Cari @ Amanz

Nampaknya, akhir-akhir ini, Nokia semakin aktif memperkenalkan kemaskini dan penaik-tarafan untuk aplikasi yang dibangunkan oleh mereka untuk para pengguna Windows Phone. Terkini, selepas aplikasi Counter dan juga City Lens, Nokia turut sama mengemaskini aplikasi App Hightlights.

App Highlights versi 2.0 kini membawakan antaramuka yang lebih menarik dan kemas, memudahkan para pengguna mengendalikannya, selain memberikan pengalaman penggunaan yang lebih memfokuskan kepada Windows Phone. Sebaik sahaja menjalankannya, para pengguna akan diperlihatkan dengan pelbagai koleksi aplikasi yang menarik untuk Windows Phone, selain mana turut boleh melakukan carian, dan memilih daripada pelbagai kategori yang sedia ada.

Bagi para pengguna Nokia Lumia, mungkin ini adalah salah satu aplikasi yang amat berguna, memudahkan anda mengetahui aplikasi yang popular, dan amat berguna kepada anda, tanpa perlu melakukan carian pada lebih seratus ribu aplikasi yang terdapat di Marketplace.

Anda boleh memuat-turun AppHighlights 2.0 ini secara percuma daripada Windows Phone Marketplace hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd