READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Mungkin semua sedia maklum akan yang mana Samsung menggunakan antaramuka TouchWiz pada peranti Android mereka. Kini, salah seorang penyelidik sekuriti telah menemui kelemahan padanya yang boleh membuatkan semua data pada telefon pintar dipadam sepenuhnya.

..memadam semua data dan mengunci kad-SIM apabila pengguna klik pada URL

Bukan sahaja data dipadam, malah kelemahan tersebut juga membolehkan SIM dikunci, dan semuanya dilakukan dengan hanya klik pasa satu URL ringkas sahaja. Dengan telefon pintar yang digunakan untuk mengakses internet dan sebagainya, ia sekaligus membolehkan URL tersebut dihantar bukan sahaja melalui emel, tetapi turut sama melalui SMS, kod QR dan sebagainya.

Sebaik sahaja pengguna klik pada pautan tersebut, semua data pada peranti akan dipadam sepenuhnya, dan dengan sedikit tambahan, pengodam boleh mengunci sepenuhnya kad-SIM yang digunakan. Ini sekaligus akan mengakibatkan telefonn tersebut tidak berguna tanpa sebarang kad-SIM baru.

Peranti Samsung yang dikenali pasti berisiko dengan perkara ini adalah termasuk Galaxy S Advance, Galaxy S2, Galaxy S3, Galaxy Beam dan juga Galaxy Ace.

Namun, daripada apa yang dikongsikan di arena web, ia dikatakan Galaxy S3 dengan Android 4.1 Jelly Bean tidak terdedah kepada bahaya ini, selain mengatakan ia hanya memberi kesan kepada pengguna pelayar web terbina pada Android sahaja, dan tidak memberi kesan sekiranya pengguna menggunakan pelayar web Chrome dan sebagainya.

Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan perkara ini.

Kemaskini : Samsung telah pun mengeluarkan kenyataan yang mana mereka telah pun mengeluarkan kemaskini untuk Galaxy S3 tidak lama sebelum ini, dan masalah ini telah pun diatasi melaluinya.
Terdapat 32 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Mmm…pening bila semua phone canggih ada isu masing-masing.

    Masa untuk kembali ke Nokia 3310.

  2. Salam semua,

    Pandangan peribadi saya, jika Samsung berkeputusan untuk menggiatkan sepenuhnya pembangunan & naik-taraf OS Bada utk peranti telefon-pintar mereka sendiri, berbanding hanya bergantung dengan OS Android, mungkin kos R&D dan overhead mereka akan meningkat, sekaligus harga Galaxy mereka akan naik meninggi (tidak mustahil lebih tinggi jika dinisbahkan kepada produk Apple yang setanding dengan model yang berkaitan).

    Sedangkan, lazimnya, rata-rata orang mengetahui bahawa integrasi di dalam ‘custom-development’ antara perisian OS, firmware, IC dan komponen di dalam sesuatu peranti, itulah potensi yang paling jitu dalam mewujudkan lestari/compatibility kepenggunaan di dalam sistem. Dalam situasi di sini, bermaksud sistem telefon pintar.

    Itu belum lagi jika Samsung turut nak wujudkan Bada Maps yang sekira-kiranya setanding dengan Google Maps sendiri, iaitu untuk digunapakai di dalam produk Galaxy mereka.

    Persoalannya sekarang, berani ke Samsung bertindak sebegitu?

    • sebab Samsung tak berani buat macam ni laa dia jadi pengeluar hp terbesar dunia.. jangan ingat semua benda yang Epal buat tu betul dan sempurna.. sudah-sudahlah mengagungkan sangat Epal ni..

      • aku rasa true fanboy bukan mengagungkan. tetapi lebih kepada berkongsi apa baiknya mengenai apa yang diorang pakai. aku ada Galaxy S ngan abah aku nye iPhone 3G. 3G tu masih stabil. Galaxy S aku ngan Gingerbread pun terkontang-kanting. Bila upgrade ICS rupanya lagi jahanam punya lag sebab ada hardware acceleration.

        aku bercakap dari pemerhatian. kebanyakan orang yang pakai cakap berdasarkan pemerhatian dan bukan atas dasar taqlid terhadap gadget duniawi semata-mata.

        • Samsung memang buat kesilapan bila keluarkan Galaxy S. Memang dia buat meniru iPhone bila keluarkan Galaxy S. Tapi bila produk seterusnya dikeluarkan, Samsung dah ada jalan tersendiri. Samsung keluarkan Note, Mini dan lain-lain lagi sementara terus menjenamakan barisan Galaxy S nya yang kini generasi ke-3 dengan teknologi terkini.

          Tapi yang pergi cerita minta Samsung tiru lagi cara iPhone terbaru ni dah kenapa? nak suruh Apple main saman-menyaman lagi ke? Buat R&D sendiri, buat OS sendiri, buat Maps sendiri. Ini cara Samsung iaitu Android dan kalau Nokia pun silap langkah, Samsung akan ambil alih pasaran WP8 sekali.

          Setiap pengeluar ada cara tersendiri. Apple nak teruskan cara dengan fahaman semua benda harus dikeluarkan sendiri, sila teruskan. Samsung memilih jalan yang lain dari Epal, dan tak perlu memegang fahaman Apple dalam meningkatkan lagi teknologi. Terbukti cara Samsung sekarang membantu menjadikannya pengeluar telefon bimbit terbesar dunia. Jadi buat apa lagi ikut cara Apple?

          • Setahu saya, pengeluaran jumlah kuantiti telefon bimbit tertinggi no 1 ialah Nokia (tahun 2011). Manakala, Samsung berada di tempat ke-2. Apple pula di tempat ke-3.

            Cuma, agak kurang sesuai untuk menilai perkara ini bagi tahun 2012. Antara alasan utama, ialah tarikh pelancaran produk berkaitan telefon-bimbit adalah berbeza-beza antara syarikat pesaing. iPhone5 pun baru seminggu lebih dijual (5 juta unit terjual).

            Manakala, jumlah jualan tertinggi mengikut sesuatu model (tahun 2011); no 1 ialah iPhone4S (70+ juta unit terjual), no 2 ialah Samsung Galaxy S II (16 juta unit) dan no 3 ialah HTC Thunderbolt (15 juta unit).

            Saya masih meyakini bahawa amalan melestarikan kepuasan pelanggan adalah penanda-utama bagi di dalam industri ICT seperti telefon-pintar ni. Pengguna awam juga semakin memahami tetang soal paradoks kualiti-harga bagi sesuatu produk, sebelum membuat keputusan untuk beli.

            Jadi, sepertimana yang saya pernah sebut sebelum ni, perkara ini adalah perlumbaan sesama konglomerat ICT dalam menyediakan sajian terbaik kepada pengguna.

    • (senyum)… Ini berkenaan mewujudkan kepuasan dan lestari kepenggunaan. Faedahnya, juga untuk dipulangkan kepada kepentingan public-user juga. Jika tidak wujud Apple pun, pengguna masih berhak untuk bersuara sedemikian. Jadi, tidak perlulah timbul soal terasa makan cili.

      Saya sendiri dalam post ni, lebih suka fokuskan tentang hal Galaxy ni. Bahkan tidaklah tercela pun, jika produk Samsung ini dinilai oleh pengguna seperti saya juga, membuat perbandingan dengan produk lain seperti Apple.

      Terima kasih.

  3. Aku pakai Samsung Galaxy S sudah 2 tahun – tak ada masalah pun…yang dapat masalah ialah orang2 yang melanyak telefon tu macam kera dapat bunga…ha ha ha

    • Ini bukan masalah lanyak tak lanyak. ini masalah keselamatan. Dalam tempoh dua tahun saudara tidak klik link yang boleh hack phone, memang la takda masalah. kalau tiba – tiba amanz embedded code tu, dan saudara browse web ni guna galaxy s saudara…jadi jugak…

    • Dah cuba pada S3 menggunakan Opera Mobile, Chrome & stock browser. Tiada iMei dipaparkan melainkan dialer sahaja. Apa maknanya tu? Still tak selamat ke?

  4. Kene virus biasak la wei…jangan la dh kene nangis
    tak berlagu pulak. Pandai2 la nak idop. Kena gertak
    sikit dah ngelupo ape la….rasa nak beli hanpon apa
    sekalipun beli jer jika mampu iphone ke..android ke
    pakai je. amanz dah bagi tahu tu so kene la amik tahu.

  5. One of the disadvantage of open source. I hope they can fix this quickly sebelum ramai yang jadi mangsa.

  6. Inilah padahnya bila menggunakan jenama samsung yang 100% copycat.ingat cina ingat samsung plak.

  7. aku pakai fon glsi note2.ade sape-sape pandai bukak laman utama touch wiz,x.aku punye laman utama touch wiz telah di hentikanlah,macam mane nak buat dia ok balik…

  8. Touchwiz fon aq dh stopped dh . Jdi gila dh henset aq .. mcm mne nk ok kn balik ..

Komen

Nama
Web