Cari @ Amanz

Pembangunan WordPress terus melangkah setapak lagi kehadapan, dimana hari ini, pembangunnya telah pun melancarkan WordPress 3.5 Beta 1 kepada semua, membolehkan mereka yang berminat mengujinya terlebih dahulu, sebelum versi akhir dilancarkan kepada semua pada 5 Disember kelak.

WordPress 3.5 dioptimasikan untuk paparan Retina, dengan skrin utama yang lebih mesra pengguna dan lebih ringkas berbanding sebelumnya. Selain daripada itu seperti semua sedia maklum, ia turut menyertakan tema baru dengan nama Twenty Twelve bersama-sama dengannya.

Menariknya, pembangun WordPress, telah pun terlebih dahulu melancarkan Twenty Twelve kepada umum, membolehkan sesiapa sahaja yang menggunakan WordPress 3.4.2 dan terkini menggunakannya. Tema baru ini dioptimasikan untuk pelbagai skrin, dan ditawarkan secara percuma seperti sebelum-sebelum ini.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun WordPress 3.5 Beta 1 hari ini, ataupun mendapatkan tema Twenty Twelve dan mencubanya hari ini.


© 2024 Amanz Media Sdn Bhd