READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ura-Ura Berkaitan Peranti HTC One XXL Mula Kedengaran

Diterbitkan pada June 23, 2012 oleh

Dengan lebih ramai yang jatuh cinta dengan HTC One X, nampaknya kini HTC bakal hadir dengan peranti yang lebih berkuasa tinggi. Ia diura-ura akan peranti baru ini kelak akan dipanggil HTC One XXL, didatangkan bersama-sama dengan skrin LCD2 bersaiz 4.7-inci, disamping beberapa penambahan baik yang lain.

HTC One XXL turut diperkatakan akan membawakan memori sebanyak 2GB RAM, dan menggunakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4 bersama-sama dengan sokongan LTE padanya. Spesifikasi lain yang turut diperlihatkan adalah kamera belakang 8-megapixel dan juga kamera hadapan 1.8-megapixel padanya.

Walaubagaimanapun, ia masih lagi pada peringkat ura-ura tanpa sebarang pengesahan rasmi daripada HTC. Jadi, sekiranya ini benar, adakah anda akan menantikan peranti HTC One XXL ini kelak, ataupun memilih peranti lain sebagai pilihan utama?

Terdapat 16 komen
  1. First impression aku bila baca “XXL” ialah bateri yang lebih power & tahan lama, tapi takda info pasal bateri pun.

  2. Ini yang pertama datang dengan 2gb ram kan?
    Bagus jugak lah, dah lama sangat smartphone dok kekal 1gb ram.

    • kadang2 ak xfaham org macam ko nih. ini baru ura2 pertama bang oi..
      xkan la dah ade harga plak. ura2 spec nih pon blom tntunya betul.
      klau dh launch,baru boleh ko tnye harga.logik la skit bila berfikir tu.
      sekarang dh faham cmne cara berfikir?klau xfham,ak ajar lg k.

  3. Aman, aku baca dalam GSMarena diorang cakap processor untuk One XXL ni quad-core Krait, bukan Snapdragon.

  4. Bateri bagi power sikit,tambah button kamera,xenon flash,yang lain2 kat one x tu dah ok sgt.skrin pun lagi best dari s3.aku belek member aku punya,xkacak langsung pentile matrik.cuma kekadang bila aku main video hd kat mx player,masa resume movie mesti jadi lag sikit.ulp geforce x cukup gagah kot.

Komen

Nama
Web