READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Nexus 7 Secara Rasmi Di Malaysia September Atau Oktober Ini?

Diterbitkan pada September 8, 2012 oleh

Asus kini telah pun mengemaskini katalog bulanan mereka, dimana kini, melalui katalog bulanan untuk bulan September hingga Oktober, ia turut sama menyenaraikan tablet yang dinantikan ramai, Nexus 7. Walaubagaimanapun, tiada sebarang harga yang disertakan padanya buat masa ini.

Nexus 7 merupakan tablet pertama di dunia yang menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, selain turut dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3 1.3Ghz, menyertakan GPU GeForce 12-teras, serta memori sebanyak 1GB RAM. Daripada apa yang Asus senaraikan, hanya versi 16GB sahaja mungkin akan dilancarkan. Asus Nexus 7 ini turut membawakan kamera hadapan 1.2-megapixel, serta bateri sebesar 4325 mAh dengan masa bertahan sehingga 9.5 jam.

Umum sedia maklum yang mana Nexus 7 dibina khas untuk Google Play, memfokuskan kepada pembacaan, dan juga hiburan. Namun, memandangkan para pengguna tempatan masih tidak mempunyai sokongan menyeluruh ke Google Play, seperti membeli majalah, filem dan sebagainya, mungkin ia akan memberi serba sebanyak kesan penjualan kepadanya kelak.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan apakah harga tawaran Asus untuk Nexus 7 di Malaysia kelak.

Terdapat 24 komen
  1. Namun, memandangkan para pengguna tempatan masih tidak mempunyai sokongan menyeluruh ke Google Play,

    >>> apalah guna membeli Nexus jika tidak menge”root”kan peranti anda.

        • tak perlu la sampai nak bazirkan warranty hanya sebab nak akses market luar. guna je VPN boleh akses market luar kat PC serta peranti Android. easy.

          • Ish, kan aku dah kan tak payah root.
            guna app FeatVPN tak perlu root.
            guna VPN kat pc, pastu share via WiFi, tak perlu root jugak.
            =_=

          • kata*

            Root dia adjust, masuk app superuser kat partition system, so factory reset tak kan berjaya buang root secara penuh.
            banyak cara nak detect root, walau kita dah unroot balik.

          • boleh je full unroot, “root” cuma copy files je.. kecuali phone macam htc yg ada s-on s-off semua tu lain kes, atau yg bootloader kena unlock. flash .img asal, tak ada la kesan root lagi. tapi byk phone zaman skrang ada features untuk detect macam counter, s-on, blablabla. tapi semua tu pun boleh reset balik. root pecah warranty overrated.

          • tapi aku setuju yg part takyah bazir masa nak root, guna je vpn, lagi pun ics ngan jb support vpn penuh tak perlu root pun. =.=

      • @Aman,

        Terima kasih Aman atas pencerahan tersebut. Tapi saya baru test tadi dengan Galaxy Nexus saya dan keputusan yang mengejutkan. Saya baru upgrade Jellybean minggu lepas apabila saya menukar firmware yakjuxw kepada yakju. yakjuxw adalah firmware untuk Malaysia dari samsung. yakju pulak firmware untuk US dari Google. sekarang Nexus saya unlocked tapi unrooted.

        Sebelum ni saya tak boleh install app specific untuk UK masa saya guna Xperia Sola. Tapi bila baca komen Aman di atas saya terus try app skysport score boleh install. Kesimpulan yang saya dapat ialah Nexus memang sudah cukup powwer tanpa perlu root root bagai semua ni. Cukup hanya dengan menukar firmware dari samsung/asus/htc/motorola kepada Google. Jadi saya ikir saya boleh buat semua apa yang Aman rasa tidak boleh buat dia atas tu. Lagi satu kelebihannya saya akan mendapat update selepas Jellybean tanpa perlu menunggu Samsung. Sampai sekarang pun Nexus yakjuxw masih sangkut dengan ICS 4.0.4.

  2. #OFFTOPIC
    amanz! i like the new theme! cuma homepage agak pening skit nk faham.sbb konsep baru kan^^
    anyway thumbs up for the awesome changes!

  3. Jika harga masih lebih kurang sama dengan Amerika. Saya rasa masih berpatutan, sebab ia agak murah. Ia kita masih tidak dapat sokongan play store dengan penuh, tapi ia kan android, maka kita masih boleh guna applikasi seperti aldiko untuk membaca dan sebagainya.

  4. nexus 7, kecewa sikit dengan rekaan dia. tak cun, satu lagi butang fizikal susah nak akses. dah sebulan guna tapi masih kekok nak tukar volume serta on/off.

  5. Maaaf saya sambung pasal firmware Nexus saya dia atas. Memang saya pasti saya boleh membeli majalah atau apasaja melalui Google Play sekarang kerana firmware saya adalah locality USA. Sekarang semua harga display dalam USD tiada lagi MYR. Apabila saya check device setting melalui web kelihatan device registered 31/8/2012 sedangkan saya membeli Nexus ini pada hari pertama puasa. Pertanyaan saya adakah apa-apa kekurangan dan bahaya menggunakan firmware locality USA ni? Terima kasih.

Komen

Nama
Web