Cari @ Amanz

Kerjasama antara Facebook dan juga HTC dalam membangunkan telefon pintar khas dengan memfokuskan sepenuhnya kepada laman sosial terkemuka itu telah hangat diperkatakan sejak daripada tahun lepas. Dan kini Bloomberg melaporkan peranti tersebut bakal dilancarkan pada pertengahan tahun 2013 kelak.

Perkara yang disasarkan untuk pelancaran penghujung tahun ini, ditangguhkan seketika, sekaligus memberikan masa untuk HTC dalam membangunkan beberapa produk mereka terlebih dahulu.

Melalui peranti yang didedikasikan untuk Facebook itu kelak, ia diura-ura akan menggunakan platform Android, disamping mengintegrasikan Facebook secara menyeluruh. Sebelum ini, HTC sendiri pernah hadir dengan peranti HTC ChaCha dengan butang Facebook yang didedikasikan. Namun, peranti baru ini kelak dijangka berbeza dengan apa yang dibawakan, dan akan menggunakan penjenamaan dan integrasi Facebook dengan lebih mendalam lagi.

Info lanjut mengenainya masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd