READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Dengan berakhirnya bulan Julai, seperti biasa, beberapa statistik terkini telah pun dikeluarkan, memperlihatkan dari segi penggunaan peranti mudah-alih, platform yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah Android, dan diikuti dengan jenama pengeluar peranti yang dipilih adalah Samsung.

Data ini dikeluarkan oleh Statcounter, salah satu badan yang mengumpulkan statistik pengguna daripada pelbagai sumber berbeza.

Jikalau dilihat dari segi sistem operasi mudah-alih yang menjadi pilihan para pengguna tempatan, Android mengekalkan kedudukannya di tangga pertama dengan 43.16%, selain memperlihatkan peningkatan yang tinggi berbanding bulan Jun. Di tangga kedua, Symbian yang digunakan pada kebanyakkan peranti Nokia, dan diikuti oleh iOS pada tangga ketiga dengan 13.44%.

Dari segi pengeluar peranti pula, Samsung mula menjarakkan diri mereka daripada Nokia, dimana kini Samsung meliputi 31.71% berbanding Nokia hanya 24.34%. Di tangga ketiga pula adalah Sony dengan 18.59%. Apple muncul ditangga ketiga dengan pegangan pasaran sebanyak 13.4%. Perkara ini juga sekaligus memperlihatkan Samsung dan Sony adalah antara pilihan peranti Android dikalangan pengguna tempatan, disamping beberapa jenama lain, seperti HTC, LG dan sebagainya.

Namun, angka ini mungkin memperlihatkan perubahan tidak lama lagi, apatah lagi dengan platform Windows Phone 8 yang mula diberikan perhatian serius oleh Nokia, selain Google yang baru melancarkan Android 4.1 Jelly Bean kepada umum.

Terdapat 45 komen
  1. ”apa barang smsng, apple la baru ada klas ” kata ifag

  2. Samsung juga ada fanatiknya tersendiri, namun tidak dapat dinafikan dari segi kualiti dan user friendliness, Apple menang.

    • ceh. sape yang tak dapat nafikan? ifags cm korg la.
      apple fanboy.

      bagi ape pun, korg akn kte “dari segi kualiti dan user blala blalb blaal balala”
      booooooooooorrrrrrrringggg. apple sucks

      • iphone ada berapa model? android plak ada berapa model? so paham2 jer la.. budak pandaikan? :)

  3. Galaxy Nexus sungguh tak premium langsung berbanding Nokia 7610, 3250 dan N73 yang pernah saya pakai zaman dulu2. Tapi memang tak pelik sbb semua Nokia tu saya beli harga RM1500 sedangkan Nexus ni cuma 1300 je. Nasib la Nexus ni saya buat stop gap saja sementara menunggu BB10.

    • RM1300 harga sekarang. Harga masa baru launch RM2000+. Nokia N73 mana ada harga sampai camtu. Ape benda la comparison camni.

      • Kau mesti baru beli henpon tahun 2010 kan. Aku beli Nokia 3330 RM700 tahun 2001. Nokia 6610i rm900 Nokia 7610 pulak Digi bagi voucher RM1000 + 400 duit aku. pas tu beli Nokia 3250 RM1550 dan last sekali N73 RM1500 tahun 2007.

  4. baru nak try guna iphone 4s ….apa pun iphone 4s yg terbaik….sebab harga jer mereka bertukar ke peranti lain….

    • yup. kat malaysia, x semua orang mampu beli phone mahal2.
      syukur ada altenatif smartphone yg murah spt samsung, sony dll.
      thanks to them, rakyat x perlu buat kerja2 x berfaedah untuk beli phone mahal2.

      nampak x disitu? masing2 ada pro & contra. :)

      kadang2, kesederhanan itu perlu. peace.

    • kelebihan apple ni sbb model utk setiap product line dia x byk.tambahan pulak brand tu dah dianggap brand premium.sbb tu dia mampu kekalkan harga yg tggi walaupun secondhand.

      berdasarkan pengalaman aq guna 4s & s3 ni,
      dari segi usability,iOS mmg fluid,user friendly,nmpk kemas,tp function masih agak terhad walaupun dah jailbreak & tweak.bg aq,aq lebih suka s3.lebih byk function bleh guna.klu ada org kata s3 lag tu mungkin sbb diorang bukak apps byk2,pastu x close & biar sebagai background process.RAM jd penuh,sbb tu lag.s3 ni bleh install custom ROM yg dah di’tweak’.default video player je pun dah sedia virtual surround 7.1.layan movie kat s3 ni pun puas hati.lebih2 lg layan yg 1080p punya….klu setakat nak dpt download premium apps free cam jailbroken apple tu,android pun ada gak.camera s3 pun bleh tahan lajunye.kurang la sket masalah gambar blur sb tergoyang.cuma klu low light,camera apple lg cantek…

      apa2 pun,beli la smartphone apa pun.yg penting mesti explore habis2.baru r x rugi beli….klu beli tp x reti nak guna pun susah jgk…

    • aku berhajat nak sambar one x ni… kamera die ok x? bateri?

      • Build quality mmg one x jauh meninggalkan s3 dan nexus. mcm langit dgn bumi.

      • setuju..one x mmg berkualiti..tp htc suke gile update android hp dia lmbt2..aku
        pnye Desire HD
        dah tersadai sbb takle update to ics official..
        mula3 ckp bole update..last3 hampehh..
        aku tkt one x ni takle upgrade jellybean je ti..haha
        serious customer support htc kureng sikit berbanding pengeluar lain ;(

  5. komen la apa pn samsung tu plastik ke apa ke…komen anda xkan stop perkembangan samsung pn…sgala kutukan anda xkan mengurangkan kehebatan samsung android…duk geram situ la hgpa…hahaha….bw bsabar yea…;-)

  6. Ala pakai la apa yg korg selesa. Xyah la nak fanatik dgn os sendiri n kutuk os lain. Xde pekdah pun… Bukannya android/apple bayar pun….

  7. nama pon smart phone.. asalkan anda semua menggunakan phone tersebut dan memudahkan hidup anda. tapi ada yg pakai smartphone tapi usernya tak smart. tau sms dan call….amik gambar…alahai..baik tak payah… beli je la nokia 3310 ..kekeke

    • Nie pebndingan di malaysia ja bro.. hrga seketul iphone pun pling kurg rm2199.. android phone rm299 dah boleh dpat.so mmg user plg ramai dpat kt android la..

      • nak tanya jugak kenapa apple xkuarkan telefon bimbit mampu milik cam samsung? rasanya bleh je bersaing secara sihat kan? rasanya apple akan dapat untung banyak jugak kot??

        • telefon mampu milik maksudnya spesifikasi kena rendah. barang-barang spesifikasi rendah bukan kesukaan Apple. Hal ini terbukti masa diorang lancarkan iPad. Diorang rasa netbook tu tak bagus mana. Semua spesifikasi netbook dah diturunkan sebab nak mampu milik. tu sebab apple tak kuarkan telefon bimbit mampu milik. sebab tidak bagus bagi pendapat diorang. dan pasal market share diorang tak kisah. sebab diorang tak pernah buat market research pun untuk product diorang.

          • Like seriously? Company besar sebegitu tidak menjalankan Market Research?
            Harapkan saja revenue tinggi, tapi benda basic sebegini pun tak dijalankan.

  8. atas cara penggunaan org tu sama ada dia suka ios atau android… nk kata org x mampu nk beli iphone sbb mahal pon x jugak… sbb galaxy s3 pon agak mahal… atas seseorg itu jika dia lebih selesa menggunakan android atau ios. x pyh la kita nk berdebat sbb benda ni xkan ada kesudahan sbb ke2-2nya sama hebat… asalkan korang ada duit itu adalah hak korang utk membuat keputusan…. org lain xdak hak utk mempertikaikan pilihan korang… asalkan korang jgn kacau duit org lain sudah…. peace…

  9. tak sangka jgk sony dok kt tempat ke 3 pengeluar… huhu. ingatkan htc atas lg..

  10. Memang la kedua2 jenama sama hebat tetapi sebaliknya berdiri diatas prinsip etika yang berbeza2…

    iOS bersikap mementingkan status/ego – tertutup, agak kedekut dalam melebarkan inovasi dan lambat berubah, sedangkan Android lebih bebas @ terbuka, tidak kedekut berkongsi inovasi dan pantas berubah secara global.

    • mcm ni:
      windows ada dalam Acer, Asus, Sony, HP, Dell, Fujitsu.
      Mac OSX just ada dalam Apple computer (macbook,iMac,MacPro).

      ni standard Apple. Dia buat software sendiri & buat hardware sendiri.
      Apple x nak software dia, run kat hardware lain.
      tapi software lain boleh run kat hardware dia.hehehe

  11. Dalam banyak2 Operating System, Linux Based (Anroid) antara operating system yang paling bagus untuk digunakan dalam pelbagai devices. Dan paling terbaik dalam membuat proxy. Sebab tu device mana yang menggunakan Android, secara tak langsung dapat meningkatkan sales dan marketing device tersebut. Dan akhirnya, Android akan digunakan oleh kebanyakkan pengguna berbanding Mac yang akan digunakan oleh golongan tertentu. Untuk iPhone saman samsung adalah tidak relevan, sebab iPhone hanyalah integration daripada Palm Computing OS iaitu PDA. Sebab tu Apple pernah discontinue dalam join venture dengan motorola.

Komen

Nama
Web