READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Selama ini, sekiranya untuk mengubah fail berformat PDF, para pengguna memerlukan pelbagai perisian dan aplikasi tambahan, kini nampaknya melalui Office 2013, Microsoft menyertakan sokongan terbina pada aplikasi pejabat mereka.

Dengan Office 2013, para pengguna tidak lagi memerlukan sebarang perisian tambahan, dimana anda boleh membuka terus fail berformat PDF pada Microsoft Word, dan melakukan perubahan dan sebagainya terus daripadanya.

Selain daripada membuat perubahan, para pengguna juga turut boleh menyimpan fail dalam format PDF terus daripada aplikasi Office 2013.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri versi pembangunan Office 2013, sebelum ia dilancarkan kepada umum dalam beberapa bulan lagi.

Terdapat 10 komen
  1. Wow!ohsem!
    Ni baru feature paling ohsem dalam office.jimat space dan takperlu lagi guna perisian tambahan seperti Libre Office dan Foxit PDF Editor.Bolehlah buat ebook percuma ataupun berbayar.

    • Adobe still kaya, sebab implementasi PDF pada aplikasi lain masih memerlukan pelesenan kepada Adobe.

      Bermakna, lebih banyak pembeli Office, secara automatik lebih kaya Adobe.

      Foxit on the other hand…

  2. satu lagi tarikan untuk membeli opis original. nangis la adobe mau jual acrobat pro.

Komen

Nama
Web