Sokongan tab merupakan salah satu perkara popular pada pelayar web seperti Firefox dan juga Chrome. Dan kini, anda turut sama boleh membawakan sokongan yang lebih kurang sama kepada Windows Explorer, sekaligus memudahkan anda menguruskan tetingkap pada sistem operasi Windows dengan lebih efisyen.

Sokongan tab ini dibawakan oleh aplikasi pihak ketiga, dinamakan sebagai Clover. Melaluinya, ia menambah sokongan tab seumpama pada Chrome pada setiap tetingkap Explorer di komputer anda, sekaligus membolehkan anda mengakses pelbagai perkara dengan mudah, tanpa perlu membuka beberapa tetingkap seperti sebelum ini.
Sokongan bookmark juga turut disertakan, membolehkan anda mengakses beberapa folder dengan lebih pantas, tanpa perlu melalui pelbagai klik dan sebagainya.
Namun, sokongan tab ini tidak menyokong sokongan drag-drop fail dari satu tab ke tab yang lain, mahupun sekiranya ingin memindahkan fail dan sebagainya. Untuk melaksanakannya, anda masih perlu menggunakan sokongan kekunci pintas, seperti CTRL+C dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba sesuatu yang baru pada Windows Explorer mereka, mungkin boleh mencuba Clover hari ini.
sempoi la macam ni
sebelum ni guna QTTabBar sebab function yang awesome, tapi clover ni style la pulak guna gaya chrome.
tp nape aku x leh donlod.. pelik plak
memang tak dapat nak download. Kenapa ye? any solution?
cnne mr.aman boleh download?
kenapa ler kan kena install 3rd party plugins untuk dapat fungsi tab ni kat windows file manager? Hmmm…pelik…sepatotnya fungsi ni biar ler ada sebagai default….
kat file manager linux distro seperti nautilus, dolphin, thunar, pcmanfm etc. semuanya ada fungsi tab, dah ada sebagai default….
payah gila nak download benda ni.. asyik error je