Cari @ Amanz

Untuk fail berformat JPG, terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan anda mengurangkan saiz gambarnya, termasuk salah satunya yang berasaskan web, dipanggil JPEGMini. Jadi, bagaimana pula untuk fail berformat PNG? Untuknya, salah satu perisian yang mungkin anda boleh cuba adalah PNGGauntlet.

Memandangkan kebanyakkan fail gambar resolusi tinggi didatangkan dalam format PNG, aplikasi ini salah satu aplikasi yang amat berguna, apatah lagi membolehkan anda mengoptiimasikan sesuatu gambar untuk digunakan pada web, dan pada masa yang sama jimatkan penggunaan bandwith dan sebagainya.

Daripada apa yang diuji oleh kami, ia membolehkan anda mengoptimasikan sehingga 50%, tanpa kehilangan sebarang kualiti pada gambar. Namun, ia mengambil sedikit masa untuk melakukan pengoptimasian, bergantung kepada bilangan dan saiz gambar sedia ada anda. Menariknya, untuk mendapatkan pengoptimasian yang lebih baik, pengguna boleh mengawal pada bahagian tetapan aplikasi berkenaan.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun PNGGauntlet ini secara percuma untuk Windows, dan mula menggunakannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd