READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Windows 8, seperti kebanyakkan system operasi di luar sana, didatangkan dengan penggunaan bahasa Inggeris sebagai tetapan utamanya, namun para pengguna boleh mengubahnya dengan mudah kepada bahasa Malaysia.

Untuk mengubah ke bahasa Malaysia, para pengguna hanya perlu membuka Charm Bar mereka (bar pada bahagian kanan), kemudiannya pada kotak carian taip “Language” dan kemudiannya pilih bahagian tetapan. Anda kemudiannya akan melihat pilihan “Add a Language” padanya, dan pilih menu tersebut.

Pada tetingkap baru yang dibuka, ia akan memperlihatkan hanya satu bahasa sebagai bahasa utama pada computer anda. Untuk menambah bahasa Malaysia, buat pilihan “Add a Language” pada menu, dan buat pilihan bahasa Melayu padanya.

Pada menu bahasa Melayu, sebanyak dua pilihan disediakan, iaitu bahasa Melayu (Brunei) dan juga bahasa Melayu (Malaysia). Buat pilihan mengikut citarasa anda, dan tekan butang “Add”.

Ia akan membawa kembali ke menu utama, dimana pilihan bahasa Melayu akan disediakan. Namun, untuk menggunakannya, para pengguna perlu memuat-turun “Language Pack” terlebih dahulu, yang mana sekitar 3.5 MB lebih saiznya. Klik dua kali pada pilihan bahasa tersebut, dan kemudiannya muat-turun “Language Pack” yang disediakan.

Proses muat-turun akan berlaku dan ia akan sambung kepada pemasangan secara automatic.

Akhirnya, anda akan diminta untuk log keluar, dan masuk kembali. Selesai sahaja log masuk, anda akan dapat menikmati Windows 8 sepenuhnya dalam bahasa Malaysia.

Terdapat 18 komen
  1. Feature dia mmg menarik.. Battlefield 3 support sepenuhnya.. :D

  2. Tim Cook tak heran pon Din Ahmad…Dia tgk Windows 8 ni pon…dia gelak jer…ahaha

  3. pelik jugak kan, kalau kita tgk kat negara org lain , die org btl2 nak ape2 software @ game dalam bahasa ibunda die org. lagi suka sesuaikan diri any program dgn bahasa ibunda die org. kadang2 dalam game tu terus cakap dalam bahasa ibunda die org. tp kita sblh2nya xmahu langsung bahasa ibunda kita kita digunakan.
    xmaksudkan sape2 aku pon gitu jgk penah skali aku nak setting phone org umah aku, mula2 bengong xjumpa nak setting mana satu, bila tukar bahasa english br dapat pastu tukar bahasa balik. lol

    • Tak boleh juga sebab bahasa Inggeris majoriti masyarakat dunia guna.

    • Ada je. Game Hitman 2 Silent Assassin mission kat KLCC. Ada orang cakap Bahasa Melayu. Tapi game tu pun bukan orang Malaysia buat.

    • okeh jugak tapi feel tak sama macam guna taouch screen,hehe…

    • okay je. takde kekok mana. cuma dalam 10 minit pertama nak belajar dia nyer cara kawal, dan lepas tue, terus biasa.

  4. xder la kekok sgt kalau x pakai touchscreen.
    dh test sehari rasa best gak..
    apps pon menarik..

  5. saya memang tertarik dengan ciri-ciri ini.Sebelum ini ‘add language’ tidak ada.Bagi yang tidak mahir ‘Bahasa Inggeris’ Windows 8 Versi yg paling sesuai.

  6. saya sdah3kali”’bwat”’
    Tapi masih ja gk bsa tkar bahasany”caranya sy sdah ikut yg anda cdangkan’tpi masih belom bsa tukar lo”masih bahasa inggris”
    Minta solusinya untuk sya boz”

Komen

Nama
Web