Cari @ Amanz

Jikalau semalam Microsoft ketika melancarkan Office 2013 Preview hanya menawarkan pemasangan melalui internet sahaja, kini mereka telah menambah pemasangan secara tradisional menggunakan fail MSI, yang boleh dimuat-turun oleh semua hari ini.

Namun, seperti biasa, untuk memuat-turun fail MSI tersebut, ia memerlukan para pengguna log masuk menggunakan akaun Windows Live terlebih dahulu.

Office 2013 Preview yang ditawarkan oleh Microsoft serba sebanyak memberikan pandangan pertama untuk aplikasi pejabat akan datang mereka itu, yang mana membawakan integrasi sosial, sokongan awan serta antaramuka dan rekabentuk yang serba baru.

Bagi anda yang ingin memuat-turunnya dalam bentuk MSI, boleh memuat-turunnya daripada halaman khas yang disediakan oleh Microsoft hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd