Cari @ Amanz

Dalam banyak-banyak pengeluar peranti mudah-alih, HTC merupakan antara yang senyapkan diri sejak memperkenalkan tablet HTC Flyer mereka. Setelah sekian lama tanpa berita, kini kelihatan mereka bakal kembali bersama-sama tablet terbaru mereka bersaiz sekitar 10-inci.

Buat masa ini, informasi lanjut berkaitan dengan tablet ini tidak diketahui lagi. Namun, dari segi penggunaan butang kamera, boleh dikatakan ia menjalankan Android. Namun, masih tidak mustahil ia menjalankan Windows 8 ataupun sebarang platform lain.

Jadi, apakah komen anda berkaitan gambar tablet terbaru daripada HTC ini?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd