READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Pada awal bulan Ogos 2012, Maxis telah pun menambah sebuah pelan pascabayar baru kepada tawaran mereka, iaitu TalkMore 48, yang mana memberikan penjimatan yang lebih baik kepada para pengguna, selain menawarkan kadar bayaran bulanan yang berpatutan kepada semua.

Seperti pada nama pelan yang diperkenalkan, TalkMore48 memperkenalkan pelan pascabayar dengan komitmen bulanan sebanyak RM48 sebulan, dimana melaluinya, anda akan mendapat panggilan percuma selama 400 minit dan juga 200 SMS ke semua talian di Malaysia.

Maxis sendiri mengatakan perkara ini membawakan kepada nilai menyeluruh sebanyak RM75, tetapi mereka tawarkannya kepada para pengguna pada harga hanya RM48 sebulan.

Bagi anda yang menggunakan lebih daripada itu, Maxis mengenakan caj panggilan dan SMS hanya 10 sen ke Maxis (15 sen ke talian lain). Namun, sekiranya penggunaan anda melangkaui RM110, semua panggilan suara dan SMS ke Maxis akan didiskaun kepada 5 sen per minit / 5 sen per SMS.

Sekiranya anda berminat untuk menggunakan talian pascabayar, mungkin anda boleh merujuk kepada halaman rasmi Maxis TalkMore48 hari ini, dan mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya hari ini.

Advertorial daripada pihak Maxis.

Terdapat 8 komen
Komen Popular
  1. amek je value plus internet 80. tp internet 500mb je la + 300 talk+sms..
    aku amek yg 50 sebulan tp 250mb je, tupun x abis pkai walaupn online 24/7 dgn syarat no youtube. haha

    yg aku suke internet maxis ni mmg pantas trmasuk di luar bandar2 besar. x macam celcom or digi. apatah lagi u mobile.

  2. Same here, just buat untuk letak dalam tablet.
    Seriously ini lebih murah, tapi cons dia…
    Just untuk siapa stay di bandar-bandar.
    Kalau pedalaman sikit, slow lah dia.

Keseluruhan Komen
  1. ada kontrak atau x?

    btw, masih mencari pelan terbaik untuk data.

  2. klau nak data, kne langgan asing2. kalau nak yg ade data skali amekla value plus internet.

  3. tengah berkira2 nak switch ke plan ni …. tapi problem sebab subscribe data asing …. tak termasuk sekali …

    let say subscribe rm48 plan ni, untuk 1gb kena bayar lagi rm48 … total rm96 … tax, value extra bla bla bla still jadi rm100++

    • amek je value plus internet 80. tp internet 500mb je la + 300 talk+sms..
      aku amek yg 50 sebulan tp 250mb je, tupun x abis pkai walaupn online 24/7 dgn syarat no youtube. haha

      yg aku suke internet maxis ni mmg pantas trmasuk di luar bandar2 besar. x macam celcom or digi. apatah lagi u mobile.

      • sy pakai umobile rm28/month -.- speed 4mbps quota 500 mb. 28 ringgit dude -.-

        • Same here, just buat untuk letak dalam tablet.
          Seriously ini lebih murah, tapi cons dia…
          Just untuk siapa stay di bandar-bandar.
          Kalau pedalaman sikit, slow lah dia.

  4. 400 minit tuh 6 jam lebey jek, sehari cakap dh abis dah.
    pastu kalo lebey limit dh kena kadar len.
    bek guna youth club flat rate huhu.

Komen

Nama
Web