Cari @ Amanz

Ketika pengenalan iPad Mini, salah satu perkara yang dikongsikan oleh Apple, adalah mengapa tablet bersaiz 7.9-inci mereka lebih baik berbanding pesaing mereka yang menghasilkan tablet dengan saiz lebih kurang sama tetapi menggunakan platform Android.

Aplikasi natif, bukannya dibesarkan daripada saiz telefon pintar.Apple memfokuskan kepada pengalaman penggunaan melalui iPad Mini, dimana membolehkan ia digunakan dan dipegang dengan hanya sebelah tangan sahaja, berbeza dengan iPad biasa. Dalam kebanyakkan perbandingan yang dilakukan, Apple membandingkan ia dengan Nexus 7 daripada Google yang dijual pada harga RM999 di Malaysia.

Menurut Apple, melalui peranti mereka yang bersaiz sedikit besar itu, ia membolehkan para pengguna mempunyai keluasan skrin yang lebih besar, dan melihat lebih banyak kandungan pada sesuatu masa. Walaupun ia sesuatu yang sedia maklum memandangkan iPad Mini membawakan saiz skrin lebih 0.9-inci berbanding Nexus 7, Apple kelihatan memfokuskan kepada rekabentuk kerangka luar mereka yang lebih nipis bahagian tepinya berbanding dengan Nexus 7.

Namun, salah satu kelebihan pada iPad Mini semestinya pada sokongan aplikasi mereka. Berbeza dengan tablet Android yang masih bergantung kepada kebanyakkan aplikasi yang dibesarkan saiznya daripada aplikasi untuk telefon pintar, pada iPad Mini pula, ia sedia didatangkan dengan lebih 275,000 aplikasi yang dioptimasikan khas untuknya.

Dan dengan kelebihan ini, dan harga jualan yang mungkin hanya sekitar RM100 berbeza dengan Nexus 7, mungkin iPad Mini akan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih menarik kepada pengguna, sementara menantikan lebih banyak aplikasi yang dioptimasikan untuk tablet hadir bagi para pengguna Android.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd