READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Apple iPhone 5 Diumumkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada September 13, 2012 oleh

Akhirnya, seperti mana yang dinantikan ramai, hari ini Apple mengumumkan iPhone generasi baru mereka secara rasmi, dengan menggunakan nama iPhone 5 yang diura-urakan ramai sebelum ini. Rekabentuk yang dibawakan juga tidak jauh berbeza dengan gambar-gambar yang diperlihatkan sebelum ini.

Menurut Apple, ia dibina sepenuhnya menggunakan aluminium dan kaca (glass), serta Apple memasarkannya sebagai telefon pintar yang paling nipis dan ringan pernah dibina oleh mereka.

Dari segi perbandingan, ia lebih 18% nipis dan 20% ringan berbanding iPhone 4S. Ia turut menyertakan paparan skrin Retina padanya, membawakan kadar 326 PPI.

Seperti diura-urakan sebelum ini, ia membawakan skrin bersaiz 4-inci, dengan resolusi 1136×640 pixel, pada nisbah 16:9. Perkara ini sekaligus membolehkan sebanyak lima baris aplikasi diperlihatkan padanya. Apple juga mengatakan ia lebih selesa untuk dipegang dan dikendalikan oleh pengguna berbanding yang sebelumnya.

Bercakap mengenai sokongan wireless, iPhone 5 membawakan sokongan rangkaian yang pantas, dimana menyertakan HSPA+, DC-HSDPA dan juga LTE padanya. Untuk makluman, buat masa ini, Malaysia masih tidak menyokong LTE, dan mungkin pengguna tempatan perlu bergantung kepada HSPA+.

Dari segi cip pemprosesan pula, ia menyertakan cip pemprosesan A6, yang membawakan prestasi sebanyak 2 kali ganda berbanding A5 sebelum ini pada iPhone 4S.

Semestinya dengan tenaga pemprosesan yang tinggi, ramai akan tertanya mengenai jangka masa bertahan bateri. Daripada apa yang dikongsikan, masa bertahan bateri iPhone 5 adalah sekitar 225 jam, dimana boleh digunakan sehingga 8 jam untuk pelayaran menggunakan 3G/LTE, dan 10 jam untuk menonton video.

Untuk kamera pula ia turut dikemaskini, membawakan aperturef/2.4 dengan sensor sebesar 8-megapixel. Gambar yang dirakam pula kelak akan bersaiz 3264×2448 pixel padanya. Rakaman gambar berfungsi lebih 40% pantas berbanding sebelum ini. Sokongan rakaman panorama turut disertakan, membolehkan anda merakamkan gambar berkualiti sehingga 28-megapixel padanya.

Bercakap mengenai FaceTime pula, kini ia menyertakan sokongan panggilan HD, membolehkan anda membuat panggilan video dengan lebih stabil. FaceTime kini turut menyertakan sokongan merakamkan gambar ketika membuat panggilan. Selain daripada FaceTime, kualiti panggilan suara turut dipertingkatkan pada iPhone 5.

Untuk kabel penyambung ke komputer dan juga pengecas, ia diberikan nafas baru sejak diperkenalkan sebelum ini. Ia kini dinamakan Lightning, yang mana membawakan rekabentuk bersaiz 80% lebih kecil berbanding sebelumnya. Sebuah aksesori tambahan juga turut diumumkan, membolehkan penggunaan kabel sedia ada padanya.

Seperti kami kongsikan sebelum ini, iPhone 5 bakal dijana menggunakan iOS 6, yang menyertakan lebih 200 perkara baru bersama-sama dengannya. iPhone 5 ini bakal ditawarkan dalam dua variasi warna (seperti biasa), iaitu hitam dan putih.

Sebagai kesimpulan, iPhone 5 menyertakan beberapa perkara baru, termasuk cip pemprosesan A6 yang memberikan kuasa dua kali ganda berbanding iPhone 4S, paparan yang lebih besar, sokongan rangkaian LTE, kamera yang dinaik-taraf, penyambung dock yang lebih kecil, serta dijana menggunakan iOS 6.

Terdapat 84 komen
Komen Popular
  1. bukan pakar tp sebagai pengguna, kita bandingkan setiap produk dari spec hingga ke design dan harga sebelum beli..itu baru la pengguna bijak

    mungkin kat sini bro tnk tunjuk kehebatan tp kat luar sebaliknya right?just pendapat aku, bro :)

Keseluruhan Komen
    • Bercakap mengenai THE NEW iPAD.
      Teringkat suatu ketika dulu, semasa keynote The New iPad.
      Ramai iFag raging out, kerana Apple tidak lagi menggunakan nombor pada versi peranti mereka.

      Hinggakan ramai iFag mengaitkan bahawa nama The New iPad merupakan langkah bijak Apple.
      Sebab nya ialah? Variasi kereta CIVIC pun tak guna nombor pada akhiran namanya.

      Tup tup, sekarang ingatkan Apple gunakan istilah The New iPhone.
      Jika anda tidak percaya, lihatlah pada entri2 lepas dimana Amanz memaparkan keynote The New iPad.
      Lihat hujah mereka tentang penggunaan nama tersebut.

  1. Cun jgk spec dia… ;-) harap harga boleh rembat sebijik nanti… Btw camera iphone mmg best…

    Saiz phone 4inci dah sama saiz Samsung Galaxy S Advance

  2. Same old same old with the boring software looks. ONLY bigger screen, faster processor, better camera & LTE. Nothing mesmerizing. *YAWN*

  3. aku pelik. kenapa ramai sangat haters?
    & kebanyakannya langsung tak pernah try pun ios, sekadar baca blog/news saja.
    rajin2 lah lepak dengan member2 ifag yer. try guna idevice diorang.

    • Dah lepak ngan member ifag. iOS best kat ui yg smooth je.. apps banyak tapi bila takde internet enset duduk diam2 dalam poket.

    • Oi3. Ckp bebaik la skt bro. Ha3. Aku igt dr 10, at least 6 pki ios then komen. Aku slh sorg dpdnya. Aku pki ios n aku pki one x now. N i must say, until iphone 5 ni keluar pun, aku still xkecewa dgn pembelian one x ak:-D aku dh expect dh betapa xde bezanya dgn keluarkan b4 this.

    • Aku dah try selama 6 bulan. BOSAN dan MENYUSAHKAN!

      Walaupun Android tu laggy, biar lantak la asalkan nak switch on wifi function aku tak perlu banyak kali tap sana tap sini.

      • bro..biasanya dengar org ckp pengguna android pandai godek2 hp. takkan nak switch on wifi ip4s pun susah? guna jer intelliscreenX

    • Seriously? Dude, you HAVE to open your heart and know that this latest most-hyped iPhone 5 is nothing but some mere improvements which is NOT MAJOR. O_o one more thing is iOS looks is ALWAYS boring, even after the device is jailbroken. LOLzz. xD plus, 5 rows on the homescreen? Really? Such INNOVATION. B-)

      • lol..xperia x8 yg dah 3 thun pon boleh buat 4×5 drawer grid..resolution pon hvga je..

        ps;bende simple digembar gemburkn mcm bende gempak..ksian ifag.

    • comment dari pengguna android…

      “walaupun aku penguna tegar samsung tapi aku akui product apple memang ada class tersendiri terutama iphone nak2 lagi iphone terbaru i5 selain bahan material yang premium juga ios dia memang bagus dan run smoothly.. dan apple memang betul2 jaga quality & brand product diorang… selain hardware apple juga pakar dalam bidang software.

      berbeza dengan samsung walau secara spec bagus tapi material cheapstake dan update yang dijalankan macam tak best & ada kasta2 dia..dah tu samsung ni macam nak kuasai semua pasaran smartphone dan keluarkan bermacam2 model yang bagi aku dah macam xde nilai exclusive n premium,, seolah2 macam samsung ni nak hancurkan brand & product diorang sendiri dengan mengeluarkan perbagai macam gadget dalam 1 tahun tu aku tak tau dah berapa yang lahir..he3 sehingga di situ dah xde nilai premium.. tak caya cuba tgk setiap kali samsung buat tab or phone .selang beberapa bulan pasti ada gadget baru walhal spec lebih kurang jek hanya tambah sikit2 jek… dah tu sekali jatuh harga mmg teruk lah..

      beza dengan apple.. baru or 2nd ka tetap market stabil… dan develop2 apps & games pun banyak buat2 apps2 khusus buat apple…”

  4. Sangat2 tidak bersetuju dgn istilah retina display ni. apa yg hebat sangat tentang retina ni?? jom buat perbandingan.

    iPhone5
    - Resolution: 1136×640
    - Pixel density: ~326ppi

    Samsung Galaxy S3
    - Resolution: 1280×720
    - Pixel density: ~306ppi

    Nokia Lumia 920
    - Resolution: 1280×768
    - Pixel density: ~332ppi

    Nah! Siapa yg patut digelar retina disini? Ternyata iPhone5 banyak mengecewakan ifags. Kurang WOW factor dari Apple utk kali ini.

    • bro..aku tambah satu lagi device utk retina display

      Sony Xperia V
      - resolution: 1280×720
      -Pixel density: ~342 PPI PIXEL DENSITY

      and ade lagi 2,3 Sony Xperia yang guna pixel density lebih dari ~320 hehehe

    • Pada saya, Retina Display hanyalah sekadar HYPE dari Apple bagi melariskan jualannya.
      Peranti jenam lain tidak mendabik dada seperti Apple yang menggunakan ISTILAH tertentu bagi memangkin minat bakal pengguna.

      Inb4,kalau Sony Xperia S guna title bagi displaynya, sudah pasti ianya Retina+ Display.

      • Banyaknya fakta kat atas ni. :) Bangganya ramai betul yang celik disini.
        Selama beberapa minggu ini saya dah banyak kali melayari internet untuk membeli telefon pintar pertama saya. Ternyata kepadatan piksel bagi ‘display’ Sony antara yang memeranjatkan.

    • kesian kat droidfag. retina iPhone 4 tahun 2010 dah ada. Ni dah nak masuk hujung 2012 korang dok kepoh dengan retina. bikin malu droidfag je.

      • Hahaha terbaik bro.

        Retina tu just a term yg digunakan untuk memudahkan pengguna faham. Bandingkan kalau sebut Skrin Retina dengan Skrin berelosi tinggi melebihi 300dpi. 2-2 benda yang sama. Once lepas dari 300dpi, the difference is minimal kepada mata yang melihat.

        Semua yang komen ialah penge’hate’ iPhone dari awal lagi :) Walau apapun. So kalau aku decide nak beli iPhone. Satu komen kat atas ni pun takleh pakai. Haters still gonna be haters.

      • Why droidfags? LOLzz. The term “Retina” was made known by the Apple Inc not by Google’s Android. Apple said the word “Retina” like it is some superb advanced tech with full HYPE. Hehh. Open your eyes, deceiver. Open them. :)

      • sebab tu Apple ni sgt2 awesome. dari terms saja pun dah cukup gah.
        & banyak terms Apple telah diguna oleh company lain dengan sedikit tambahan. carik lah sendiri. keh3

  5. iphone 4/4s = 3.7 inci
    iphone 5 = 4.0 inci
    iphone 6 = 4.3 inci
    iphone 7 = 4.6 inci

    kadar pertambahan 0.3 inci setiap generasi

  6. Pro : Memberikan kepelbagaian pilihan smart phone kepada manusia sejagat.
    Con : Tak dapat memuaskan hati semua manusia sejagat.

    p/s: hehehe~ harap2 harga 4S turun mencanak lepas ni.. :D

  7. bila dah terlalu ramai pakar seperti komen diatas, …masing2 tunjuk kehebatan (kononnya). padahal smart phone ni kan memudahkan kita semua.

    • bukan pakar tp sebagai pengguna, kita bandingkan setiap produk dari spec hingga ke design dan harga sebelum beli..itu baru la pengguna bijak

      mungkin kat sini bro tnk tunjuk kehebatan tp kat luar sebaliknya right?just pendapat aku, bro :)

    • dulu aku android.. sekali pakai iphone ..peh… senang giler nak integrasi ngan mac book pro.. mmg best arr… ni confirm ada $$ …bakal samabr iphone 5

  8. minda terbuka seperti ini sangat bagus dan menyihatkan … teruskan … banyak info diperolehi.. orang yang tak kebal dengan komen duk diam2….

  9. hahahaha..kali ni ifags kena kaw. tapi kan rasa macam tak ramai je ifag kat sini. oh ya, bapak segala ifags adalah ohmedia. jom gi serang sana pulak. hahaha

  10. yang kecah² sgt pasal ip5 ni kenapa eak?ape yang hatters nak sgt WOWWW psl ip5 br u all diam?ops nama pon hatters so akan benci ape jua pasal apple. erm..oklah peningkatan dr sikit ke sikit. kalau apple design wowwww sangat, create hardware jauh kedepan..kang yang lain tak terrr kejarrrr sangat..

  11. wah..hebatnye ip5 ni..ad retina display, resolution besar..hd tu..port cable pon br..nme ligthning pulak gempak gile bai..scrin besar..4 inci tu..x pnah dpt besar dr 3.5 inci sejak iphone kua dlu2..

    inb4 apple=all

    #sarcasm

  12. ingatkan 20% lebih murah.hehe

    trend dulu.besar,kecik, kecik2 sampai hp leh letak kocek kecik dlm jean.
    trend sekanrg, besar,besar sampai dh nak jadi tablet lak.

  13. Apa2 hal pun iPhone5 ni memang boring habis…bentuk dan interface sama saja spt iPhone4S, tiada perubahan yang ketara langsung – cuma skrin tambah 0.5 inci dan jadi lah Apple iPhone5…
    Manakala specs iPhone5 tak boleh mengatasi Samsung galaxy s3 dan Galaxy Notes 2…

    iPhone5 – Lawak paling kelakar dibuat oleh Apple mengecewakan penantian para iFags sekelian…Sila baca :

    http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0914&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

  14. Richest company in the world with thousands of employees and all they thought of was a longer screen! Can tell Steve jobs is dead! Now we know why Apple sued Samsung! Because there phone will still embarrass this piece of shit when it’s turned off!

    Sorry Apple, but, Samsung GALAXY S III is way much better.

    Read more at http://www.latinospost.com/articles/4104/20120914/iphone-5-features-samsung-fans-comment-weigh-review-youtube-specs-video.htm#MFfPK78LJbwQgXZx.99

  15. aku dulu apple haters gak.. tp bila dah cuba aku rasa lain lak dgn android

    then bila pakai android blk rasa mcm x best & kekurangan

    bermaksud aku downgrade dr apple ke android

  16. tiada manusia yang sempurna. begitu juga, tiada produk yg hebat 100%.tetap ada kelebihan dan kekurangan. tapi, aku tetap menantikan iphone5! im waiting…hehe

  17. Masa terbaik untuk iFags membantu ekonomi Amerika yang sedang tenat ketika ini dengan membeli iPhone5…Setia terus sehidup semati bersama Apple dan Uncle-Sam kebanggaan mereka..

      • Memanglah betul – OS Android itu pun keluaran syarikat dari USA punya, tetapi fikirkan – OS Android adalah satu alternatif terbaik (platform gadget2 kepada barangan milik selain cengkaman USA, iaitu Korea Selatan) kepada iOS6 buatan Apple USA yang mengeluarkan iPhone5 dan iPad3.

        Senario ini tidaklah sama seperti hasilan produk2 monopoli seperti Googles, Microsoft (Windows/Office), Intel, Facebook, Asus, US Dollar, KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, dll. kerana tidak ada alternatif terbaik/setaraf daripada produk/syarikat lain meskipun daripada USA, yang mana oada realitinya seluruh penduduk didunia kini rela/terpaksa menggunakannya.

        Kesimpulannya kita ada alternatif / peluang lain : Untuk apa iOS jika ada Android, untuk apa Mac jika ada Windows, untuk apa Boeing jika ada Airbus, untuk apa Harley Davidson jika ada Honda/Ducati/BMW, untuk apa Mustang jika ada Ferrari, dll

        Dari segi etika : Kita selama2nya akan dicengkam dan dijajah oleh kuasa ekonomi USA jika kita dengan bangganya menyumbang kepada syarikat2 USA yang untungnya melampau2 tinggi itu sedangkan kita ada alternatif yang lain, kecuali jika terpaksa
        ….fikirkanlah fenomena “Innocent of Muslims” adalah satu bobrokan baru terhadap umat Islam hasil dari mainan yahudi yang berpusat di USA….

  18. Rupanya selama ni, Foxxcon, pengilang dan pembuat barang-barang elektronik China dalam diam telah menjadi pembuat untuk barangan Apple sejak iPhone model pertamadiperkenalkan oleh Steve Jobs.
    iPhone di bina di China kemudian di edarkan ke negara-negara lain disekitarnya seperti Taiwan, Korea, Jepun. 70 juta iPhone, 30 juta iPad dan 59 juta produk Apple lain telah dibuat di luar Amerika sejak produk-produk itu diperkenalkan kepada pengguna. Heran, walaupun di belakang cover iPhone tertulis ayat ‘Made In USA’ sebenarnya dalam rahsia Apple mengupah Foxxcon, sebuah kampeni China, untuk membina iPhone, ayat itu sepatutnya ditukar kepada ‘Made In China, Licensed In USA’. Kita terpedaya?

Komen

Nama
Web