READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Windows 8 bakal dilancarkan oleh Microsoft pada 26 Oktober kelak, dimana salah satu fokus padanya adalah kepada Windows Store, memudahkan para pengguna memasang pelbagai aplikasi baru dengan mudah. Mengikut McAtkins yang memantau bilangan aplikasi padanya, mereka melaporkan angka aplikasi padanya telah pun melangkaui 1,000.

Windows 8 Store

Ia juga dikatakan sekiranya dilihat pada kadar aplikasi dihantar pembangun dan disahkan oleh Microsoft, angka tersebut mungkin akan mencecah 3,000 aplikasi menjelang pelancaran rasmi Windows 8 kelak.

Semestinya ini hanyalah angka yang membawakan aplikasi spesifik kepada Windows 8 sahaja, selain mana terdapat ratusan ribu aplikasi desktop Windows di pasaran pada hari ini, yang masih boleh digunakan padanya kelak.

Buat masa ini, Microsoft masih belum mengeluarkan sebarang angka rasmi berkenaan bilangan aplikasi pada Windows Store. Namun, mungkin kita boleh sasarkan Microsoft mengumumkannya pada pelancaran Windows 8 pada 26 Oktober kelak.

Terdapat 5 komen
  1. aah..ak pon harap app yg lagik byk..
    game2 ni kurang sikit..

    oh ya, theme baru nih cun..aku suka
    senang tengok byk entri dalam 1 muka.hehe

Komen

Nama
Web