Cari @ Amanz

Akhirnya, hari yang dinantikan tiba, apabila kini bilangan aplikasi di Google Play Store telah pun mencapai angka 700,000 aplikasi, sekaligus menyamai kedudukan bilangan aplikasi di Apple AppStore.

Ia boleh dikatakan, walaupun tidak semua aplikasi yang digunakan oleh semua pengguna, namun penggunaan angka statistik ini memainkan salah satu peranan dalam pemasaran, selain memberikan impak kepada para pengguna dalam memilih platform mudah-alih kegemaran mereka.

Sementara kedua-dua platform ini mempunyai bilangan aplikasi yang lebih kurang sama, Microsoft pula, melalui Windows Phone Store kini mempunyai lebih daripada 120,000 aplikasi, dan dikatakan lebih aplikasi menarik akan hadir untuk Windows Phone 8 tidak lama lagi.

Penggunaan angka ini semestinya memberikan tekanan kepada pihak RIM yang bakal melancarkan BlackBerry 10 pada tahun hadapan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd