READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Echofon semestinya dikenali ramai sebagai salah satu add-on untuk Firefox, yang mana turut menawarkan perisian mereka untuk Mac, Windows, iOS, dan terbaru dalam ujian adalah untuk Android. Dan agak mengejutkan apabila kini pembangunnya mengumumkan tidak lagi akan menyokong aplikasi desktop mereka.

Echofon merupakan salah satu klien Twitter yang terbaik pada desktop, disamping menawarkan sokongan sync antara pelbagai perisian mereka.

Menurut pembangunnya, walaupun aplikasi tersebut boleh digunakan seperti biasa, namun, mereka akan henti akan sokongan untuknya bermula daripada bulan hadapan. Echofon turut mengatakan mereka akan memfokuskan sepenuhnya untuk pembangunan aplikasi mereka pada platform mudah-alih selepas ini.

Terdapat 1 komen.

Komen

Nama
Web