Cari @ Amanz

Hari ini, pihak Research In Motion telah pun berkongsi beberapa kemaskini yang dibawakan oleh BlackBerry 10, termasuk fungsi baru yang dinamakan sebagai BlackBerry Flow, Active Screens, BlackBerry Hub, dan beberapa yang lain.

..BlackBerry Flow, Active Screens, BlackBerry Hub

Seperti pada peranti lain, BlackBerry 10 membawakan skrin kunci yang agak menarik, dimana para pengguna untuk mengaktifkan skrin, hanya perlu mentatal jari dari bawah ke atas skrin, dan ia akan diaktifkan secara automatik, tanpa perlu menekan sebarang kekunci dan sebagainya.

Selain daripada itu, BlackBerry turut mendemonstrasikan sokongan yang dinamakan sebagai Active Frames. Melaluinya, ia membawakan sokongan kemaskini langsung untuk sesuatu aplikasi secara latar, dan memperlihatkannya pada skrin utama. Ia memudahkan para pengguna mengikuti sebarang kemaskini tanpa perlu membuka sebarang aplikasi.

RIM juga turut sama berkongsi akan lebih maklumat berkaitan dengan BlackBerry Hub, yang mana merupakan salah satu inbox utama pada BlackBerry 10, mengumpulkan pelbagai perkara, daripada emel, mesej, kalendar dan sebagainya pada satu lokasi. Ia turut sama menyertakan intgerasi sosial, dan semestinya BlackBerry Messenger.

Bersama-sama dengan pengumuman ini, pihak RIM turut mengatakan para pembangun yang menggunakan BlackBerry 10 Dev Alpha akan menerima kemaskini untuknya bermula hari ini, membolehkan pembangun menikmati fungsi ini, dan mula membangunkan aplikasi yang mesra dengannya.

RIM dijangka akan memperkenalkan peranti pertama BlackBerry 10 pada awal tahun hadapan, dalam bentuk skrin sentuh penuh dan juga peranti QWERTY.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd