Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum akan yang mana Samsung menggunakan antaramuka TouchWiz pada peranti Android mereka. Kini, salah seorang penyelidik sekuriti telah menemui kelemahan padanya yang boleh membuatkan semua data pada telefon pintar dipadam sepenuhnya.

..memadam semua data dan mengunci kad-SIM apabila pengguna klik pada URL

Bukan sahaja data dipadam, malah kelemahan tersebut juga membolehkan SIM dikunci, dan semuanya dilakukan dengan hanya klik pasa satu URL ringkas sahaja. Dengan telefon pintar yang digunakan untuk mengakses internet dan sebagainya, ia sekaligus membolehkan URL tersebut dihantar bukan sahaja melalui emel, tetapi turut sama melalui SMS, kod QR dan sebagainya.

Sebaik sahaja pengguna klik pada pautan tersebut, semua data pada peranti akan dipadam sepenuhnya, dan dengan sedikit tambahan, pengodam boleh mengunci sepenuhnya kad-SIM yang digunakan. Ini sekaligus akan mengakibatkan telefonn tersebut tidak berguna tanpa sebarang kad-SIM baru.

Peranti Samsung yang dikenali pasti berisiko dengan perkara ini adalah termasuk Galaxy S Advance, Galaxy S2, Galaxy S3, Galaxy Beam dan juga Galaxy Ace.

Namun, daripada apa yang dikongsikan di arena web, ia dikatakan Galaxy S3 dengan Android 4.1 Jelly Bean tidak terdedah kepada bahaya ini, selain mengatakan ia hanya memberi kesan kepada pengguna pelayar web terbina pada Android sahaja, dan tidak memberi kesan sekiranya pengguna menggunakan pelayar web Chrome dan sebagainya.

Samsung masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan perkara ini.

  • Info
  • Kemaskini : Samsung telah pun mengeluarkan kenyataan yang mana mereka telah pun mengeluarkan kemaskini untuk Galaxy S3 tidak lama sebelum ini, dan masalah ini telah pun diatasi melaluinya.
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd