Cari @ Amanz

Permainan bercucuk-tanam pada Facebook, iaitu FarmVille merupakan salah satu permainan yang popular dikalangan pengguna tempatan dan seluruh dunia dengan lebih 3.2 juta pemain harian. Dan kini, dalam menjadikan permainan bercucuk-tanam mereka lebih menarik, Zynga memperkenalkan FarmVille 2 secara rasminya.

FarmVille 2 membawakan grafik dan permainan yang lebih menarik berbanding sebelumnya, serta membawakan permainan yang sedikit lebih realistik berbanding sebelumnya. Namun, pada masa yang sama, ia masih mengekalkan bentuk permainan yang lama, memerlukan para pengguna menyemak FarmVille setiap hari, dan mengelakkan tanaman mereka daripada mati begitu sahaja.

Zynga juga turut sama mengatakan permainan FarmVille generasi pertama akan kekal berjalan seperti biasa. FarmVille 2 ini pula membawakan grafik yang lebih tinggi dengan bergantung kepada Flash 11, membolehkan permainan dalam bentuk3 D dihasilkan dan dimainkan.

Bagi anda yang berminat, semestinya boleh memainkannya hari ini, dengan ke halaman aplikasi FarmVille 2 di Facebook.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd