READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Firefox 16 Sedia Dimuat-Turun Oleh Semua Pengguna

Diterbitkan pada October 10, 2012 oleh

Akhirnya, seperti mana yang dinantikan, Mozilla hari ini telah pun melancarkan pelayar web generasi baru mereka, Firefox 16, membawakan beberapa kemaskini baru bersama-sama dengannya.

Firefox 16 menyertakan sokongan awal untuk aplikasi berasaskan web pada Firefox, yang mana membawakan sokongan seumpama Chrome WebStore pada Firefox. Namun, memandangkan Mozilla Marketplace belum dibuka untuk semua, mungkin ia tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh para pengguna.

Selain daripada itu, Firefox untuk Mac OS X kini menyertakan sokongan VoiceOver, selain membawakan sokongan toolbar baru untuk para pembangun, memudahkan mereka mengakses beberapa aplikasi dengan lebih pantas berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna Firefox sedia ada, anda boleh mengemaskininya secara automatik, ataupun memuat-turun fail pemasangan Firefox 16, dan memasangnya pada komputer anda.

Terdapat 11 komen
  1. Dulu masa belum ada Chrome, Firefox ni memang feberet baq ang. Tapi la ni.. “Eh, update? Ohh..” (tak interested).

      • macam mana awak tau saya ni “bro”? macam mana kalau saya ni ialah seorang “babe” yg comel? *kelip mata laju2 gedik

        • klau camtu kna tulis brobabe la…haha, pilih yg mana satu bro or babe

  2. One day after the release of Firefox 16, Mozilla said it has “temporarily removed” the latest version of its browser because of a security flaw that the company is trying to fix as quickly as possible. The unusual precaution suggests the flaw is a serious one, but there are no reports of it being exploited.

    “The vulnerability could allow a malicious site to potentially determine which websites users have visited and have access to the URL or URL parameters,” Mozilla Director of Security Assurance Michael Coates wrote. “At this time we have no indication that this vulnerability is currently being exploited in the wild.”

    Mozilla plans to ship updates tomorrow. But “as a precaution,” Mozilla said users may consider downgrading to version 15.0.1, and pointed them to the 15.0.1 download page. “Alternatively, users can wait until our patches are issued and automatically applied to address the vulnerability,” Mozilla wrote. Firefox 15 is not affected by the vulnerability.

Komen

Nama
Web