Saiz tablet sekarang amat kecil? Jika ya, mungkin anda boleh mendapatkan peranti terbaru daripada ViewSonic. Terkini, syarikat pengeluar peralatan elektronik, ViewSonic mempertontonkan peranti pintar dengan Android 4.0 Ice Cream Sandwich pada saiz 21.5-inci.

Melaluinya, ViewSonic memanggilnya sebagai Android Smart Display, dimana membawakan skrin seluas 21.5-inci, menggunakan cip pemprosesan dwi-teras 1.GHz TI OMAP ARM Cortex A9, memori sebanyak 1GB RAM, kamera hadapan 1.2-megapixel dengan sokongan rakaman HD, slot HDMI, USB 2.0, dan juga mikro-SD padanya.
Melalui apa yang diperlihatkan, ia membawakan antaramuka asal Ice Cream Sandwich, dan dilaporkan beberapa aplikasi seperti Angry Birds didatangkan bersama-sama dengannya. Memandangkan ianya masih lagi pada peringkat awal, dan belum dilancarkan kepada umum, ia diperkatakan sokongan kawalan sentuhan padanya kadang-kala mengalami kelembapan. Namun, perkara ini mungkin diatasi sebelum ia dijual kepada umum kelak.
Jadi, adakah kelak anda akan mendapatkan Android Smart Display ini?
android gergasi ni , macam mana nak bawak jalan2 ..
walauwehhh
ni bkn tablet lg, ni table namanya
+1000!
Nak lawan Microsoft Surface agaknye..
Bapak besarnya!
Memang puas nak buat tengok 3gp.
org x tgk 3gp dh org tgk HD video
i know what you mean…
3gp ni zaman nokia s40 bro
kalau harga murah bleh ler letak kat dinding dapur buat tgk resepi dan layan filem sesambil masak kan, kompom isteri2 akan minta suami belikan..
masa memasak berganda drama punya pasal.. wakaka
nak nak drama korea~
Suami isteri bahagia, rumahtangga sejahtera.
Besar gila screen.. Da macam laptop le pulak: D
lebih dari laptop lagi..dah taraf desktop ni..laptop paling besar 18.4 inci je..
Bentuk dah macam TV. Mungkin boleh jd smart TV atau information board.
sangat smart!
Jangan beli Viewsonic punya product nie..sucks!!
kenapa dgn produk dorg?
wah best ni