Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, Nikon hanya mengumumkan kamera Android yang menjalankan versi 2.3 sahaja, kini Samsung bergerak selangkah ke hadapan dengan memperkenalkan kamera Android mereka, menjalankan Android 4.1 Jelly Bean padanya, serta didatangkan dengan sensor 16-megapixel.

Dan bertambah menarik lagi, kamera yang diberikan nama Galaxy Camera ini turut sama didatangkan dalam variasi WiFi dan juga 3G/4G, membolehkan anda memasukkan kad-SIM padanya. Sokongan GPS dan kebolehan mengakses Google Play Store seperti kebanyakkan peranti Android yang lain turut didatangkan padanya.

Disamping itu, fungsi-fungsi khas kamera, seperti beberapa pilihan mode dan lain-lain turut didatangkan bersama-sama dengannya, membolehkan anda merakam, membuat pengeditan dan memuat-naik ke internet dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Secara jujurnya, bagi kami, Galaxy Camera ini kelihatan lebih menarik berbanding kamera Nikon sebelum ini. Namun, salah satu perkara yang semestinya dinantikan oleh pengemar mereka yang suka merakamkan gambar adalah semestinya Lumia PureView daripada Nokia tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd