READING MODE  
Informasi Teknologi Terkini

Dengan pembangunan CyanogenMod 9 yang telah pun berakhir, kini pembangunnya telah pun mula memfokuskan kepada versi seterusnya, dimana selain daripada versi Preview yang diperkenalkan sebelum ini, kini para pengguna beberapa peranti Android boleh menikmati CyanogenMod 10 Nightly yang dibawakan untuk beberapa peranti utama.

Buat masa ini, CyanogenMod 10 Nightly boleh didapati untuk peranti-peranti berikut;

  1. Samsung Galaxy Nexus
  2. Samsung Galaxy Nexus S
  3. Asus Nexus 7
  4. Samsung Galaxy S
  5. Samsung Galaxy S2
  6. Samsung Galaxy S3
  7. Asus Transformer Prime TF201
  8. Asus Transformer TF101
  9. LG Nitro HD/Optimus LTE
  10. Samsung Galaxy Tab 2 10.1
  11. Samsung Galaxy Tab 2 7.0

Mungkin dalam hari-hari akan datang, kita mungkin akan dapat melihat ia diperkenalkan kepada lebih banyak peranti, terutamanya peranti-peranti popular seperti Xperia S dan juga HTC One X. Buat masa ini, beberapa pembangun bebas sedia membawakan sokongan Cyanogen 10 tidak rasmi untuk beberapa peranti, membolehkan para pengguna menggunakan Android 4.1 Jelly Bean pada peranti Android mereka.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turunnya hari ini, dan jangan lupa berkongsi dengan kami bagaimanakah prestasinya pada peranti anda.

Terdapat 5 komen
    • aku rasa cyanogenmod yg bagaikan men’jenama’kan erti custom rom. tak pa tanya asal xsesat jalan.

      Thumb up 0 Thumb down 0

  1. Development of CM10 is very fast, the ONLY issue that hasn’t been fixed is ONLY HWComposer so doesn’t matter because it will be a stable build SOON enough. Can NOT wait!

    Thumb up 0 Thumb down 0

Komen

Nama
Web