Laporan mengenai aplikasi uTorrent untuk Android telah pun sedia kedengaran sejak awal tahun ini, dan hari ini, secara rasminya, pembangunnya telah pun melancarkannya ia, dan sedia untuk dimuat-turun oleh semua pengguna Android melalui Google Play Store.
Aplikasi uTorrent yang kini masih diperingkat beta ini menawarkan kebolehan untuk para pengguna memuat-turun dengan mudah terus daripadanya. Selain daripada memuat-turun fail dan dokumen, para pengguna juga turut sama boleh melanggan kepada beberapa RSS torrent terus daripadanya. Buat masa ini, beberapa tetapan seperti kebolehan memilih rangkaian (pelan data atau WiFi) dan sebagainya masih tidak ada. Namun, memandangkan ia masih diperingkat beta, mungkin ia merupakan salah satu perkara biasa.


Bagi mereka yang menggunakan Android 2.1 dan yang terkini, anda boleh memuat-turun uTorrent Beta untuk Android ini daripada Google Play Store hari ini.
lagi sakit la sapa yang guna public wifi lepas ni..
+99
wahh! torrent guna android.. will searching for the best wifi hot spot gahahhaa
Baru dapat Ascend kelmarin dah test download torrent. Hahaha.
wah bestnya lepas ni baru lah leh download dari piratebay
Aku guna Bittorent
pastu guna Application Piratebay browser
berasap laa phone pasnih..download tak berenti…hahah
uik…aku post komen terus bertukar theme…huhuh
komenception…?
komensepsi
bukan main seksi
mak aihhh…terbaik baq hang!
boleh tahan ka bateri, dah la lama nak download kat torrent, last last panas ja suhu phone
Berita yang menggembirakan buat peminat Android.
dah guna masa baru keluar,jumpa wifi torrent 1jam 2jam benggang orang sebelah. lol.
fuhhh amanz punya theme gila cun
lol beli hp mahal2 tp xmampu nak pakai nak pkai internet sendiri.. terpaksa mencuri wifi org. facepalm
lor.. sedia kan spare beteri yg mencukupi tuk torrent.. but my opinion bek ar gne remote torrent jek..