Cari @ Amanz

Akhirnya, dengan pelancaran Windows 8 yang semakin hampir, kini Microsoft telah pun mengumumkan struktur harga yang baru untuk mengemaskini kepada Windows 8 daripada sistem operasi Windows sedia ada anda.

Microsoft kini meletakkan harga kemaskini daripada Windows XP, Vista atau Windows 7 kepada Windows 8 Pro pada harga hanya $39.99 (~RM127), dan ia boleh dimuat-turun secara terus daripada laman Windows.com.

Untuk memudahkan urusan mengemaskini, Microsoft turut menyediakan aplikasi Upgrade Assistant, memudahkan anda menyemak PC anda sama ada menyokong Windows 8 ataupun sebaliknya.

Selain daripada itu, Microsoft juga turut mengatakan yang mana Windows 8 Pro turut sama akan dijual pada harga $69.99 (~RM222) daripada pengedar rasmi mereka pada tempoh promosi awal.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd