Carian
Pembelajaran Sepanjang Hayat – Ikuti Pelbagai Kursus ICT Dari Serendah RM5
September 21, 2012 Aman

Dengan arena ICT yang semakin berkembang pesat, semestinya anda ingin mempelajari pelbagai ilmu tambahan pada kos yang rendah. Kini, melalui kempen Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada peringkat nasional, orang ramai boleh mengikuti pelbagai kursus ICT pada harga serendah RM5.

Terdapat pelbagai kursus berkaitan dengan ICT dan lain-lain bidang yang ditawarkan oleh kolej komuniti seluruh negara, membolehkan anda mengikuti ilmu ICT pada harga serendah RM5. Sebagai contoh, kursus asas Flash pada harga serendah RM20, kursus AutoCad dari serendah RM5, kursus asas Internet dan E-dagang dari RM5, dan pelbagai pilihan lagi.

Selain daripada ICT, program Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini juga merangkumi pelbagai sektor dan hobi pengguna yang lain, termasuk:

  1. Akuakultur
  2. Bahasa
  3. Dandanan Rambut
  4. Elektronik
  5. Fesyen dan Pakaian
  6. Fotografi Komersial
  7. Industri Agro
  8. Jahitan Kreatif
  9. Kemahiran Asas Kaunseling
  10. Kerohanian dan Keagamaan
  11. Kesenian
  12. Kimpalan dan Fabrikasi
  13. Kulinari
  14. Lanskap dan Nurseri
  15. Lukisan Senibina
  16. Mekanikal Pembuatan
  17. Operasi Perhotelan
  18. Pastri
  19. Pemasangan Elektrik
  20. Pembangunan Diri
  21. Pengendalian Pelancongan
  22. Pengkeranian Akaun
  23. Pengoperasian Perniagaan
  24. Sains dan Matematik
  25. Seni Kreatif
  26. Servis Kenderaan Ringan
  27. Terapi Kecantikan dan Spa

Dan bagi memberikan maklumat lanjut berkaitan perkara ini, para pengguna juga turut sama boleh menghadirkan diri ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada penghujung minggu ini, dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan dengannya. Pelbagai selebriti dan orang ternama turut sama akan hadir, termasuk Siti Nurhaliza dan juga Dr Fazley, yang masing-masing terkenal dalam dunia perniagaan.

Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur
Tarikh : 22 – 23 September 2012
Masa : 9 pagi ke 5 petang

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh turut sama mengikuti halaman Facebook My3L, yang mana dikemaskini dengan info dari semasa ke semasa.

Jadi, apa tunggu lagi? Jumpa anda di sana.

  • Like

Advertorial daripada Kementerian Pengajian Tinggi.

Komen