READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Dengan pengumuman Belanjawan baru untuk tahun 2013, semestinya ramai yang menantikan apakah yang menguntungkan untuk industri IT, selain pengguna umum. Hari ini, Najib Razak mengumumkan yang mana kerajaan akan menyediakan sebanyak RM200 untuk pembelian telefon pintar baru oleh para belia.

Dana sejumlah RM300 juta diperuntukkan, yang mana akan membolehkan 1.5 juta remaja dan belia berumur antara 21 tahun hingga 30 tahun mendapatkan rebat sebanyak RM200 atas harga jualan telefon pintar.

Buat masa ini, bagaimanakah ia akan dilaksanakan masih tidak diketahui. Berkemungkinan ia akan dijayakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi tempatan, dan semestinya sebuah pelan khas akan disediakan untuknya untuk mengelakkan berlaku penipuan dan sebagainya.

Bagi membuka akses golongan muda kepada lebuhraya maklumat, satu pakej khas akan diperkenalkan oleh kerajaan melalui kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta syarikat telekomunikasi. Melalui pakej Komunikasi Belia, rebat RM200 akan diberi secara one-off bagi pembelian satu unit telefon mudah-alih pintar melalui pengedar rasmi. Ia terbuka kepada belia yang berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah.

Maklumat lanjut berkaitan perkara ini mungkin akan diumumkan dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Terdapat 110 komen
Komen Popular
  1. harap2 telco xsewenang2 naikkan harga smartphone br semata2 nk ambil kesempatan atas rebat yg kjaan bg, if telco tu yg akan claim rebat. xmustahil diorang bley dpt habuan dua2 belah pihak, kerajaan dan pengguna. up RM100 lebey, claim rebat kt kerajaan RM200. untung RM300.
    better biar rakyat yg claimkan kt kjaan rebat tu.

  2. salam… saya dah berjaya tebus rebet ni… senang je…
    saya kat jb tebus kat digi centre taman molek.. staff digi sana sangat mesra pelanggan… saya bawa fotocopy ic dengan slip rebat yang di print.. saya cuma bayar RM169 sahaja bagi handfon galaxy y… bagi siapa yang tak guna line digi pun boleh tebus di sana cuma perlu beli prepaid digi yang berharga RM8.50… sangat senang… harap semua belia dapat tebus rebet ni.. bukan semua kerajaan yang sanggup bagi rebat kepada para belia negara kita ni… janji cukup syarat…

Keseluruhan Komen
    • bagusla kerajaan nihhh…. bagus gileee…. dok bg duit jekkk… pas2 angkat satu jari…!!!! umum bajet pon mcm umum kuar bajet dr poket sendiri….

  1. harap2 telco xsewenang2 naikkan harga smartphone br semata2 nk ambil kesempatan atas rebat yg kjaan bg, if telco tu yg akan claim rebat. xmustahil diorang bley dpt habuan dua2 belah pihak, kerajaan dan pengguna. up RM100 lebey, claim rebat kt kerajaan RM200. untung RM300.
    better biar rakyat yg claimkan kt kjaan rebat tu.

    • phone maybe tak naik harga, but harga will not turun for a quite some time. imagine Galaxy S3 harga RM2k+ will stay at that price for a year.

  2. Ianya menggunakan baucer dimana hanya individu yg berkelayakan yang boleh memohon walaupun berumur 21-30. Ianya tidak dijayakan dengan syarikat telekomunikasi sebaliknya langsung dari penggeluar melalui store rasmi mereka. Sebarang penipuan tidak akan berlaku kerana Kementerian akan mengawal selia.

  3. Untung la budak2 remaja dapat rebat beli smarthenpon. Terima kasih juga kepada PM yang bagi bonus 1 bulan. Dapat la BB10 januari nanti. Syukur. Sayang Najib.

  4. alaamaaaakkk aku dah lebih 30 tak dapat la rebat rm200… hampeh… tapi ntah2 telefon pintar yg layak dibeli dgn dgn rebat ni adalah telefon pintar 1malaysia (rebrand dari china) yg bakal dikeluarkan nanti

    • da ckp belia yg bergaji rm3000 kebawah…studnt de gaji ke??lain la klu wt part time..mgkn dpt..janji de slip gaji…

  5. semoga perkara ini tiada agenda tersembunyi baik dari pihak kerajaan, pembangkang, penjual dan pembeli.. biarlah ianya telus.. hehehehe~ pasal aku baru cadang nak tukar ke smart phone ni.. kalau betul berbaloi pembelian tanpa sebarang agenda tersembunyi baru la rasa tak tertipu ye tak? :D

    p/s: eishh tak sabarnye~ first time nak pakai smart phone.. :P~ bedebar sket.. hohoho..

    • ni semua ada agenda.ada pihak yang dpat untung.siapa? tak tau.tengok kes kempen tak nak rokok.ada banner.ada jemput pelakon.etc etc.tu semua ada kos dan harga tu.bukan FREE.mmg la kerajaan tak charge kita tapi duit kita (duit tax) kerajaan guna utk bayar banner dan iklan berkenaan…biasanya iklan saiz biasa di kedai ahchong atau kedai ali cuma RM 40 sahaja.tapi utk projek kerajaan mungkin RM 120 utk satu banner? erti kata lain kerajaan membayar lebih utk bende yang sama….tapi hasilnya sampai sekarang? senyap.

      • Agenda kerajaan adalah untuk meningkatkan lagi penembusan jalur lebar, dan membantu belia yang kurang mampu (gaji < 3000) dapat menggunakan smartphone. Dan jangan buat spekulasi seperti yang contoh2 kempen yg dinyatakan di atas jika kita tidak pasti dari mana datangnya dana untuk pakej belia ni. Apa yang saya tahu, dana ini tiada kaitan langsung dengan duit2 tax korang bayar. Saya lebih tahu perkara ini, tetapi saya tidak boleh beritahu sehingga project ini berjalan :) cuma saya kecewa dengan sesetengah sikap yang suka buat spekulasi tanpa usul periksa dengan lebih terperinci (tanya pada jabatan berkaitan etc.) Terima kasih :)

      • kepentingan KRONI harus dijage…!!! cube tnye pendapat spe yg baya income tax tinggi tiap2 taun…

        • HMM..brsyukur la…cukai kat negara kta xla tinggi sngt nk bandingkn dengan negara2 lain..ekonomi smakin maju..ikt predaran zaman..klau cukai ckit..mcm mna kita nk membangun..tpi cukai xla tinggi sngt..negara len cukai tinggi pon ekonomi bleh gawat..kita msih slamat..biar la krajaan buat kerja..slagi bnda bek kita diamje la..kita blum tentu mmpu..stakat ckp tpi x buat ap2..

  6. Saya melihat peruntukkan ini adalah suatu yang kurang sesuai. Apakah tujuan peruntukkan sedemikian? Dimana rasionalnya? Apakah Smartphone menjadi keperluan setiap belia di Malaysia?

    • mcm x perlu je..
      sbb smartphone bkn keperluan..
      pasni berebut2 la bdk u yg pakai ptptn beli smartphone..

    • Aku pun rasa macam x prlu je benda ni… Mcm ada agenda lain yg trsmbunyi… Smartphone hanyalah kehendak dan bukannya kperluan… Kerajaan seharusnya memikirkan cara untuk memenuhi keperluan rakyat. Jika alasannya adalah utk mmberi peluang kpd mereka yg bpndapatan rendah memiliki telefon pintar, adalah sangat tidak logik kerana pengguna telefon pintar plu melanggan pkhdmatan jalur lebar utk telefon trsebut. Mereka yg bpndapatan rendah pasti tidak mampu utk mmbayar langganan bulanan jalur lebar. Tanpa langganan jalur lebar, telefon pintar hanya akan brfungsi seperti telefon biasa yg lain… (telefon kurang pintar.. Hahaha…)

  7. Karut.. Sgt karut.. Gua sbgai golongan belia x perlu semua ini.. Gua mahu harga broadband murah.. Streamyx bil pun sampai beratus2.. Ketahian apakah bebet ini..

  8. Tak faham kenapa mcm byk sgt duit kerajaan ni. bukan ape, not gud kalo bterusan cmni. mmg kita rasa untung, tp yg kerajaan duk tanggung hutang. at some point, ade kemungkinan negara xleh gerak pulak. semua susah nnti.

    kalo dh byk sgt duit, cukai d kurangkan n jgn d naikkan boleh?
    As time goes by, I look it as we paid more, but we received not more than what we paid..

    • kesedaran ni hanye ada pade org yg baya tax tinggi je.. biasenye yg SANGAP baucer2 kerajaan ni org yg xberi komitment byk pada tax nihh…. katenye pendapatan negare meningkat… yelah 2…. lepas ni kite asingkan tax utk pro kerajaan dgn anti kerajaan… duet tax gune utk keperluan bukan kehendak….. bile tegur marah…

  9. Entah entah rm200 ni utk hp 1 malaysia. Pastu bila run je ada google ads… Dapat balik duit hahahaha

  10. Sori out off topik…
    Knp tab 10.1 kak aku ni tgk movie online problem..buffering ok tp gambar tu sgkut2..aku main kat tab 7.0 mmber ok..
    Selalu tgk movie kat watch32..blh sapa2 tlg..

    • Kemungkinan:
      Skrin yang lebih besar, menggunakan jumlah bytes yang lebih banyak.
      Jadi kelancaran movie tu bergantung pada kelancaran sambungan Broadband anda.

  11. mule2 aku dgr Tok Jib ckp, ingatkan nak bagi mobile internet murah sebab cakap berdegar2 pasal kepentingan internet bla3.. lagipun saya rasa itu lebih mnguntungkan dan memberi kesan jangka panjang.. sekali rupenye rebat pembelian smartphone daa.. bagi one-off pastu lantak ko la nak watpe dgn smartphone tu.

    point aku di sini, ape gune beli smartphone klau x mampu nk langgan mobile internet yang lengkap. last2 smartphone tu setara mcm dumbphone je..wat call,sms,camera n music. nk internet pkai wifi je. sedangkan smartphone perlukan mobile internet untuk fully utilized function dia.

    • yup… mula2 beli je dulu smartphone. nanti bila dah ada, takkan la xnak guna plak internet yang bleh dilanggan dengan celcom @ mana2 syarikat pun. seminggu rm18 dan sehari rm5, tuk kurang mampu la. kat situ makin menambahkan pendapatan pulang balik.

      senang citer. bila dah ada smartphone ni, tentunya pengguna akan aktifkan internet walau tidak hari2, paling tidak seminggu sekali dihari minggu. tidak hari ini mungkin esok atau 2-3 bulan akan datang.

      cuma pendapat aku masa mula2 guna smartphone dulu. wat pe ntah internet kat fon, bila dah lama kelamaan tak lengkang kat tangan.

      • elok lah..mula2 guna rebat gomen beli henpon..pastu rebat dari mak bapak beli top up

  12. Dari cara ucapan PM tu, saya dapat rasa yg kerajaan akan bekerjasama dgn telco-telco sedia ada utk sediakan pakej langganan khas untuk belia 21-30 tahun, akan ada pelbagai jenis smartphone yang akan ditawarkan.

    Sudah tentunya seperti BlackBerry, Android, iOS, Symbian dan Windows Phone. Mungkin juga ada potensi untuk 1MalaysiaPhone diperkenalkan oleh company 1Malaysia Pad tu.

  13. Banyak sangat Najib nak beri bantuan, takut2 nanti negara tergadai semata2 nak menang PRU 13…ha ha ha…
    Sudah nampak sangat kes air Selangor dipandang terlalu besar – sebab Selangor cuma jatuh ketangan pembangkang kerana pemberian subsidi bil air yang tak seberapa itu.

    Taktik politik katakan…Mungkin BN akan tawan semula Selangor atas sebab air kot?

  14. Dalam buku ”Pembentukan Dasar Belia Selangor 2005: Satu Pengamatan”, belia ditakrifkan berdasarkan peringkat umur dari 15 hingga 40 tahun.
    Manakala Commanwealth Youth Programme (CYP) pula menganggap kumpulan umur 18 hingga 35 tahun sebagai belia.
    Draf Kajian Semula Dasar Belia Negara mentakrifkan belia adalah mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.

    So yg mana kah betul????? Senang2 je tukar……

    • Kalau ikut ukuran Kementerian Belia & Sukan umur 15-40 adalah belia.tapi 15-20 belum layak mengundi,31-40 pula kebanyakannya da jadi pengundi.jadi faham2lah ini sebenarnya bukan nak bantu belia tapi nak tarik undi belia

  15. Sebenarnya beliawan kita perlukan plan Internet yang murah untuk jangka masa panjang. Konsep rebat belian one-off ini pada saya hanya menguntungkan pihak tertentu sahaja, sebenarnya.

  16. Hanya utk belia umur 21-30 tahun. Belia bawah umur tak dapat. Nampak benor umur tu sesuai utk pengundi

    • Ya betul 2.kan lebih baik duit 2 diguna utk benda lain,tapi jangan pula utk beli cincin baru

  17. Risau ada yang keluarkan nanti iPhone 1Malaysia…

    Tak pun.. ada yang menyalah gunakan benda ini untuk tarik pengguna smart phone mendaftar plan telefon yang bakal membebankan pengguna dan terikat untuk 24 bulan

  18. aku pon rasa byk agenda tersembunyi… teruskan perbincangan.. majoriti komen2 sgt bagus dan masuk akal…

  19. IMO, merugikan ramai pihak dan menguntungkan pihak tertentu sahaja. Lebih baik takrif cost Internet diturunkan & kualiti ISP provider di tingkat taraf.

    Dari segi perkembangan teknologi, bagus, coz penguna sekarang sudah semakin ramai mengunakan smartphone utk layari www. Cabaran utk web-mobile dev utk hasilkan idea2 kreatif.

    Apa2 pun ia bergantung kpd displin individu itu sendiri. Semoga berjaya mengurus kewangan dan tidak terus lemas dgn pelbagai janji manis.

  20. untung la kompeni plan internet..dh lau ramai gune smartphone,ramai jugak la langgan tenet..hge tenet.huh!

  21. apa la kmu org ie suka sgt nk komplen kalo xnak xpayah trima baucer tu … xusah nk ckp bnyk menteri otak lg pintar bkn mc korang cri ksalahan krajaan je…nnt krajaan umum korang pla yg thegeh2 ambk baucer tu hahhaa muka xmalu

    • jgn ckp org xmalu amik baucer dri kerajaan, sbb yg baya income tax bkn org yg pro kerajaan jee.. kannn…?

  22. rebate ni untuk belia yg berumur 21 kn??? 21 mengikut tahun kelahiran atau mengikut tarikh lahir belia 2???? agak kurang jelas di situ…… ade sape2 yg dpt jelas kn masalah ni???????

    • perlu berumur 21 pada tahun permohonan iaitu dari Nov 2012 – Dis 2012.
      so spe lahir 31 Dis msih boleh mohon sebab tarikh ttup pda hari tu.
      spe yg kurang umo..sorry~

  23. hurmm.. bg duit mcm 2 jer.. sruh bli hp, ntah pape jer… baik bg kat rkyt yg x berkemampuan.. kurang kan kdar kemiskinan.. sedar x semue duit perbelanjaan 2 di gunakan dr duit rakyat..mmg kite ni rkyat juga, tp bagi lah yg lebih mmerlukan.. haishh.. aq x phm lah ape faedah semue ni.. skrg un bdk drjah 1 un dah ade hp sendri.. mampu jer..

    * bg hp cikai un rase rakyat boleh hidup lagi lah.. mmbzir tol…

    • Rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari… Itu la pepatah melayu, kita sebagai rakyat malaysia sepatutnya bersyukur dengan apa rezeki yang tuhan nak bagi. Kalau dah rasa bagus sangat pegi la mintak jadi rakyat somalia lepas tu rebut jawatan jadi PM. Tak tahu apa la yang korang akan buat…

    • rasanya kerajaan xsuruh pun beli hp..tp just bg rebat pada belia yg nak beli smartphone tu..xsalah kn..?mana yg xnak beli tu..xpelah..xde sape2 paksa pun..=)

      • Tapi sy membayar cukai kerajaan mesti la org nk jugak..so mesty la kena ambik rebet tersebut ^^

    • banyak gile…!!! ini sume investment…. nanti dapatla pulangan… ehnnnnnnnnn……….

  24. rebate utk smartfon ni bgi la at stdnt. yang dh keje tu ofkos mmpu dh beli. tapi sbnrnye tak prlu pon rebat ni.

    • Xkn student jew kot..yg keje hanya gaji x lebih 2k mcm mn pula..ini rezeki..dpt ambik je la..ahaha kalo x mmg kerajaan xkn baginye ^^

  25. aku dah banyak kali isi laman web rebet tu..tapi asyik dalam proses jer..x bleh nak anta pun…lebih kurang mcm HRMIS jugak..

  26. salam… saya dah berjaya tebus rebet ni… senang je…
    saya kat jb tebus kat digi centre taman molek.. staff digi sana sangat mesra pelanggan… saya bawa fotocopy ic dengan slip rebat yang di print.. saya cuma bayar RM169 sahaja bagi handfon galaxy y… bagi siapa yang tak guna line digi pun boleh tebus di sana cuma perlu beli prepaid digi yang berharga RM8.50… sangat senang… harap semua belia dapat tebus rebet ni.. bukan semua kerajaan yang sanggup bagi rebat kepada para belia negara kita ni… janji cukup syarat…

  27. Inilah jasa kerajaan BN kepada kita rakyat Malaysia. Jadi kita kena bersyukur. Sape yang tak bersyukur tu, sila keluar daripada negara nie. So marilah kita balas budi dan jasa kerajaan BN dengan mengundi mereka dalam PRU13 nie.

  28. kepada PM.. saya sanggup mengorbankan baucer smartfon rm200 untuk bekalan air di cheras.
    kesian pada warga tua, kanak2 & wanita yang terpaksa angkat air.

    • merintih pasal air.. baik gi mintak tolong kat Ahli Parlimen Cheras YB Tan Kok Wai , dia Ahli Parlimen Cheras, dari parti DAP.. confirm dia tolong…

  29. dpt rebat rm200 tp kena langgan pelan data. Yang untung telco2..belia kena byr bulan2, nnti langgan pelan data ada kontrak pula. Sape yg rugi n sape yg untung?

    • Bro, bukan semua ada kontrak.. yang ada kontrak cuma Celcom dan TuneTalk. Hotlink pakai prepaid, Digi ada juga yang prepaid, U Mobile pun prepaid cuma syarat diorang kena langgan data internet seminggu je (kecuali U Mobile sebulan), habis data internet tu tak perlu langgan dah..

  30. dari pengamatan aku dgn komen2 korang…sangat jelas yg undi belia takkn dibeli dgn semurah itu…korang mmg anak bangsa yg berpolitik–>kita tak perlu bertengkar jika kita faham dgn agenda isu rebat ni…apa yg kita dpt nie sememangnya milik kita sbgai rakyatnya..jd jgn pertikaikn jika ada yg ambil rebat nie sbb mereka adalah rakyat.tp pandanglah apa yg tlah diambil dari rakyat untuk mereka…

  31. Boleh saya tanya tak and harap those of you yg dah mula gunakan rebat ni komen di ruangan ini ye .Saya dah mohon dan berjaya terima rebat RM200 ni .Saya pun berminat dengan tawaran yang disediakan oleh pihak Maxis .Saya dah servey untuk iphone 4s .Cuma apa yg dinyatakan disitu untuk smartphone tersebut dia telah letak harga iaitu RM499 (HDR : RM1799) and untuk byran bulanan secara kontrak pula iaitu RM96 sebulan .Jadi saya nak tanya dari segi BAYARAN PENDAHULUAN untuk iphone tersebut ,is that RM499 yg dinyatakan itu atau ??? Mohon penjelasan .

    • Dan adakah saya perlu menunggu sehingga jumlah mengikut kontrak habis dibayar ,baru saya dapat telefon pintar yg telah dijanjikan .Mohon penjelasan asap yee

Komen

Nama
Web