Pada awal bulan ini, Samsung telah pun memperkenalkan Galaxy Note 10.1 kepada umum dengan harga jualan $499. Harga jualan di Malaysia masih tidak diketahui, namun, bagi anda yang ternanti akan peranti tersebut, pihak Samsung melalui halaman Facebook mereka mengatakan ia akan tiba di Malaysia berkemungkinan seawal bulan September ini.
Samsung Galaxy Note 10.1 dilihat memfokuskan kepada artis dan mereka yang mengambil nota dan melukis menggunakan tablet, dimana ia didatangkan bersama skrin bersaiz 10.1-inci, cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz, memori sebanyak 2GB RAM, kamera hadapan 1.9-megapixel, kamera belakang 5-megapixel, bateri 7,000mAh dan menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich padanya.
Seperti keluarga Galaxy Note sebelum ini, ia turut didatangkan bersama-sama dengan S-Pen, dan untuk memberikan sokongan yang lebih menarik, Galaxy Note 10.1 turut didatangkan bersama-sama dengan aplikasi Adobe Photoshop Touch secara percuma padanya.

Jadi, sekiranya ia dilancarkan pada bulan September kelak, adakah anda akan membelinya, ataupun menantikan Galaxy Note 2 dilancarkan di Malaysia?
Tunggu galaxy Note yang belum dijual tapi dah terjual 10 juta lol
bukan ade yg student edition price 200++ ? -.- still, if it’s not nexus ,it aint worth buyin
hm.. tengok je kot. nak beli tak tau guna kan ke tak
keluaran yang agak failed, terlalu cepat nak capture market.. produk tidak berkualiti. resolusi, bahaan buatan, semua nampak murah tapi harga mahal.
hebat review kau. org buat review ni biasanya org yg dah beli atau yg dah pakai dlm tempoh tertentu. tp kau buat review yg semberono. tu yg aku sgt kagum dgn review kau.
LOL saya juga agak kagum dengan kehebatan Izzat Aziz.
Bagi saya, cepat utk capture market itulah satu kelebihan Samsung.
Barulah orang akan tahu/buat pilihan mengenai produk yang akan dibeli.
I second you…lol
tak perlu guna, kalau berlambak review kat internet dan semua complaint benda sama.
Critics review and User’s review are 2 DIFFERENT things. When it is available on the market, be a dear and go review the product YOURSELF. Feel it in your hands not by simply reading such reviews on the internet. You make me LOLzz.
pd pandangan aku (mengikut function yg telah diberitahu), kalau ikut function mcm ni, kurang sesuai utk golongan bisnes atau korporat.
*kurang sesuai utk student dan org awam, tapi sesuai utk golongan bisnes atau korporat
mungkin menarik utk bloger tegar kot.. tpi rasa2 mcm sesuai sangat buat ganti notebook 1 malaysia utk anak2 sekolah..
Agak menarik.
Tak pasti nak angkat yang ini atau Note 2.
Mungkin perlu buat pembandingan dan juga kesesuaian dengan diri
Aq da pakai note ni.. Sungguh kagum.. Kpd izzat aziz muke ko layak pakai hp jamban sbb sesungguhnye ko bkn shj buta IT tp jgk buta marketing basic.. U r embarassing urself!!