READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Zynga Melancarkan Permainan FarmVille 2

Diterbitkan pada September 6, 2012 oleh

Permainan bercucuk-tanam pada Facebook, iaitu FarmVille merupakan salah satu permainan yang popular dikalangan pengguna tempatan dan seluruh dunia dengan lebih 3.2 juta pemain harian. Dan kini, dalam menjadikan permainan bercucuk-tanam mereka lebih menarik, Zynga memperkenalkan FarmVille 2 secara rasminya.

FarmVille 2 membawakan grafik dan permainan yang lebih menarik berbanding sebelumnya, serta membawakan permainan yang sedikit lebih realistik berbanding sebelumnya. Namun, pada masa yang sama, ia masih mengekalkan bentuk permainan yang lama, memerlukan para pengguna menyemak FarmVille setiap hari, dan mengelakkan tanaman mereka daripada mati begitu sahaja.

Zynga juga turut sama mengatakan permainan FarmVille generasi pertama akan kekal berjalan seperti biasa. FarmVille 2 ini pula membawakan grafik yang lebih tinggi dengan bergantung kepada Flash 11, membolehkan permainan dalam bentuk3 D dihasilkan dan dimainkan.

Bagi anda yang berminat, semestinya boleh memainkannya hari ini, dengan ke halaman aplikasi FarmVille 2 di Facebook.

Terdapat 11 komen
Komen Popular
Keseluruhan Komen
  1. senang je sekarang nak jadi petani peladang, berkebun, bela ayam, lembu, babi dan lain2 haiwan ternakan secara online je

  2. ingat lagi aq buat acc fb semate2 nk main game ni tgk abg aq main dlu…huhu
    ramai friend mat salleh sbb game ni ngan mafia war…2007

Komen

Nama
Web