READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Galaxy S3 Mini Diperkenalkan Secara Rasmi Oleh Samsung

Diterbitkan pada October 12, 2012 oleh

Selain daripada pelancaran Samsung Galaxy Note 2 di Malaysia, pihak Samsung turut sama memperkenalkan Galaxy S3 Mini untuk pasaran global hari ini, sekaligus membawakan variasi Galaxy S3 pada saiz 4-inci.

Jikalau dibandingkan dengan S3 asal, ia membawakan pengurangan saiz daripada 4.8-inci kepada 4-inci disamping membawakan spesifikasi peranti yang lebih rendah padanya.

Spesifikasi Galaxy S3 Mini
Cip Dwi-Teras 1.0GHz
Storan Terbina 8GB/16GB + mikro-SD (~32GB)
Skrin 4.0 WVGA Super AMOLED
Kamera Belakang 5MP, Hadapan VGA
Bateri 1,500 mAh

Menariknya, selain daripada cip pemprosesan yang rendah, dan skrin lebih kecil, dari segi positif pula, ia menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, serta antaramuka TouchWiz padanya. Ini sekaligus akan menjadikan pengalaman penggunaan padanya lebih baik, tanpa sebarang lengah masa, serta membawakan fungsi tambahan seperti Google Now dan sebagainya.

Ia masih lagi tidak diketahui bilakah Galaxy S3 Mini akan dilancarkan di Malaysia, dan berapakah harga jualannya kelak.

Terdapat 25 komen
Komen Popular
  1. boleh la untuk sapa2 yang budget jimat,tapi nak beli GS3 atau x suke GS3 sebab besar.Lebih baik dari beli GS3 tiruan. :D

Keseluruhan Komen
  1. dengar2 harga di cadangkan $399… ok la dari midrange sony still pakai cpu 1ghz ngan gingerbread

    • Ok USD399 untuk phone ni? LOL.

      Processor pun bukan Exynos, sekadar Novathor yg macam yang diguna dalam Xperia U yang sangat mampu milik.

      Kalau USD399, lebih baik dapatkan Galaxy S2. Seriously.

    • a’ah.. btl gak.. aku br tgk spec td.. terpikir bila hrga lebih kurang sama ngan s2 baik angkat s2 jer. 1 model sony midrange yg otai. xperia go. kalis air. beli mahal2 tp takut air xbest gak. tp novathor yg baru kan. kalau yg 23nm tu still ok la. ok la dari htc desire x pakai snapdragon adreno 203 lol..

      kelebihan die 1 jer ada jelly bean. sony ni sama la ngan LG. pemalas kalau bab2 software.

    • Errr…biasanya Sony yg lebih rajin bab update ni. Samsung lak masih banyak phone yg tertinggal di 2.3 walaupun agak baru.

      Btw…all in all, yup, lebih baik dapatkan Galaxy S2.

      • ntah. pengalaman aku pakai hp sony mmg lambat. lagi2 utk yg midrange punya comfirm slow @ xde langsung. aku nyer active ngan Go ntah bile la dapat. agak frust la sbb dekat kotak terpampang lekat stiker upgradable android 4.0

        aku byk pakai brg sony tp kalau asik mcm ni frust gak

  2. boleh la untuk sapa2 yang budget jimat,tapi nak beli GS3 atau x suke GS3 sebab besar.Lebih baik dari beli GS3 tiruan. :D

  3. Jauh beza dengan abang dia.

    Samsung Galaxy S III Mini
    -1.4GHz quad-core processor
    -720 x 1280 pixel display
    -8 megapixels camera

    Samsung Galaxy S III Mini
    -1GHz dual-core processor
    -480×800 pixel display
    -5 megapixels camera

  4. mule2 gua rase rugi sbb dah angkat galaxy s advance. tp oleh kerana spec same dari cpu smpai la beteri, cume RAM je tmbh jd 1GB, so aku x rase rugi. s advance pun akan dpt jelly bean jgk kan. harga hp baru ni pun cnfirm lg mahal.

    lg satu yg mgkin rmai xtau, baesd on preview kt gsmarena, s3 mini ni xde ambient light sensor, so no auto brightness. cume lg yg best die ade 2nd mic utk noise cancellation.

Komen

Nama
Web