Cari @ Amanz

Bagi mereka yang ingin membeli barangan runcit, salah satu masalah yang sering dihadapi semestinya adalah tiada tempat rujukan untuk harga barangan semasa. Perkara ini cuba diatasi oleh beberapa pembangun tempatan, dengan memperkenalkan sebuah aplikasi berasaskan web dinamakan sebagai GogoPrice.

Aplikasi GogoPrice ini dioptimasikan sepenuhnya untuk penggunaan pada peranti mudah-alih. Namun, memandangkan ia adalah berdasarkan platform web, maka anda tetap boleh mengaksesnya menggunakan desktop, walaupun antaramukanya tidak dioptimasikan untuk paparan desktop.

Daripada ujian ringkas kami, aplikasi GogoPrice memaparkan harga untuk barangan runcit utama, sekaligus memudahkan anda melakukan rujukan dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pihak pembangunnya tidak berkongsi akan maklumat berkaitan dari manakah mereka merujuk kepada harga barangan semasa untuk dipaparkan kepada umum.

Bagi anda yang ingin mengujinya sendiri, boleh layari laman GogoPrice hari ini, dan menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd