READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Samsung Galaxy Note 2 Diumumkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada August 30, 2012 oleh

Setelah Sony menghabiskan pengumuman beberapa peranti baru mereka pada IFA 2012, kini Samsung mengambil alih pentas utama – memulakan acara utama mereka dengan mengumumkan Samsung Galaxy Note 2 kepada umum.

Seperti gambar tertiris sebelum ini, Galaxy Note 2 sedikit besar berbanding generasi lepas, dimana membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.6GHz, memori sebanyak 2GB RAM, dijana menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, dan membawakan bateri dengan kapasiti sebesar 3,100mAh padanya. S-Pen juga turut sama dikemaskini, membawakan rekabentuk yang sedikit panjang dan tebal, serasi untuk dipegang dan dikendalikan.

Selain daripada spesifikasi yang dikemaskini, Galaxy Note 2 turut sama membawakan beberapa fungsi baru yang ditambah padanya, memberikan lebih fungsi menarik untuk digunakan bersama S-Pen.

Air View merupakan salah satu daripadanya, membolehkan anda melihat beberapa info dan paparan ringkas, tanpa perlu membuka sesuatu dokumen. Sebagai contoh, sekiranya anda letakkan S-Pen anda ke atas sesuatu album, ia akan memaparkan gambar-gambar didalamnya dalam bentuk preview. Perkara sama juga untuk kalendar, video dan sebagainya.

Screen Recorder turut sama disertakan, membolehkan anda merakamkan paparan skrin anda untuk dikongsi bersama yang lain dengan mudah. Ia mungkin amat berguna untuk para pelukis, membolehkan mereka merakam proses melukis sesuatu gambar dan sebagainya untuk dikongsikan bersama yang lain.

Beberapa fungsi seumpama Galaxy S3 turut didatangkan, iaitu Pop-Up Play. Selain itu, ia turut menyertakan fungsi yang dinamakan sebagai Best Faces, Photo Note dan banyak lagi.

Samsung mengatakan yang mana sebanyak 260 rakan kerjasama mereka di 128 negara akan melancarkannya dan menjualnnya bermula bulan Oktober kelak. Memandangkan Malaysia merupakan antara yang terawal menerima Galaxy S3 sebelum ini, kita mungkin boleh nantikan perkara sama untuk Galaxy Note 2 kelak.

Terdapat 36 komen
  1. adeii..samsung lajunya keluarkan model terbaru, galaxy note pun blum smpat beli dah keluarkan note II ..

    • “Zaman kini serba pantas
      Lambat sikit kita ‘kan dipintas
      Takkan nak sampai mimpi
      Baru nak kau pasti”

  2. galaxy s3 skrin besar= note 2 tapi kurang pixel density.. kamera still 8mp. Tnggu LG Optimus G.

  3. Cepat sungguh diaorang keluarkan model terbaru walhal s3 baru jer dipasaran. Tapi aku tabik spring kat note 2 kerana guna processor 1.6 Quad core. Confirm laju.

    • yg ni dia overclock je. tapi mmg kena super laju la sbb nk tampung penggunaan input S-Pen tu.

  4. Nampaknya samsung masih mahu mengekalkan S3 sebagai highend model hp mereka. Kalau skrin sebesar ini dengan dpi >300 memang tablet boleh dicampak ke dalam rumah. hanya manusia yang suka show off saja akan mengusung tablet mereka ke sana ke mari tapi note 2 ini ada dalam poket.

  5. bila tgk perbandingan note dgn note 2 dlm video takdela besar sgt..lbh kurang je..cuma panjang sikit.ok la tu msh boleh simpan dlm poket..

  6. Teknologi Samsung memang pantas, inovatif dan agresif berbanding Apple apalagilah Nokia dll. yang kurang minat mengejar pelanggan2 dari pelbagai peringkat kedudukan sosial…

    Tidak hairanlah Samsung mengatasi syarikat2 gadget yang lain sejak 2011 hingga kini….

    Samsung tetap tebaik dan banyak choices…….

  7. note aku panas tak tentu hala. pasal nipis sangat prosessor punya heat rasa kat phone. diorang dah settledownkan problem ni ke ? ke nanti sama je problem dia ?

  8. Sekarang aku rasa Galaxy Nexus aku ni mcm outdated je… 1.6 GHz quad core dgn 1.2 GHz dual core jauh beza tu… Haihhh cepatnye teknologi berubah.

  9. banyak fungsi2 menarik untuk galaxy note 2 ni…. apakah samsung da patenkan semua inovasi dalam note 2??? hehehe

    suka dengan teknologi best faces… siap boleh pilih gambar muka mana yang dimahukan… dan letak note dekat gambar…. boleh la tulis note kat gambar tu….

    apa apa pun mungkin akan jadi pilihan masa akan datang….

  10. Baru je main2 dan test – Samsung Galaxy S3, Galaxy Notes & Tab 7.7 dikedai pameran Samsung di LG1 – Setia City Mall, Setia Alam baru2 nie….Semua orang boleh cuba main2 produk Samsung dekat situ…memang best dan canggih giler …

    Tak sabar2 nak sambar je salah satu, kalau dapat kesemua lagi la power…he he he…

  11. Aku dah lama guna Note..memang best tak ade masalah pun..ni keluar pulak Note2..mau sambar juga le..

Komen

Nama
Web