Cari @ Amanz

Nikon nampaknya akan menjadi syarikat kamera pertama yang akan menggunakan platform Android pada kamera mereka, dimana kini mereka telah pun memfailkan Coolpix S800 pada Indonesian Communication Agency. Ia dikatakan akan menggunakan Android 2.3 dengan sokongan mengakses aplikasi daripada Google Play Store.

Nikon Coolpix S800 ini juga dikatakan akan membawakan GPS dan WiFi terbina, serta skrin OLED 3.5-inci padanya. Spesifikasi lain untuknya masih tidak diketahui, dan mengikut laporan, ia disasarkan untuk pelancaran pada 22 Ogos ini.

Sekiranya benar ia akan berasaskan Android, maka mungkin ia turut sama akan memudahkan para pengguna menggunakan pelbagai ciri-ciri sosial, termasuk perkongsian ke Facebook, Twitter, malah Instagram terus daripada kamera.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd