Bagi para pengguna yang mengikuti perkembangan internet tempatan, mungkin sedia maklum akan berkenaan dengan Internet BlackOut Day ataupun Hari Internet BlackOut yang diadakan hari ini, anjuran beberapa badan bebas dalam membantah akta baru yang mengancam kebebasan berinternet di Malaysia.

Jadi, Apakah itu Seksyen 114A?
Seksyen 114 A, “Andaian Fakta dalam Penerbitan”, merupakan pindaan terbaru terhadap Akta Keterangan 1950. Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini belum diwartakan lagi.
Seksyen 114 A, yang boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.
Apakah tujuan asal pindaan ini diperkenalkan?
Tujuan asal pindaan ini adalah untuk mengenal pasti individu yang bertanggungjawab ke atas penyiaran dan penyebaran bahan berunsur hasutan di internet.
Bagi pihak berkuasa, proses menjejaki dan mengenal pasti individu yang terlibat dalam penyiaran atau penyebaran bahan berunsur hasutan di internet merupakan sesuatu yang sukar. Individu tersebut dengan mudah mengambil kesempatan menyembunyikan identiti mereka di internet kerana kesukaran pihak berkuasa mengawal internet yang luas dan terbuka. Penyembunyian identiti juga menggalakkan rakyat menyatakan pendapat tanpa rasa takut kepada mana-mana pihak. Selain itu, oleh sebab maklumat mudah berpindah dari satu pihak ke pihak yang lain, pihak berkuasa mengalami kesukaran untuk mengesan individu asal yang bertanggungjawab menyebarkan maklumat tersebut.
Apakah kekurangan yang ada pada Seksyen 114A?
Pindaan ini jelas mengandaikan kesalahan terletak pada individu yang identitinya diguna pakai dalam penyiaran atau penyebaran maklumat berbentuk hasutan tanpa mengambil kira faktor seperti kecurian identiti dan penggodaman komputer. Kesalahan juga terletak pada pihak yang menyediakan ruangan komen pada blog, forum dan pengendali laman web walaupun maklumat tersebut disiarkan oleh pihak lain.
Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa. Pindaan ini juga bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan seseorang tidak bersalah selagi kesalahannya tidak dibuktikan.
Selain itu, undang-undang yang diperkenalkan ini tidak akan dapat memerangi jenayah siber dengan berkesan kerana pindaan ini secara tidak langsung melindungi penjenayah siber dengan meletakkan kesalahan ke atas mangsa mereka yang komputer atau akaun Facebook dan Twitternya digodam.
Apakah implikasi pindaan ini terhadap individu?
Pelaksanaan Seksyen 114 A mempunyai kesan yang luas terhadap setiap pengguna internet yang meliputi pelbagai platform seperti emel dan media sosial. Pindaan ini awal-awal lagi telah meletakkan kesalahan ke atas individu yang memiliki laman web atau peralatan yang mana kenyataan atau isi kandungan berunsur hasutan tersiar. Di bawah Seksyen 114 A, individu atau organisasi yang mengendali, menyelia atau menyediakan ruang untuk forum, blog atau perkhidmatan pengehosan web adalah bertanggungjawab terhadap segala kandungan yang terdapat dalam perkhidmatan terbabit. Mereka juga bertanggungjawab terhadap kandungan yang diterbitkan oleh pihak lain yang menyamar menggunakan identiti mereka di internet. Hasilnya, Seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.

Mengapa kebebasan bersuara di internet perlu dipertahankan?
Perkongsian maklumat yang bebas dan terbuka merupakan asas bagi sebuah sistem demokrasi yang kukuh. Hal ini memastikan rakyat sentiasa dibekalkan dengan maklumat yang tepat supaya mereka dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses demokrasi di negara ini. Internet yang mampu mempercepatkan proses penyampaian maklumat berkemampuan untuk melancarkan proses demokrasi. Justeru, rakyat perlu menggunakan hak bersuara mereka tidak kira dalam apa jua bentuk termasuk di internet. Suara rakyat perlu didengar. Oleh itu, jika Seksyen 114 A yang baru ini dilaksanakan, prinsip demokrasi serta kebebasan bersuara rakyat akan terjejas teruk.
Kandungan diterbitkan kembali dari laman #Stop114A
Ini akta zalim macam ISA, dakwa org sesuka hati. STOP 114A!!!
“Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu…”
Debat bukan budaya kita.
debat maksudnya kat sini, perlu dibincangkan kat parlimen….. mmg perlu dibahaskan jioka nak pinda sesuatu peraturan…. belajar undang2 dgn lebih mendalam cik marilah berbaik baik
It seems that your sarcasm meter is broken.
ni akta paling tidak adil aku pernah dengar…..
ni bukti hidup kerajaan bn dah x lama….
kalau contoh la org hina sultan guna akau fb dia buat di brazil cmna ekk???kalau dorang tak dapat tangkap pemilik akaun takan dorg nk tgkap mack zuckeberg???
Akta yang agak ingin memenuhi kepentingan peribadi sebelah pihak ni ..
Akta yang membuktikan Unit Media Baru gagal.
Pindaan terbaru ini meletakkan beban membuktikan kesalahan pada pihak yang dituduh dan bukannya pihak yang menuduh.
Sebagai contoh, jika seseorang menyamar sebagai anda dan melakukan kesalahan di internet, andalah yang bertanggungjawab untuk membuktikan bahawa anda tidak bersalah.
Undang-undang yang baru ini jelas bercanggah dengan prinsip asas keadilan yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan kesalahannya.
Malaysia, oh tanah airku, bumi yang kaya raya~ oooohhh~
Sebenarnya bagus juga akta ini dikuatkuasakan.
Nak tengok apakah yang terjadi kepada halaman berhaluan kiri dan berhaluan kanan, seterusnya rakyat boleh menilai keberkesanan akta ini *hint*papagomo*hint*
Sementara tu, excuse me, aku sedang menyebarkan KEJAHATAN dengan burung merpati. Kalau itu pun ada akta baru, aku guna burung kakak tua. Asalkan Fanny O’Rear tak gigit udah le, meow.
Lets take one points of BENEFIT yg boleh kita dapat dari akta ini ;
-Bagi memastikan rakyat marhaen lebih bertanggungjawab dalam memberi kritikan.
Tapi sedarkah anda bahawa, pembekal/penyedia wifi percuma juga tertakluk dalam Akta ini.
Jadi, dengan adanya menyebabkan penyedia wifi percuma merasakan bahawa ianya suatu beban apabila perlu bertanggungjawab dengan segala aktiviti pengguna wifi-nya.
Sudahlah berikan wifi percuma, kini terpaksa berhadapan dengan perintah mahkamah bagi membuktikan dirinya(penyedia) tidak bersalah.
Akta ini ada baiknya, tapi cara untuk melaksanakannya agak mencabar keadilan hak asasi manusia.
Analogi yang termudah, sebarkan mesej berbentuk anti-kerajaan menggunakan talian yang di-hack dari kediaman PM sendiri.
lol,bkn akta ni cam double edge sword ke…cmtu lagi senang la kite nk frame mane2 politician ke….mmg rmai xpuas ati nnti,mmg rmai la yg hack yg frame menteri2 or politician2 or whoever je la,kn ke merepek mnde ni,lagi membahyekan org tername sbb dorg lagi senang kene expose..hahaa…
http://www.sufferedge.com is also in blackout to support Internet Freedom in Malaysia!
Bukan pindaan ni dah berkuat kuasa pada 31 Julai?
bantah-bantah…akta mengarut je ni
Kalau Akta ni diluluskan,konpom aku pangkah PR walaupun aku sangat benci PR!
Gilo ko nak sekat kebebasan internet!
Macam mana diorang kaji akta ni, dah jelas-jelas berat sebelah
saya juga tidak bersetuju !
ada sebahagian yang saya x setuju dengan akta ini
Kita akan terus lawan untuk pastikan akta ini tidak dilaksanakan.Lawan tetap lawan.Membujur lalu melintang patah…
Pingback: Hentikan Seksyen 114A Akta Keterangan Pindaan 2012 #Stop114A | OHBULAN!
report this to Reporters Without Borders; For Freedom Of Information. They support freedom of speech in a world of information technology. they can be reached by applying e-mail to asie@rsf.org. Let’s spread the word and help the people of Malaysia in achieving freedom of expression in the world of information technology.
politikus yang pelik. haihhhh menyekat kebebasan. apa pun tak boleh! >.<
hiks sejak bila menteri suka main tikus.. errr konfirm tak puasa kan. kehkeh
AKTA MEREPEK! KAMI BANTAH 114A!!
komen komen kutu, penuh.
be professional, bantah cara professional. jangan nampakkan kita macam desperate, dan gunakan ayat2 keras.
Jika ada saluran yang profesional dan berkesan, sila nyatakan.
I’m all ears.
Yeah, jika ada lagi sumber yang lebih PROFESIONAL, sila lampirkan bersama.
Saya suka membaca
Saya juga nak tahu.
Demi kemaslahatan kita semua juga.
bantahh sekeras kerasnya!!
things like this created “Anonymous” for 114 A trying to do this.. don’t make another mistake.. Anonymous will not overlook this..
baik tangkap pencipta internet. semua nak kawal. kapitalis dalam hartanah, barang mentah, dan gajet tak nak pulak kawal yang sah2 menzalimi kuasa pembelian orang miskin. nak bagi air percuma pun tak pernah diusahakan. dah kalah pilihanraya majoriti 2/3 baru nak buat macam2. perangai kepimpinan parti pemerintah ni tak sudah2 jumud.
mmg camtu lah.. takut dgn byg2 sendiri.. gila kuasa etc
APA PUNYA UNDANG2 LA KAU GUBAL NI POLITIKUS2..SUMA NAK KENYANGKAN PERUT MEMASING JE..PUIIII !!! TAKPE..ADA CARA NAK AJAR KORANG..PUIII !!!
bg aku org yg slalu buat fitnah kat blog o facebook n ada akaun palsu je yg akan mengelabah dengan akta ni..maklumlah zaman sekarang buat fitnah pun boleh buat duit n jadi satu pekerjaan….
Masaalahnya sekarang akan jadi beban untuk org yang xnak buat fitnah..let say aku buat fitnah guna nama kau..aku create fake acc atas nama kau..then aku sebar fitnah, ko la yang kena cekup nanti. then kau sendiri yang kena buktikan yang kau x bersalah..Ada faham dak?. sebab tu ramai bantah.
You’ve totally missed the whole point.
Kena batang hidung sendiri baru rasakan. Kalau tak wifi kamu, wifi ayah kamu atau wifi adik beradik kamu yang jadi ‘harbour’. Tak pasal-pasal nak kena turun naik court untuk membuktikan tidak bersalah.
Good luck.
Kamu nie tak faham asas keadilan. Contoh bila aku tuduh kamu curi barang aku maka aku kena buktikan dahulu yang barang itu milik aku dan selepas itu baru kamu buktikan yang barang itu memang milik kamu. Sekarang ini sudah terbalik, orang yang dituduh kena buktikan dahulu yang dia tidak bersalah!
good point bro
+1000
setuju bersyarat …
pas nie leh bercakap pasal katak pisang jer laaa….katak pisang lahir bulan berapa , lmbu beranak 3 , ada antu depan umah …fakta , ilmiah , perkongsian pemikiran x leh masuk dah….bertambah bodo laaa jadinyer manusia itewwwwww
Pingback: #Stop114A « # cd /home/MakLaN/
Aku sokong 100% akta ini diluluskan.. Tukang Fitnah … tukang Hasut … akn pikir 100 kali . Terbaikkk … yg salah tetap salah .. yg x salah kenapa perlu TAKUT ??? Tolong cakap .. ada siapa2 yg teraniaya setakat ini.. kalau setakat bercakap tanpa fakta kukuh .. lebih baik diam.
Adakah seksyen ini mengancam kebebasan bersuara di internet, serta mengancam prinsip asas keadilan, demokrasi dan hak asasi manusia.??? kecuali mereka2 yg sering putar alam.. fitnah dan hasut…
Seorang budak kurang asam menggunakan komputer atau laptop anda. Menyebarkan cerita yang kurang asam/fitnah/berita politik yg kontroversional/teguran umum/hasutan dan lain-lain.
Yang kena anda. Itu masalahnya, bersalah sebelum dibuktikan bersalah!
Mungkin Izzamil baru je terjumpa binatang yang bernama Internet.
troll.
kah kah, mgkn dia kehidupan dia xbcampor dengan orang kot.
tak bace abis ke?
kalau org aniaya ko atau family ko, mcm mana? org hack akaun emel, fb ko… antar ape2 hasutan….. mcm mana?
ko ni budak sekolah ke? klau sekolah xabis lagi, jgn nk suka ati tulis pendapat kat sini
hang tunggulaa bila kena kat batang hidong hang sendiri….hang tak sebar fitnah, tp orang lain ‘tolong sebarkan fitnah utk hang…time tu baru hang tau tinggi rendah akai hang…..
apekah?aku tak setuju.the point=>
Pelaksanaan pindaan baru ini boleh mengakibatkan pihak yang tidak terlibat menjadi mangsa.
kang satu hal pulak nk kaji tu kaji ni.
Grafik Malaya – http://grafik.my/ menyokong pembantahan Seksyen 114a. Bagaimana blog korang? Spread the words!
Akta ini menunjukkan Kerajaan/Pembangkang 2×5 tak peduli pasal kita. Jika ia dibentangkan tanpa debat, FIKIR kembali, di mana pembangkang ketika itu? Kenapa mereka tak LAWAN?
Mungkin yang komen-komen dan emo pasal akta ni patut selak kembali episod 2-3 bulan lepas apabila akta ni dibentangkan.
“Pindaan tersebut yang diluluskan Dewan Rakyat tanpa didebatkan terlebih dahulu pada 18 April 2012 dan melalui Dewan Negara pada 9 Mei 2012. Pindaan ini belum diwartakan lagi.”
Apa ko dah lupa ada satu hari, Dewan Rakyat bersidang sampai 3 pagi? Ketika itu kerajaan membawa segala macam cadangan pindaan undang-undang untuk diluluskan dengan kadar segera.
Jika encik speedrider seorang Umno, sila ketahui bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan YB Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga membantah Seksyen 114A ini.
Sebab tak lupa aku tulis begitu. Baca balik persoalan aku. Di mana bangkangan ketika itu?
Put ourselves into the shoe of ahli-ahli Dewan Rakyat yang kena
stay up sampai 3 pagi nak bahas semua pindaan undang-undang
dalam 1 malam. Kalau aku, dah penat dan fokus pun dah lari,
tak larat nak berbahas dah.
Manakala kalau wakil pembangkang, kita tahu tentang perangai
lazim mereka. Perbahasan berat sebelah, berduyun-duyun keluar
dewan. Aku pun menyampah jugak perangai dorang yang tu.
Selain tu, geng pembangkang juga dah terbiasa jadi mangsa
undang-undang yang berat sebelah. Lokap dan penjara dah jadi
tempat lazim. Jadi mereka ni dah tak kisah dengan Seksyen 114A
ni.
Mereka yang mula menggerakkan kempen anti-114A ni, terdiri dari
golongan peguam & pejuang hak asasi, bila mereka baru tersedar
kesan buruk yang akan dihadapi. Kemudian baru pembangkang
mulakan kempen mereka sekarang.
kempen mereka, setelah didesak oleh
setelah didesak oleh?
habiskan bro. tq
Wahai SpeedRider yg dikasihi, mohon anda tidak SpeedReading.
First of all, tahukah anda bagaimana sistem berpalimen di Malaysia?
Saya beranggapan bahawa saudara tidak tahu langsung mengenainya.
Disini, sudah menjadi tugas saya sebagai Captain Obvious memberitahu saudara bahawasanya sistem berparlimen di Malaysia mengamalkan sistem sebulat suara, atau amnya diketahui sebagai Majoriti.
Jika anda masih kabur lagi, elok rasanya saya berikan sedikit contoh mudah agar saudara memahaminya.
Misalnya disini, jika ketika itu terdapat 9 orang ahli parlimen.
5 daripadanya adalah komponen kerajaan, 4 pula merupakan pembangkang.
Jika 5 orang bersetuju agar akta ini dilaksanakan, maka suara minoriti akan ditolak.
Diharapkan agar anda memahami, pihak pembangkang sudah berusaha utk menolak akta ini, namun mereka dipihak minoriti. Sekian
@Daus,
“Jika encik speedrider seorang Umno, sila ketahui bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah dan YB Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar juga membantah Seksyen 114A ini.”
Yang ni memang sungguh epic win! Speedrider tak ada modal selain daripada dragging discussion, kesian.
Focus to what matters. la Speedrider, tak perlu kiasu sangat.
baca abis dulu br komen, akta ni terus diluluskan tnpa berbincang la
LAWAN? Ingat parlimen macam main DOTA ke?
Kalau majoriti MP BN sokong, ingat majoriti MP pembangkang boleh tentukan keputusan ke?
LULZ
+1 berapa kerat la pembangkang dalam parlimen tu. ekeke
tak setuju sepenuhnya pada akta ini kerana pihak yang “pandai celik IT” akan memperdajalkan “orang yang tak bersalah”. Contohnya mcm ini. Katakan sekolah ada website or blog mereka sekali yang ada letak ruangan komen or chat box. Tiba-tiba ada visitor yang suka-suka letak komen yang berbaur hasutan or provokasi terhadap keselamatan negara dan admin terlepas pandang dan kena lapor kat pihak berkuasa. kan dah kena naya orang yang tak bersalah tu?
We stiil have stupid leadership and babarian law.. we must change them if they dont change!! Blackout…
sangat x setuju, mane kebebasan sebagai rakyat untk bersuara. bodo punye akta..
aku tak kisah le dipoltikkan, tapi main sesah dulu sebelum ianya dibuktikan. kan menganiaya org. buat akta berdasarkan AL-QURAN lah. akta dunia, berdasarkan AKTA ALLAH. lebih adil, tak menganiaya org. dunia inernet terlalu luas yg kita sendiri tak pernah terfikir.
ada cadangan akta yang menurut al-Quran? menarik juga
apa hukuman bagi pesalah bawah seksyen 114A ni kalau pindaan ni lulus?
macam ada pihak yang terdesak jer?
jom bantah!
Amboi.. Akta yang agak cenderung kepada Akta Ikut.Suka.Aku
Setuju jika situasinya adalah win-win tapi sayang, nampaknya situasi adalah win-lose.
Apesal yang gabra sangat nak sekat2 ni?
Banyak lagi perkara yang afdhal dan baik untuk dilaksanakan
Utamakan yang lebih penting dari yang penting.
Cuba tangani masalah yang kian membiak dikalangan masyarakat kita. Cuba cari penyelesaian Megapakah kadar jenayah meningkat, masalah sosial makin kritikal (seperti zina, buang bayi, ragut, rompak, bunuh dsb) keruntuhan moral & akhlak, barang mahal, harga naik, internet mahal, download disekat dll. Masalah yang sedia ada masih lagi belum selesai. Mengapa perlu menambah masalah?
Kejayaan tidak dapat dicapai andai kebebasan disekat.
Islam tidak menghalang kebebasan selagi ia berlandaskan syariat dan tidak melampau.
Nabi Muhammad saw bersabda: “Sebaik2 perkara adalah pertengahan”
Pingback: Kempen Bantah Seksyen 114A #Stop114A
Pingback: Segalanya Berkaitan Hari Internet Blackout #Stop114A « Genius Mukmin
jgn berhenti setakat like di fb & marah2 di sini shj, mari kita boikot kerajaan yang gubal aktar ni di PRU13!!!!!
Pingback: Akta 114A Komuniti Internet Bantah
siapa pula yang bagi cadangan akta ni mmg benci internet
dgn akta begini terbukti kerajaan malaysia lebih teruk dari zimbabwe..
kalau macam ni aku rasa papagomo paling kena dulu dakwa dgn akta ni…
…but as usual, Papagomo terselamat.
Faham-faham je la…
Pingback: » Blog Archive » Hidupku dan Akta 114A.
100 % bantah…akta bagi menjatuhkan pemerintahan BN di bumi Malaysia.
Pingback: Hentikan Seksyen 114A Akta Keterangan Pindaan 2012 #Stop114A | Blog | LelakiGhairah.com
agak² kalau ade orang hack wifi menteri sana tuduh situ, situ tudah yang itu..diaorg semua kena tangkap tak?ker kebal?
mestilah xtangkap.. apa jenayah pun lepas.. hakk
tidak adil kita mudah teraniaya macam ni
Semoga tidak jadi diberlakukan..
makhluk mana yang usulkan akta ni ?
peminat-peminat internet sekelian, aparahhh…..akta baru itu baru diujudkan….anda semua dah melatah, melatah sana, melatah sini, cuba rilex, rilex, rilex…..tarik nafas…….saya nak tanya, anda memandu kereta atau menunggang mtosikal ada lesen tak?, cukai jalan hidup tak?…….jadi, kalau positif, anda nak takut apa walaupun ada road block…..begitu jua akta 114A,,,NAK TAKUT APA KALAU TAK BUAT SALAH….semangat beb.semangat malaysia.