READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Terdapat ratusan permainan percuma di arena web, yang mana mungkin agak sukar sekiranya anda ingin mencarinya satu demi satu. Untuk memudahkan anda, sebuah aplikasi ringkas disediakan oleh pembangun yang sama disebalik Get Linux, adalah Game Downloader.

Sama seperti perisian Get Linux, Game Downloder dibangunkan dengan konsep mudah-alih dan juga sumber terbuka, membolehkan ia berinteraksi dengan pelbagai pelayan, sekaligus memudahkan para pengguna memuat-turun permainan terus ke komputer mereka dengan mudah.

Buat masa ini, terdapat lebih daripada 200 permainan percuma disediakan, yang mana dikemaskini dari semasa ke semasa. Walaupun permainan tersebut boleh didapati daripada pelbagai sumber lain, termasuk dengan melakukan carian dan sebagainya, melalui Game Downloader, ia memudahkan perkara tersebut, dimana anda hanya perlu memilih dan memuat-turunnya terus daripada klien yang disediakan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Game Downloader ini secara percuma, dan mendapatkan pelbagai permainan kegemaran anda hari ini.

Terdapat 31 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. boleh ajar saya mcm mana hendak muat turun game yg terdapat dekat gameloader ni

  2. download la skrang:-# kalau tak pandai rajin-!! lah betanya ye :-P kehkehkeh

Komen

Nama
Web