READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Terdapat ratusan distro Linux di pasaran, dan salah satunya yang dibangunkan oleh pembangun tempatan adalah SimpleLinux. Terkini, pembangunnya telah pun mengeluarkan versi baru sistem operasi mereka, membawakan pelbagai kemaskini dan perkara baru pada SimpleLinux.

SimpleLinux merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh sekumpulan pembangun di Malaysia, yang mana berdasarkan kepada Slackware dan menggunakan LZMA Compression untuk fail sistem padanya. Sejak dimulakan pada tahun 2007, pelbagai perubahan telah berlaku, dan hari ini mereka hadir dengan SimpleLinux 1.10 dengan nama kod Optimist Oncilla.

Kemaskini terbaru ini membawakan beberapa perkara baru, termasuk kernel Linux yang dikemaskini kepada versi 2.6.27.27, Compiz Fusion 0.7.8, dan mengemaskini pelbagai perisian dan aplikasi padanya. Ia juga membawakan penambahan beberapa permainan baru, serta menambah BlueFish Editor padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun SimpeLinux 1.10 hari ini, dan mula menggunakannya, selain menyokong pembangun tempatan dalam membangunkan sistem operasi berasaskan Linux.

Muat-Turun SimpleLinux 1.10

Ketahui lebih lanjut mengenai SimpleLinux pada halaman rasmi mereka

Terdapat 10 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. Dah bertahun Compiz Fusion keluar tapi still tak sampai version 1.0 ?? Apekah kegilaan ini?

  2. lebih suka deepinlinux yang menyerupai win 8 (dekat-dekatla..)

  3. Sekali pandang memang cantik. Tahniah untuk pembangun Malaysia.

Komen

Nama
Web