READING MODE  
Informasi Komputer & Teknologi Terkini

Ketahui Kekunci Pintas Untuk Digunakan Pada Windows 8

Diterbitkan pada October 27, 2012 oleh

Mungkin tidak semua pengguna yang gemar mengerakkan tetikus mereka ketika membuat kerja, dan lebih mengemari penggunaan kekunci pintas untuk mengakses sesuatu aplikasi, dan disini, kami berkongsi akan beberapa kekunci pintas yang digunakan pada Windows 8.

Logo Windows + Tab
Bertukar antara aplikasi Windows 8.

Logo Windows + Spacebar
Mengubah penggunaan bahasa pada Windows 8, termasuk layout papan kekunci.

Logo Windows + C
Membuka Charm Bar pada bahagian kanan.

Logo Windows + I
Membuka bahagian tetapan (Settings pada Charm Bar.

Logo Windows + K
Membuka bahagian Devices pada Charm Bar.

Logo Windows + H
Membuka sokongan perkongsian pada Charm Bar.

Logo Windows + Q
Membuka bahagian carian pada bahagian kanan.

Logo Windows + W
Membuka carian untuk tetapan.

Logo Windows + F
Membuka carian untuk fail dan dokumen.

Logo Windows + .
Snap sesuatu aplikasi itu pada bahagian kanan.

Logo Windows + X
Membuka menu untuk pentadbiran komputer.

Logo Windows + Prt Sc
Merakam paparan skrin dan menyimpannya secara automatik di Library Pictures dalam folder Screenshot.

Logo Windows + E
Membuka Windows Explorer.

Kami akan kemaskini dengan lebih banyak kekunci pintas apabila menemuinya kelak. Jangan lupa berkongsi dengan kami sekiranya ada yang terlepas melalui ruangan komen dibawah.
Terdapat 16 komen
  1. guys..nak tanya ni. macam mana korang dapat Windows 8 Pro dengan harga RM45? adakah korang bawak laptop sekali kat retailer Windows tu or just ambik gambar serial key? and then macam mana nak cari serial key Windows kita? thank you :)

  2. screenshot dgn pantas… Windows Logo Key + Print Screen button… screenshot akan disimpan pada library pictures dalam folder screenshot

  3. tumpang tanya..kalo dah gune windows 8 bole patah blik gune windows 7 ke..in case la

    • mungkin boleh, kena cuci bersih (wipe clean) bahagian pemasangan windows.

  4. Oh ya. Majalah PC edisi November ada beri poster percuma senarai kekunci pintas untuk Windows 8.

  5. Logo Windows + .
    Snap sesuatu aplikasi ke bahagian kanan, tekan lagi untuk ke bahagian kiri serta tekan sekali lagi untuk kembali ke normal.

Komen

Nama
Web