Cari @ Amanz

Nampaknya setelah sekian lama tiada sebarang informasi berkaitan dengan Google StreetView di Malaysia, ia dilihat yang mana halaman Wikipedia untuk Google Street View dikemaskini, dengan mengatakan ia akan didapati di Malaysia bermula 15 Februari 2013 kelak.

Daripada apa yang ditambah daripada halaman Wikipedia tersebut, ia kelihatan yang mana Street View di Malaysia akan menyokong hanya beberapa lokasi sebagai permulaan disekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru, KLIA dan juga Putrajaya. Berkemungkinan kita akan dapat melihat kawasan-kawasan bersejarah dan utama difokuskan terlebih dahulu ketika pelancarannya kelak.

Walaubagaimanapun, kesahihan perkara ini masih tidak diketahui, memandangkan sesiapa sahaja boleh menambah dan mengubah data dan info di Wikipedia. Namun, semestinya pengenalan StreetView di Malaysia merupakan salah satu perkara yang dinantikan ramai pengguna tempatan, mahupun antarabangsa. Sama-sama kita nantikannya.

Terima kasih Amir Afiq.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd