Cari @ Amanz

Setelah mempopularkan penggunaan mikro-SIM, kini beberapa laporan mengatakan iPhone generasi baru kelak mungkin akan menggunakan nano-SIM padanya, menjadikan saiz SIM lebih kecil, dan membolehkan peranti direkabentuk dengan lebih nipis lagi berbanding sedia ada.

Ia diperkatakan yang mana Apple telah pun mula menyediakan adapter nano-SIM untuk beberapa syarikat telekomunikasi, dalam menguji rangkaian dan sebagainya sebelum ia diguna pakai dengan meluas.

Buat masa ini, perkara ini masih tidak diketahui kesahihannya. Namun sekiranya benar, mungkin kita akan dapat melihat pengenalan kad-SIM baru oleh bukan sahaja syarikat telekomunikasi luar, tetapi turut sama oleh syarikat telekomunikasi tempatan.

Selain daripada itu, ia juga diperkatakan iPhone baru kelak akan turut menyertakan sokongan LTE dan NFC bersama-sama dengannya, yang mana bukanlah sesuatu yang baru, memandangkan iOS 6 telah menyertakan beberapa ciri-ciri untuknya, selain iPad sebelum ini yang didatangkan dengan sokongan 4G.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd