Komen
  1. Ulasan yang membuatkan aku lebih teliti samaada nak beli SG Note @ SGS3~~~ hahahahaha!!!
    Bijak membeli alah memakai… Ader…der…. :-D

  2. Rasenya mungkin pihak amanz leh hurai features dlm sgs3 lg byk. sbab bg aku, itu antara kekuatan SGS3 touchwiz 4.0 compare to stock android dan lain2 ROM, htc sense misalnya. features mcm direct call from msg adelah sgt menarek bg aku.sbb aku selalu call org lpas dpt msg dia.macamana dgn feature eye detection itu? function ke x? dan lain lain lg. actually i expect more from you guys. sorry ulasan kali ni xberapa membantu.terlalu pendek compare dgn masa korg pegang hp tu.

    anyway, nice review.

  3. Penulis blog ini nampaknya macam skeptikal dengan keluaran Samsung Smartphone….
    Kalau nak dibandingkan dengan lain2 smartphone, ciri2 yang ada pada S3 amat hebat dan amat berbaloi berbanding produk2 lain spt. iPhone 4S, HTC One X, Nokia Lumia, Blueberry dll..

    Tahukah anda Samsung Galaxy S3 merupakan satu2nya smartphone yang telah berjaya mengatasi kehebatan smartphone keluaran Apple USA – iPhone 4S dari segi teknologi yang amat canggih dan moden (ketika ini) walaupun ada sedikit2 kelemahan yang sepatutnya dapat dimaafkan (kerana bukan mudah untuk melawan ego syarikat2 Amerika)….Hinggakan ada pengulas2 teknologi di Barat /UK mendakwa Samsung Galaxy S3 bakal menyaingi iPhone 5 yang akan dikeluarkan oleh Apple pada bulan Sept. 2012 nanti…

    Masalah plastik – dibuat drpd polikarbonat yang tahan (bukannya plastik biasa) – bertujuan untuk mengurangkan berat dan nampak lebih bersinar.

    Masalah panas – masalah biasa bagi gadget2 yang senipis 8 – 9 mm (bukannya boleh terbakar pun, iPhone4S pun mengalami masalah yang sama, tetapi tiada komen pun)

    Masalah kamera – 8 megapixel ( tidak perlu dinaikkan hingga 12 megapixel, kerana kualitinya tidak akan sebaik kamera digital, kerana dari segi sejarahnya, iPhone4 tetap digemari walaupun ketika itu Samsung mengeluarkan smartphone yang memenangi anugerah dunia dan mempunyai rekod jualan – Samsung Galaxy S2 yang telahpun memiliki 8 megapixel)

    Masalah perisian S Voice – itu adalah biasa bagi benda2 baru lagipun bukannya penting sangat atau tepat pun maklumat2 untuk kita percaya, iPhone4S pun mengalaminya walaupun lebih baik dari Samsung kerana Apple lebih berpengalaman luas dalam inovasi gadget2.

    Masalah harga – iPhone 4S yang kurang canggih, tiada slot kad memori, kamera 8 megapixel, tidak sokong perisian flash-player yang diperlukan, pun harganya teramat mahal RM2,400 – RM2,600 tiada siapa yang komen – masih ada yang sanggup membazirkan wang memilikinya.

    Masalah Ego – bukan mudah syarikat Asia untuk berada dikedudukan seperti Samsung sekarang hingga berjaya mengatasi kesombongan USA dan Barat hingga berjaya berada dikedudukan no. 1 dari segi keluaran smartphone dan TV, hingga dapat mengalahkan sayarikat Apple yang mengeluarkan iPhone 4S dan Nokia yang pernah menerajui telefon bimbit. Kita seharusnya bangga dengan kejayaan Asia mengatasi keeegoan USA & Barat.

    • pembaca ini nampkanya terpancar cahaya fanboyism nya. Kami menulis denga ikhlas tanpa bias yang melampau. Saya menggunakan semua produk samsung sekarang dan saya rasa komentar tentang ketiadaan penaiktarafan yang signifikan ialah sesuatu yang valid. Kamera masih sama. Fungsi asas telefon juga tiada perubahan. S Voice yang menjadi antara titik jualan sangat mendukacitakan. Kenapa perlu dimaafkan Samsung jika S Voice gagal berfungsi. Jika anda membayar peranti semahal ini anda berhak sebagai pengguna mahukan keseluruhan featurenya berfungsi dengan sempurna. Jika Nokia dihentam kerana mempunyai browser yang gagal walaupun mempunyai kamera yang superb kenapa samsung tidak boleh dijentik kerana kegagalan melakukan product polishing?

      • aku sokong… Pengenalan S Voice memang bagus.. Tapi macam masih dalam proses percubaan.. jika mahu memperkenalkan produk, mestila pengguna tue nak yang terbaik.. dan bukannya jadi tikus makmal.

        Pasal kamera, 8 megapiksel memang dah cukup. Tapi kenapa masih mengekal nilai piksel yang sama. SGS2 pakai 8, Note pakai 8.. Even Nokia N8 pakai 12mp..

        masalah panas – ipad pun panas, nokia lumia pun panas. tapi tahap kepanasannya tidak la sampai sentuh skrin terasa kepanasannya. Die nak buat yang nipis dan berkuasa. tapi perlu ingat, serba sedikit boleh efek pada performance bateri..

        masalah sd card – iOS/windows phone memang tak memberi sokongan pada SD card..

        p/s : Ala.. Android 4.0 pun versi terakhir yang akan menyokong flash player.. kenapa nak banggakan dengan flashplayer.. takkan sebab flash nak gahkan Android.. Growup la skit…

    • masalah panas masalah biasa? nope, tidak. at least RAZR xobvious sgt kepanasannya mcam sgs2.kalo online sejam rasa mcm xleh sntuh belakang tu.aku pakai sgs2,and aku expect ade improvement dr Samsung utk sgs3

    • Masalah itu biasa… masalah ini biasa… semua biasa je, maka tepon ni pun biasa2 aje la, tak ada apa yang hebat la ekkk….

      Bagi aku review ni dah ok ape, tak hentam mana2 brand pun. Alang2 dah kuarkan phone, biar la terbaik. tak ada masalah yang biasa2 lagi.

      tak nak kena komen, buat sendiri pakai sendiri la…

    • fyi Amanz.my dah memang bias kepada android. tak perlu la nak jelaskan benda2 di atas. ramai dah maklum dah apa beza iphone dah android. tak perlu diterangkan lagi. cuma untuk seimbangkan ulasan, kena la terangkan jugak cons produk ni.

      • Saya menulis artikel ini dan saya boleh dipanggil seorang samsung androidfag

        Sungguhpun begitu saya harus professional dan mengulas peranyi ini dari kaca mata bukan fanboy

        Kesemua kontra yang saya senaraikan saya rasakan valid dan bukan bertujuan menghentam samsung

  4. Apapun yg berlaku, no doubt Samsung telah mengatasi Apple/Iphone dengan bergaya sekali. Aku bukan benci dengan ciptaan Apple esp Iphone, tapi aku tak gemar dengan apa yg pengguna dapat drpd gadget2 mereka.. Semua die-hard fans Iphone lupa mereka cuma diberi sebiji gadget yg sangat basic, UI dan design yg kolot & ketinggalan zaman, bnyk limitation dari segi penggunaan, environment dan interface yg langsung tidak mesra pengguna.. itu yg dibangga2kan sgt oleh followers Iphone walopon mereke terpaksa membayar harga yg lebih tinggi dari hp yg sehebat Galaxy Note or GS3. Tak dinafikan Iphone punya daya stabiliti yg sedikit lebih baik dari hp2 Samsung dan lain2 androids phone tp itu sj yg dapat diharapkan. Yg lain masih jauh ketinggalan dgn apa yg lain2 smartphone Android boleh lakukan.. So pada aku jangan buang duit anda dgn phone yg hanya boleh gah pada nama, beli smartphone yg benar2 smart.. bukan memperbodohkan kita dgn idea2 kolot mereka. GS3 dan GNOte tetap terbaik di muka bumi ini so far, none can compare!

    • to be fair, apps dkat iOS byk yg lg menarek dr Android.

      tp still, whole ecosystem android fully customisable. itu advantage kat Android.

      • Apps di android market dah sama taraf dgn apps utk iOS, getting closer and soon akan jauh
        meninggalkan iOS apps.. ketiadaan Jobs sepatutnya tidak melemahkan
        engineer2 Apple utk keluar dari kotak sempit mereka selama ini..
        sepatutnya mereka mengambil kesempatan ini tatkala gergasi Nokia
        sedang merudum dan inilah masa utk Apple membuka mata mereka
        dgn idea2 yg Samsung sendiri tidak pernah fikirkan.. Samsung sdg menggila
        dan bakal bertakhta utk masa yg lama dgn kehadiran lebih banyak kejutan
        utk penggemar gadget.. Dan kita sebagai pengguna harus mengambil
        setiap peluang yg ada utk menghargai effort mereka dgn memberi sokongan
        padu, jika tidak kita akan kembali di zaman nokia dulu di mana semuanya
        hanya sebuah dunia yg tiada warna warni.. bosan bukan???

  5. baru balik booking Samseng S Tiga dengan dealer digi untuk sumandak. haram takdak set dummy pun utk belek2. HTC Satu X pun nampak gorges bila pegang dan test tapi sumandak nda mau HTC. Dia mau Samseng jugak.

  6. Kepada mereka yang suka barang plastik beli lah.orang korea sendiri masih mengagungkan apple jangankan nak beli samsung plastik ni.peti ais boleh la

    • nampak sgt menipunya…u know obout Korean nature, dorg lbh mengagungkan barangan Made In Korea dorg berbanding barangan luar, that’s why la sampai ada yg anggap pengguna barangan luar korea for example kereta yg bukan buatan korea akan dianggap sbg pengkhianat…klu nak hentam pun please isi pengetahuan anda dgn sedikit knowledge…

    • hahh setuju dgn mat.. try dtg korea dan ble tau mcm mana..org2 sana sgt la mengangungkn dan berbangga giler dgn keluaran mereka..dr gadget, handbag, kasut, kereta, semua nak yg made in korea..
      Btw, im also S3 user, masalah plastic tu not a big deal..ok je, beli la cover yg tahan sket..Yg panas tu, even Blekberiberi pun panas jgk..juz have problem with the battery..klo dah on mobile data, mmg akan cepat abeh weiii…hohohooo

  7. kpd yg kata iphone lg laku kat korea..ape buktiny..da pnh gi sane ke?
    hasil dr pngamatan sy,amat jarang nk lhat org korea gn produk apple nie.
    satu ms dlu tika kt msih diulit gn nokia.diorg da gn samsung nie.kat sane femes jns samsung flip.
    skrg ni da mkin maju.diorg da bnyk gn produk smsung jns touch skrin.

  8. “Binaan dan kemasan yang masih terlalu plastik.” yg ni aku sokong sgt. even cover belakang note aku pun nipis giler. time panas jgn cakap r… aku harap samsung dpt perbaiki benda ni…

  9. Dh ramai samsungfag……dh bleh lwn ifag dh ni……..tp setiap smartphone ade pro ade con. Tp xfair la conpare s3 ngan 4s. Kne compare htc one x vs s3 vs iphone 5 br best.motorola campak tepi ho3

    • ofcoz la nnt iphone 5 kuar dia la plg ngetop…. tp skang ni yg 4s pn org kata lagi canggih dr hp lain biarpn dibndgkn dgn s3 one x skalipn walaupn design skrin material wutever still sdah outdated or lapuk….but they still win one obvious thing which make them proud….. their apple itunes apps is the best kalah androids…. conclusion from apple fanboi is ITUNES better than ANDROIDS means 4s plg canggih…. pergh speaking plak aku.. harap korg pham mesg nih

  10. review yang ikhlas, padat dan lengkap. aku masih tak faham kenapa orang bising cakap review ni bias lah apa. bagi aku takde yang bias langsung pun kat sini, siap bagi pro, cons lagi.

  11. touchwiz 4.0? tu kan dekat gs2? yang aku tau gs3 guna touchwiz 5.0 yang kemudian ditukar namanya kepada touchwiz nature ux. touchwiz tu android home launcher untuk samsung phone bukan perisian. mati2 aku ingat obe cerita pasal customize touchwiz launcher. demm.

    btw gs3 sangat seksi. berbaloi untuk dimiliki. flagship terbaik android masa kini. beli jangan tak beli. lol ini bukan iklan okay…

  12. Aku pun tak tahu kenapa kita masih agung2 kan barangan Apple – iPhone dan iPad, sedangkan sudah ada produk2 buatan Asia yang setaraf malahan lebih baik dari itu sejak akhir2 ini.

    Sekiranya ada kekurangan buatan negara2 Asia patut dimaafkan, kerana kita patut berbangga dengan kejayaan syarikat2 kecil yang baru mecipta kejutan menggugat kesombongan syarikat2 USA penyokong Yahudi Israel itu. Kita harus ada falsafah dan etika kita sebagai orang Asia.

    Pasal orang2 Korea, Jepun, Taiwan dan China memandang tinggi jenama Apple dan memandang rendah keluaran negara mereka tak harus timbul, kerana ada juga rakyat mereka yang tidak ada sikap wawasan dan etika mereka. Hal ini samalah rakyat Malaysia yang mendewa2kan jenama kereta luar tetapi memandang rendah buatan sendiri – Proton kerena mereka terpengaruh dengan rasa ego barangan import yang lebih mahal.

  13. kalau uolls nak tahu,
    iolls lah yang suruh samsung design SGS3 macam plastik yang cikai..
    sebab iolls tengok uolls ni suka show off bila pakai henfon mahal2..
    tengok mcm iTelepon… design lawa kan, tu pasal pengguna2 iTelepon tu theyolls semua berlagak…
    weolls sebagai Samsungers tak patut tiru perangai theyolls yang berlagak semua tu.
    tu pasal iolls mintak design berunsurkan kedaifan, supaya weolls boleh kembali ke pangkal rahim..
    eh bukan, maksud iolls ke pangkal jalan..

    • man delete lah komen aku ni.
      aku rasa aku sendiri pun rasa nak memlempang komen aku ni.
      sakit hati betul baca
      hahahahahahah

  14. Ulasan yg menarik…tp ade bberapa perkara yg kurang tepat dlm ulasan ni…1. Kamera depan 1.9 megapixel bkn 1.7..2. Kerangka galaxy nexus adalah plastik bkn besi..iphone yg mmpunyai kerangka besi..3. Versi touchwiz yg digunakan pd galaxy s3 adalah touchwiz ux @5..dan hp ni boleh mnyokong hdmi out dgn menggunakan mhl cabel micro usb to hdmi out.

  15. ada yg dah pakai x s3 ni?..ada orang kata skrin dia senang pecah bila jatuh, betul ke?..

  16. pakai hp canggih2mahal2 lepas tu kutuk produk lain buat apa?? lepas tu sampai tahap mcm nk cari gaduh bila pertahankan produk yg dia minat. utk apa? masing2 punya citarasa, masing2 punya kemampuan, bukan minta duit dari korang pun. benda2 ni pun semua ciptaan manusia, manada yg sempurna. tetap punya kekurangan. kalau mati nanti bukan benda2 ni yg selamatkan kita di akhirat.

  17. gajet samsung masih tiada sambungan hdmi…sony xperia s agak best gak sbb ada kamera 12mp dan 3d serta masih mengekalkan sambungan hdmi

  18. Komen tentang ini:

    Terdapat gambar berlegar di dalam laman internet yang didakwa dilaporkan sebagai seunit telefon terbaru Samsung iaitu Samsung Galaxy S3 yang terbakar dikatakan disebabkan oleh keadaan ‘kepanasan berlebihan’ (overheated). Menurut laman sesawang SamMobile, Samsung sudah sedia maklum dakwaan itu dan sedang menjalankan siasatan.

    Menurut Samsung, mereka mengambil berat isu ini dan mereka akan menjalankan siasatan terhadap telefon berkenaan apabila menerimanya. Apabila siasatan telah dapat diselesaikan, mereka akan memberikan maklumat terperinci. Menurut mereka lagi, mereka komited untuk memberikan pelanggan mereka peranti yang selamat untuk digunakan.

    http://www.slashgear.com/samsung-investigating-burning-galaxy-s-iii-21235087/

  19. Saya terlewat baca rebiu ini. Komen saya, penulisan yang jujur dan terperinci. Kepada yang belum pegang device ni, dah boleh membayangkan dari cara ia diceritakan di sini.

    Kipidap Amanz!

    • and personally, saya agree dengan pendapat artikel bahawa Note memang sangat berbaloi. still, tak ada halangan kepada golongan ‘gila specs’ untuk memerah kuasa 4 teras pada SGS3.

  20. bayar rm2000++ utk samsung, htc, sony apa yg bezanye???? KUALITI… dr segi material, skrin, kamera, design…. kalo apps androids tu still androids la dan begitu la yg selainnye.. iphone plg baru pun 4s tp harga masih di situ.. tapi kalo bayar smpi rm2500 kualiti kalah ngan android lain malula tu pasal apple fanboi berkeras walaupun design lapuk pun dirg kata plg cantik…ASAL???? dah bayar lebih harga mestila plg gempak dr smua segi.
    mmg la org kata x adil bnding iphone4s ngan mana2 samsung ke, htc one ke tapi sape suruh ko lambat update….. org dh ke hadapan die masih berpegang prinsip lama…

    x dinafikn apps apple plg gempak tu yg orang angkat iphone. tapi kalo terasa nk sgt apps apple plg negetop tu ble je angkat ipod…. harga jauh lagi murah takat beratus2 je banding ngan phone die yg jauh lagi mahal…… kira beza harga ipod ngan iphone sampai ribu tu mainly sbb bole buat call atau x….. download la smpai muntah.

    kalau nak ikut quality skrin rasanyer s3 plg top skang nh. note skrin besar tp xleh lawan kualiti skrin s3….

    kamera skang org x ksah sgt dh pasal time org belek2 nk bli hp slalunyer skrin yg jadi perhatian utama……. kalo suka sgt bergmbr baik angkat nokia… cam plg best tp x gah gak

    so msg2 ada pro con.. ikut apa korg suka.. nk apps ke, skrin ke, cam ke, design ke sbb mustahil ada hp complete walaupn apple fanboi menguar2knnyer

    • sori kalo komen aku bunyi cm bias tp aku sbnarnye lebih ke spec skrin sbb….
      one x ngan one v lbh kurg tp hrga beza kaw2 sbb skrin.. sbb tu aku rasa skrin is 1 de facto dlm mmbelanjakn wang sebijak2nyer….

      pengeluar skang pening kepala nk bwat skrin plg top… mcm persaingan one x and s3 dan yg sebelum2nye…..

      iphone skang die buat dunno je brpgang pada kelebihan apps diorg yg boleh dibeli dgn harga ratus2 je melalui ipod. komen apps mcm dah disebutkn di atas.. so mana yg berbaloi dgn duit yg dibelanjakan??

    • i hv used iphone4.. and ipad2. ta sampai 1 bulan sy jual apple tu. sbb bg sy errr… sorry to membosan kan hehehe.. leceh. prefer android. :) i hv xperia s n note 1. tp note of coz browsing lg laju. camera plak of coz sony always da best :)

  21. Apa yang anda perlu tahu :-

    1) Samsung telah menjual hampir 10 juta Samsung Galaxy S3 saja di seluruh dunia, ini belum dikira jualan di negara pembuat iPhone4S sendiri – USA yang belum lagi mendapat tempahan.

    2) Samsung telah menjadi pengeluar TV LED/LCD terbesar / terlaris didunia pada tahun 2011

    3) Samsung telah menjadi pengeluar telefon terbesar diseluruh dunia pada 2011 mengatasi Nokia, iPhone, Sony dll. dengan menjual 400 juta buah telefon/smartfon

    4) Samsung telah menjadi konglomerat perusahaan elektronik terbesar dan berdaya maju didunia mengatasi keluaran barat.

    5) Apple terlalu takut untuk bersaing dengan Samsung dan telah meminta mahkamah di USA menyekat penjualan superphone di USA (atas alasan perlanggaran hakcipta) – Samsung Galaxy S3, Galaxy Nexus dan Galaxy Tab.

    Sepatutnya kita harus berbangga dengan pencapaian Samsung yang berjaya mengatasi keegoan produk2 negara kulit putih/barat khasnya USA yang agak bongkak dengan produk2 mereka dan memandang rendah produk2 negara Asia….

    • Kenapa nak bandingkan washing machine dengan Ferrari bro? Topik pasal smartphones bukan pasal jenama. Yang buat smartphone/tablet samsung naik is OS bukannya spec yang tinggi. Samsung S3 kalau OS pakai Windows sure tak sebaik OS android. Fikirkan lah bro.

  22. Tgk x buletin utama bulan lepas klu x silap…apple mau saman samsung sbb mngunakan perisian y sama dengan apple…sng cte duplicate dr apple…? Klu x silap,apple bangkt kan isu nie kt makamah selepas smsg lunch s tiga dowg….pada pmikiran owg y bole pk, tu name nye samsung da dpt tndingi apple…krna takut market apple jatuh, beliau fordw kn ke makmah…so…s3 adlah pencabar paling bahaya untuk iphone…y korang nk btkak pahal..engineer apple da stdy dulu sblum mngatakan s3 adalah pencabar paling bahaya untuk iphone4 s tue ha….manufacture lebih detail untuk protect product dowg…kte penguna,xpyh nk bentat sgt…itu lah ini lah…. y penting ak puas pki s3 dari ak pki iphone 4 dulu….kedekut, nk berbontot pon x bole…nk trnsfer file ssh…s3..16stelit follow peranti ak…mmg lebih tepat…n cepat…klu iphone…x up todate la…nk bange pki iphone…market iphone 4 s kt pasaran untuk second hand…1800 da dpt..nmpk owg pki iphone..”eh die bli second la 2…..” tp klu nmpk s3…. belum ad second…klu nk jual kdai..owg kdai majyak suka ooo…

  23. sy mau beli SGS3, tp byk dgr ceta SGS3 nie tk baik, byk mslh btul ka? sy tkt mcm galaxy tab body nya cpt panas…….

  24. Senang citer, beli jer kedua2 bendlah nih. Korg guna “sendiri” dan tgok mana yang lebih berbaloi.Lain org lain keperluan.

  25. aku gune s3..memang power…iphone letak tepi je..dah le nak guna bluetooth pun susah…apps dah le mahal…kalo s3 download je free…senang cite s3 memang dapat saingi iphone…

  26. bateri s3 ak caj 2 jam 30 m…taklah cepat sangat panas, klau main brterusan lame sngat panas lah tapi sangat cpat nak sjuk balik… stakat ni tak pernah hang lagi… ak pn dah godek2 iphone tapi s3 mmg lagi bagus ah…4.5 star / 5..hihu

  27. Just nk tanya..pernh x alami problem bila online intnet banking guna s3?..saya alami prob bila online je maybank nk masuk username n psword box jadi blank..tapi guna smsung note ok je..apa masalh ek? Setting sama je dgn note..apa yg xkena tu?ada sesape leh bantu?mula2 beli try ok je tpi slps online 2x dh xboleh..stil xleh masukkan usernme n pasword..

    • Saya alaminya pada note(tidak di root) jika guna chrome. Stock browser memang ok. Masalah ini tetap berlaku pd custom rom(AOSP/AOKP/Touchwiz).

      • rasa saya pun ade prob mcm tu. saya pakai sony xpria s.. pun xleh masuk. tp kalo pakai note yup boleh no prob. :)

  28. herm…semua produk iphone saya dah guna..kini sdg gna iphone 5 & galaxy note serta galaxy s3..sedang cuba dptkn htc one x..pada saya msing2 ada kelebihan/kelemahan sendiri..dri segi rupa dn perfomance tidak jauh beza, yg pnting kesesuaian semasa penggunaan,keperluan kepada si pengguna, kesedapan mata memandang…., tpi yg nyata yg sesuai dgn saya mengikut keperluan setakat ini adalah galaxy note.., utk korang saya tk tahu model mana yg sesuai..

  29. Pada pandangan aku yang pernah guna android dan ios, masing masing ada kelebihan. Aku guna ipad mmg smooth sgt dan apps dia mmg best best dan berkualiti. Cuma kekurangan sebab takdak widget dan tak boleh download movie dari website guna browser (mungkin sebab aku tak reti kot hehehe). Tapi kalao android (aku guna motorola xoom) memang mudah sangat nak buat kerja dan download guna browser memang macam pakai pc. Kesimpulannya masing-masing ada kelebihan. Tapi kadang kadang kita lebih melihat pada jenama yang memang dah established dan diakui mutu barangannya. Dari segi nih memang apple jarang ada masalah dan kawan kawan aku yang pakai samsung gp dorag mmg banyak masalah.

  30. saya guna laptop Sony Vaio, Handphone S3 Samsung & mp3 player from china sbb sokong produk Asia dan sangat bangga dengan kesemua produk ni…so far semua ok takde problem…bantai sony utk tgk DVD berejam2 pun still ok :), rasanya sangat berbaloi kuar duit beribu utk mendapatkan produk2 tersebut..so far internet banking takde mslh and buat apa pun lancar.. syabas kpd sony & samsung!!

  31. sy kerja kt airport.. d bhagian departure yg biasanya korea. sy tgok 85% drpda mereka mggunakan samsung S2,S3, note&note2. sesekali ada yg guna iphone & yg lain2.

  32. saya pemilik Galaxy S3. utk pengetahuan anda semua. .Ianya peranti Uganda hebat. Galaxy Note langsung tak boleh dibandingkan dgnnya.

    S3 boleh turut memuat kan aplikasi dari Galaxy Note2..jika korang buat.

    sedangkan Note yg lama langsung tak boleh menggunakan apa 2 aplikasi dari S3.

    S3 saya bukan sahaja menggunakan kamera Note2, gallery pun dr Note2.
    popup browser pun ada.

    S3 ada jellybean.
    Note lama ada tak? blm LG kan

  33. alahh .. setaakat tiru android iphone pe kes… pdhal function smsung tu semua sama je cume stiap keluaran dye keluarkan satu je keistimewaan sbb tu samsung boleh keluarkan s2,s3, yang dulunye s ace, s young,, hurmmm, hampeh..

  34. nak tanye..harap korg respond..em pasal bhgn blkg fon tu pns kan,dy akn bg effect ape2 tak ? yelah,lw rosak membazir jee.lw byk bajet xpelah..

  35. aku kemarin makai nokia lumia800 sy benar2 kcewa disamping cameranya gak bermutu bluetot nya susah di pakai

  36. i pakai s3 dah 4 bulan yg kaler merah..dan amat terbaik dan tiada rasa panas dibelkangnya seperti komen2 sebelum ni..bateri tahan seharian walaupun kerap berinternet dan game..amat terbaik dan puashati.

  37. Baru beli khamis tu hehe.. Harga da rm1699… Kawan pun nak bli da.. Nnt s4 kluar plak s3 akan jd barang AP la plak.. Mcm note byk yg AP da :-) thanx 4 info :-)

  38. sy ada beli sgs3 sebulan lepas…tp sgs3 sy selalu saja sutdown dgn sendiri dan selalu jugak mati terus sampai org nak call pun susah sbb sgs3 sy mati…sy nak tanya kenapa jadi camtu?

  39. meski binaan samsung s3 daripada plastik..ianya tetap la cantek..plastik terkandung seribu kemewahan tech…pada bahagian belakang cepat panas….banyak2 jenis enphone pewpon sekirenye melayar tenet confom panas beib….lagi 1 mane2 kedai phone Samsung galaxy s3. ..paling laku…realllll ..tak merugi aku membeli samsung s3. .puas puas puas…sebelum ni aku gune brand sony xperia. ..manyak hampeeehh…

  40. Bateri kalau x dijaga betul cepat jahanam.. dan seterusnye menjerumus kepada bateri meletop sekaligus merosakkan henfon anda…

Komen

Nama
Web