READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

(Ura-Ura) HTC Bakal Hadir Dengan Peranti Google Nexus 5?

Diterbitkan pada September 24, 2012 oleh

Sejak beberapa bulan yang lepas, ura-ura berkenaan dengan Google yang bakal hadir bersama-sama beberapa peranti Nexus telah kedengaran, dimana salah satu pengeluar diperkatakan sebagai HTC. Dan dengan ura-ura berkaitan peranti bersaiz 5-inci yang kedengaran akhir-akhir ini, ia dikatakan bakal menjadi salah satu model Nexus.

Untuk makluman, model Nexus adalah model yang dihasilkan dengan kerjasama pihak Google, dimana ia akan menjadi peranti utama Android yang bakal menerima kemaskini dan sokongan daripada pihak Google sendiri. Pada tahun lepas, Samsung mengeluarkan telefon pintar Galaxy Nexus, sementara pada tahun ini, Asus hadir dengan Nexus 7.

Peranti bersaiz 5-inci daripada HTC telah hangat diperkatakan sejak sebelum ini, dimana ia diura-ura akan membawakan skrin bersaiz 5-inci (seperti pada namanya), cip pemprosesan Snapdragon S4, kamera 12-megapixel pada bahagian belakang dan juga kamera 2-megapixel pada bahagian hadapan. Ia juga akan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 2,500 mAh, serta didatangkan dengan sokongan LTE. Mengikut ura-ura juga, ia dikatakan Google Nexus 5 ini bakal didatangkan bersama-sama Android 4.1.2 padanya.

Namun, seperti biasa, ia hanyalah sekadar ura-ura buat masa ini, tanpa boleh disahkan berkenaan ini buat masa ini.

Terdapat 4 komen

Komen

Nama
Web