Cari @ Amanz

Pada hari ini, walaupun kebanyakkan laman web dioptimasikan untuk digunakan pada pelbagai pelayar, namun sesetengahnya masih memerlukan pengguna untuk menggunakan pelayar web Internet Explorer untuk melakukan beberapa urusan, terutamanya beberapa web kerajaan.

Sekiranya anda menggunakan Mozilla Firefox, anda boleh mengubah enjin anda kepada Internet Explorer dengan hanya beberapa klik sahaja dengan beberapa add-on yang terdapat di pasaran, dan salah satunya adalah Fire-IE.

Fire-IE adalah salah satu aplikasi tambahan untuk pelayar web Firefox, dimana menyertakan pilihan untuk membuka sesuatu laman web menggunakan enjin Internet Explorer, sekaligus membuat beberapa kerja tanpa perlu meninggalkan pelayar web kegemaran anda itu.

Sebaik sahaja memasangnya, ia akan menambah sebuah pilihan tambahan pada bar URL, dimana pada hujung sebelah kanan, membolehkan anda membuat penukaran dengan hanya satu klik sahaja. Ia menggunakan label “Fast” untuk Firefox, dan “Compatible” untuk Internet Explorer. Namun, sekiranya anda selesa dengan menggunakan papan kekunci untuk penukaran, boleh menekan “Alt + C” untuk penukaran dengan pantas.

Beberapa pilihan tambahan juga turut disertakan untuk Fire-IE, membolehkan anda membuat perubahan lanjutan melalui panel yang disediakan olehnya.

Bagi pembangun pula, sekiranya anda ingin menyumbang dalam projek ini, boleh melayari laman GitHub untuk Fire-IE dan mengikuti pembangunannya dari sana.

Manakala, bagi pengguna pula, anda boleh memuat-turun Fire-IE untuk Firefox hari ini, dan mula menggunakannya dalam mengubah enjin pelayaran web anda ke Internet Explorer dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd